Friday, November 2, 2012

~~Tanjung Piai National Park~~The Southern Most Tip of Main Land~~

okehhh..hold kejap cerita pasal Brunei..kita kembali ke cerita tempatan..

Selaku orang JB, bila kengkawan aku tanya kat mana tempat menarik nak jejalan kat JB ni...aku mesti blurrr..apa yg best??..selain shopping mall yang berlambak-lambak, danga bay yang tengah dok tutup sebab construction, Legoland yang baru nak bukak (tapi hage tiket mahal kott)..then aku tak tau apa nak seges..selain activity wajib iaitu makan..makan...and makannn..

Jadi, bila ada geng YU.TI.EM aku ajak pergi Tanjung Piai, mesti la aku ON jek kaann..nama jek org JB, aku pun tak pernah sampai lagi kott...(buat malu jek)..sat naaa..aku tepek gugel map kat sini..


Okeh cite mukadimah pepanjang pun tak guna..meh kita cite pasal trip ni..

Arakian pepagi hari Ahad, di temani kicauan burung kat kolej-kolej..kitaorang pun bertolak la dari YU.Ti.EM ke tanjung piai..cam tak susah sangat nak cari tempat ni sebab banyak sign board kat sepanjang perjalanan..so, tak perlu GPS, cuma  perlu kemahiran membaca signboard jek...hehe...Perjalanan selama hampir sejam tu takde la boring sebab ramai kepohchi-kepohci dalam kereta..

Kami sampai kat Taman Negara tu lebih kurang jam 12 tengahari..cuaca memang panas hari tu..cun-cun la untuk kitaorang makan bekalan yang mak aku buat kan..iaitu puding custard..(sempena ada orang request la ni)..ngan keropok lekor, Kuala Terengganu marriii!!..

Sebelum meredah taman negara, makaaaannn dduullluuu!!....
 cuaca sangat baik..panas terik, windy and nice blue sky..


Mercu Tanda Taman Negara Tanjung Piai.

Bila masuk jek taman negara, as always entree fee nya RM5 untuk dewasa..RM3 tuk kanak-kanak..basically tempat ni ada 3 platform yang korang boleh pegi..
a) Jetty (Melacca Strait)
b) Penghujung Selatan
c) Fishing Platform.

Our Tickets..
Model of this Taman Negara..tu la dia location 3 main platform..

Ada proper path untuk laluan orang ramai dan sepanjang jalan tu, ada pokok paya bakau dengan pelbagai spesis flora and fauna kat tepi..and ada byk info available untuk pengunjung blurr-blurr cam aku ni..


Ni antara spesis yang dapat di shoot..ketam kaler merah..


mula-mula kami terus ke platform penghujung selatan...subhanallah..cantiknya view!!..


 posing paling sopan..:p

 suka sangat warna biru langit masa ni..

lepas puas berposing-posing tengah panas tu, kami ke jetty (melacca strait) pulak...kat sini takde yang menarik ati sangat..selain sebijik jetty ngan pemandangan laut..may be sebab dah kepenatan berjemur tengah panas tadi kottttt..biasa la time jadi supermodel, memang tak ingat penat,panas, dahaga..hahaha..


Tak tau la accurate ke tak distance kat board ni..??

Kami tinggalkan Taman Negara Tanjung Piai lebih kurang jam 2.30petang..dengan perut dah nyanyi lagu dangdut minta diisi..seusai mengerjakan kewajipan dan mengisi perut..kami pun ke next destination..Pulau Kukup National Park!!...yeaaahhh!!...lets rock!!

Tapi baru jek on the way, hujan lebat mencurah bumi....haaaaa..dalam hujan lebat tu, gigih jugak kitaorang mencari office Taman Negara kat area Kukup..akhirnya jumpa pun...malangnya, dah pukul 5petang laaaa..opis dah tutup, tapi still ada staff yang tengah gigih bekerja dalam tu..sempat la dia brief sikit-sikit pasal Taman Negara Pulau Kukup tu...."sila datang next time yek" kata staff kat opis tu..yok laa..Insyallah..=(

Bila on the way balik tu, hujan dah reda..kami pun singgah jap kat Taman Rekreasi Sungai Rambah..ada small park kat situ..


ingat kan nak tunggu sun set, tapi memandangkan cuaca mendung..awan pun sangat cloudy..so kitaorang pun pulang ke pangkuan Yu.Ti.Em terchentaaa...

