Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts

Wednesday, January 15, 2014

~Kembara~

Kembara lah kamu untuk mengenali sahabatku dan juga memperluaskan fikiranmu...

Kembara lah kamu untuk melihat lebih banyak kebesaran Illahi...

Kembara lah kamu untuk menyedari bahawa sebenarnya kamu bukan sesiapa, melainkan seorang hamba yang kerdil dan tak punya apa-apa..

Kembara lah kamu untuk kamu belajar mensyukuri apa yang kamu ada dan belajar tentang kesusahan orang lain..

Kembara lah kamu untuk kamu melihat keindahan alam dan mengetahui bahawa segala kepandaian kamu hanyalah pecisan berbanding yang lain..

Sunday, April 14, 2013

~~Kena lempang lembut di depan Kaabah~~

tengah dok belek-belek gambar umrah tetiba teringat pulak kejadian yang berlaku masa kat sana...

Aku ngan mama memang suka solat kat tingkat 2 masjidil haram ni..sebab boleh nampak kaabah direct dari tingkat atas..lagi pun tak terlalu sesak dengan jemaah lelaki/perempuan...kalau nasib baik boleh selit lepak kat balkoni boleh nampak keseluruhan kawasan kaabah tue..

Ada sekali lepas solat Asar, aku nampak macam tak ramai sangat orang kat depan balkoni tue..kebetulan, mama pun ajak jengok tengok kaabah..tengah dok selit nak tgk kaabah, tetiba kami dapat 2 kerusi duduk kat balkoni tue..Alhamdulillah sangat..tempat idaman semua jemaah nie..

Mama duduk sebelah kanan aku..di hujung kaki aku ada sorang perempuan duduk dalam kesempitan (maksud aku..tempat tu memang sempit, so dia merengkotkan kaki dia kat ruang kecik jek) kat tepi hujung kaki aku, dok termenung tengok kaabah..aku rasa dalam lingkungan umur lewat 20an.. dan ada makcik muka turki duduk sebelah kiri aku..dari tempat duduk aku nampak kaabah sangat clear..termenung dok tengok kaabah, sambil kepala pikir macam2..but seriously ada perasaan yang sangat tenang bila nampak kaabah..tenang yang tak pernah rasa sebelum nie..

dok aku leka tengok kaabah tue, ttba makcik belah kiri aku bangun..aku pun terus cuit bahu perempuan yang dok tersepit kat hujung kerusi aku tu, sambil signal kat kerusi kosong belah kiri aku..dengan tersenyum, lantas dia duduk..

Perbualan kami bermula dengan benda common yang semua org tanya (sembang in english, this lady dari libya..walaupun english nya, lebih kurang tahap aku jek laa...kalau tak paham, guna signal tangan jek..haha.boleh la nak sembang.) ..dari mana, bila sampai, dah berapa hari kat sini...

Lepas puas sembang, dia keluarkan Al-Quran, lantas mula membaca...aku pulak letak al-Quran yang dari tadi aku pegang ke atas riba, keluarkan camera dari beg..shoot pemandangan dari atas tue..apa yg aku rasa menarik..dah puas aku main camera aku termenung sambil dengar jiran kiri aku ni mengaji..walaupun takde la berlagu macam qariah..tapi sedap..lancar..betul tajwidnya...senang halwa telinga aku dengar..

tengah aku leka layan..syok dengar dia baca..tetiba dia berenti..aku request dia sambung lagi..dia layankan..sambung lagi baca 1-2 muka surat...tetiba dia tanya soklan..
"how many times you finished read Al-Quran in a month?"..haaa..terus aku toleh tengok dia..bila dia nampak muka terkejut aku, dia tanya "or may be u can complete read in a week?"..terdiam..tertelan air liur aku yang ttba rasa kelat..muka rasa panas tetiba..malunyaaa...

aku toleh belah kanan, tengok mama yang tengah leka mengaji..dia terberenti bila dia perasan aku tengah tengok, lantas dia angkat kepala tengok muka aku..aku terus cakap.."ma, dia tanya berapa kali abes katam Al-Quran dalam sebulan?.."..mama aku senyum..pas tu mak aku cakap.."dia kira sebulan berapa kali , awak pulak kira seumur hidup abeh berapa kali?..."..aku sengeh cam kera sumbang kat mama...bertambah malunya nya tak