Next Mission : Pulau Kukup National Park!..
kecewa ari ni akan dibalas!...
Insyallah...^.^v





Thursday, November 1, 2012

~~Brunei~~Part II~~

sambungan dari sini

15 Sept 2012

Pagi tu lepas siap-siap, kitaorang keluar hotel dengan misi nak meround kat area Bandar Seri Begawan ni ngan jalan kaki..kalo ikut map kat sini takde la jauh sangat..boleh walking distance jek semua...

Map yang menjadi GPS kami hari ni..

Lepas breakfast, kitaorang ke galeri seni dulu..kat galeri ni ada 2 section, satu section bahagian lukisan2..lagi 1 section ada bahagian arca-arca..di sebabkan masih awal pagi, bahagian lukisan still belum bukak..so kitaorang pegi jek la dulu kat bahagian arca-arca..haaa sebab kami berdua jek dalam tu…takde la benda nak di jakun kan sangat..sejarah pasal Brunei ni bermula di Kampung Ayer..so kat galeri seni tu semua cerita pasal kampong ayer jek laa..ngan barang-barang meriam yang unik-unik..

 1st destination..

Dari situ, ngan payung baru beli ditambah ngan cuaca panas giler tu..dari tema chill chill ouutt outtt..dah ke hoottt hotttt giilerrr gilerrrr...kami berjalan lenggang kangkung pegi pusat kraftangan pulak..takde la jauh sangat..sepanjang perjalanan tu memang takde bas…kat Brunei ni, public transport dorang memang sangat poor…

Payung yang sangat berjasa sepanjang trip ni..

Bila sampai kat galeri kraftangan tu, memang sangat menghampa kan…sebab nya semua barangan art kat situ sama jek yang kita leh jumpa kat Malaysia..kain songket, songkok,beg duit dari kain songket, bekas-bekas habuk rokok tu dari silver…(sorry takde gambo, sbb camera tak leh bawak masuk)..yang tak syok nya semua barang tu pun untuk di jual..harga nya mahal giler lak tu, padahal kalo kat Malaysia leh beli kat Jonker Street jek, Petaling street jek..:p


Ini la Sultan kesayangan rakyat Brunei..

Dari sini, kita orang berjalan dalam kepanasan penuh pancaroba nak ke Muzium Brunei..seyes..dalam map giler dekat, tapi biler kitaorang jalan pun sampai naik lencun tetap tak sampai-sampai…bila dah berjalan setengah jam, tumpang Tanya kat kedai runcit..abg kedai tu cakap..”owwhhh, dekat jek kalau naik kereta, kalau jalan kaki ada la lagi setengah jam”..adeehh, lomah gemalai terus kaki ni..aku terus terpikir, dah berjalan setengah jam, lagi setengah jam jek nak sampai..partner aku dah surrender, dah siap dok kat bus stop tunggu bas nak patah balik..aku pulak dengan sepontan terus pergi tepi jalan, tahan kereta..ada la dalam 2-3 bijik keta tak berenti (kebetulan yang lalu masa tu pun keta yang bukan calang-calang...BMW 7 series, Toyota Camry..si pae gelakkan aku jek dari bus stop..ampeehhh!!!)..keta ke 3 aku tahan, Kembara.atok ngan nenek ada dalam keta tu..kesian kot tengok muka aku yang cute ni dah keletihan kepanasan..terus aku ngan pae lompat masuk keta…perrhh Alhamdulillah sangat, laluan ke Muzium Brunei tu naik bukitttttttttt…kalo jalan kaki mau nya tertanggal lutut…sebelum lompat turun kereta, tak tau berapa puluh kali la kami cakap terima kasih kat couple atok-nenek tu..


Antara part mencabar nak ke Brunei Muzium..contractor tengok cam nak telan..takut ngan org giler kat tepi, takut keta banyak, panas terik lagi..Alhamdulillah..sampai jugak akhirnya..pheeewww..

Nasib baik Muzium Brunei ni tak mengecewakan..ada 6 big galeri…tak boleh bwk masuk camera..yang penting, salah satu galeri tu ada cerita pasal oil and gas field kat Seria..kat salah satu daerah kecik kat brunei ni nama seria..owwhhh..tapi agak jauh dari BSB ni..hurrmm, so aku mmg nekad, esok nak g area sana pulak!..haha..



 Galeri ni paling best..(bagi aku laaa)..banyak info pasal oil and gas kat sini..

Keluar jek dari muzium tu, bas pun lalu..tak sempat kami nak kejar..adoooiii…sempat kami tumpang tanya kat kaunter, akak tu kata memang bas lalu tak tentu masanya, lebih kurang sejam sekali jek..maka, guna la trick tahan kereta lagi..tak sanggup nak jalan dalam panas terik ni untuk another an hour…kali ni van pulak berenti..abang van tu macam kagum pulak macam mana la kami boleh jejalan kat area ni ngan berjalan kaki…berdua jek pulak tu..haha..pas tu abang tu bagi ni tepon dia..kalau ada masalah, sila telefon..esok abang boleh bawak pegi jalan-jalan..terima kasih yekk..Alhamdulillah..dipermudah kan urusan..

tak sampai 10 min kami dah sampai semula kat galeri seni tadi..so dah alang-alang terpacak kat depan galeri ni, kitaorang pun masuk kat seni lukisan pulak..Dalam galeri ni, ada banyak lukisan bertemakan Kampung Ayer dan gambar Sultan dorang…Sultanah Bolkiah..semua gambar bertemakan 2 subject tu..nothing interested sangat…

Dari galeri ni, kami berjalan kaki (yekkkkk berjalan laaagggiiiii)…ke hotel renaissance pulak..sebab apa??..haaa, sebab nya abang tour agent bagitau kat hotel tu ada office untuk sewa kereta, HERTZ…

Ice cream B$1 menemani kitaorang sampai ke Hotel Renaissance..

menapak penuh kegigihan ke sana…tapi berita tak best menyambut kami…kereta takde!!,….yekk, kereta semua sudah di booking!!...huhuhu..kecewa!..sebelum keluar dari hotel tu, sempat singgah kat kaunter reception hotel pulak..mintak contact number kereta sewa..nasib baik la orang kaunter tu bagi la 1 contact number..

Dari hotel tu, kami menapak nak ke Royal Muzium..kalo ikut map ni dekat jek..(okeh,scale map ni tak boleh percaya.. kalo tak jumpa kita balik jek hotel takde star kita tu)..baru jek menapak beberapa langkah, dah ternampak pintu masuk muzium…






 Dalam Royal Muzium ni.memang best…dalam ni di letak semua hadiah-hadiah dari Negara lain kepada sultan Brunei ni..macam-macam hadiah la..pelik-pelik punya hadiah pun ada..lama jugak kitaorang kat dalam muzium ni..selain dari leka tengok macam-macam benda kat dalam tu..yang penting sekali ada ekon!..yeeeeee!!..ekon giler best!!..haha..


Usongan Di Raja..
Digunakan masa majlis istiadat di raja pada tahun 1968, mengelilingi Bandar Brunei..
kesian orang yang kena tolak usungan ni..


 Kedai ole-ole kat muzium ni agak murah dan boleh tawar-menawar..banyak pilihan pulak tu..paling best, ada snow ball!!!.

Dari muzium ni, kami nak ke kedai makan yang akak kedai sebenior tu rekemen, tapi malang nya abeh tawaf dalam panas terik tu, xde jumpa pulak kedai makan akak tu..tau-tau jek kami dah sampai kat area hotel..alang-alang dah kat sini, terus jek la kitaorang ke kedai makan A-café tu..haa..ada ekon, ada wifi!...

Sementara tunggu makanan, korang surf cari info pasal sewa kereta..memandangkan tepon Pae yang canggih kan, so dia la yang menjadi surfer..aku pulak jadi tukang tulis no phone..aku tak tau la napa tepon aku even roaming, tapi tak leh call out..orang call aku, hantar/receive sms boleh pulak..sama la jugak ngan tepon pae..

so lepas jek kumpul banyak giler no phone, kitaorang pun pegi la public phone yang melekat kat dinding depan kedai mamak..tapi public phone kat sini semua guna card,tak leh guna coin..tengah dok pusing-pusing mau cari card phone (even rasa membazir beli card phone B$5 takat nk call kejap jek)..skali tokey kedai mamak tu tanya nak call sapa..kita org pun explain la nk guna kejap jek, nak tepon keta sewa..

Ni la dia list numbor-numbor telephone car rental kat Brunei yang sempat kami dapat.

Last2 tokey mamak tu pulak yang call kan guna tepon kedai..haha..semua no yang kitaorg ada, tu dah takde kereta available..last-last kitaorang pinjam buku yellow pages mamak tu, belek buku tu sampai la jumpa satu company L&W.sewanya cuma B$50 sehari, dan verification credit card B$300 (yekk aku gunakan perkataan “Cuma”…terpaksa pikir tak mau convert ke MYR..sebab company lain semua nya harga B$100++, tak tau la deposit kena letak berapa..huhu..)..so kalo sesapa takde card credit, abeh la memang takde harapan..segala urusan kereta tu, tokey  mamak tu yang kaw tim kan..so, esok pukul 8am, amoi kereta tu datang hantar kat hotel….Alhamdulillah…settle urusan kereta!..

kitaorang memang terpaksa amik kereta gak, sebab nak jalan keluar dari BSB ni..ngan ber jalan kaki semua tempat menarik dalam map ni dah 70% kitaorang cover ari ni jek..so, apa nak buat esok kalo xde keta kan??..lagi pun ketekadan aku nak ke Seria esok..public bus kat sini memang takleh nak harap lansung..so tak paksa jugak la sewa kereta!..

Balik hotel ngan keletihan..kaki mau tertanggal..badan pun dah berlengas..cuaca  pun dah mendung…so kita rehat dulu yek!..

Petang tu , lebh kurang pukul 5.30 ptg, selepas hujan reda, kami pun keluar hotel,,nak berjalan kat Kampung Ayer (KA)..kalau nak cross sungai ni ke KA, cost nya B$1 jek..


 Jetty tunggu boat..tambang bot untuk cross sungai ni B$1 per trip..

tapi aku teringat abang tour agent tu rekemen pergi mangrove trip naik bot kat sini..dia kata harga bot selalunya dalam B$40 per trip..tengah aku dalam bot, aku pun gatal mulut tanya botman, kalau nak ke mangrove berapa harganya..dia kata B$35..aku abeh tawar menawar, dia tak bagi turun jugak..waktu tu dah pukul 6ptg..so aku risau jugak kalau dah gelap..abang botman ni confident jek cakap time-time ni la banyak monyet hidung merah tu, sebab 'diaorang' mau balik tidor..so, tanpa piker panjang aku pun terus..”OK BANG!...JOM!!!..”..

Terus bot tu bertukar jadi Ferrari!!!.laju giler..dalam bot tu Cuma  ada aku,pae ngan botman..without life jacket!...waaaaaa..aku sangat suka!...sungai tu sangat lengang and baunya sangat fresh…maklum la baru lepas hujan kan..air pun tinggi..abang tu siap buat conner baring lagi..best!!!best!!!...

 Kuda tunggangan kami petang tu...mangrove+fresh water+fresh air= what a dayyyy..^.^

  Misi mencari monyet hidung merah ni la..


Buaya banyak giler hokehhhh!!!...boatman siap main suluh2 ngan spotlight lagi..giler kecut perut!..
beeshaaaarr..bessshaaarrr buayanyaaa...mau dekat kaaa??..mau dekatt kaaa??..adooiii la..kami berdua ni dah la spesis banyak isi..5 min jek kang buaya ni boleh abeh meratah daging kitaorang ni..
(sorry gambar kurang cantik, bot dok bergerak jek sebab boatman sibuk nak dekatkan bot ngan buaya..lagi pun time tu dah start gelap)


Lepas abeh masa kejar buaya yang besar nak mapuh, sampai aku kecut perut tu, dia hantar kami kat KA..ngam-ngam kami sampai jetty, hujan lebat pun turun..okehhh, terbaekkk!!!..stranded kat jetty tu pulak..sempat la kami termenung sesambil pikir cara nak lari dari kena tempias hujan..yang penting nak selamatkan camera ni haa.

Lepas hujan reda, kami pun jalan kaki kat area situ ke kedai makan..makan kat sini amat murah…nasi goring ngan telur Cuma B$1 jek..nasi ayam penyet B$2..boleh tahan jugak la sedapnya..

their 'padang bola'..

 dah mula ada rumah yang cantik-cantik..ada development..tapi rumah-rumah ni majority masih belum ada penghuninya..

 Ini la dia nasi goreng+telur goreng harga B$1 jek..rojak sotong harganya B$2..sedapp..


Dari KA, terus kami naik bot balik hotel…haha..ni la trip yang paling cukup tido!..xde tempat nak pegi bila malam…tak sabar nak meround sampai ke MIRI esok..

To be continue..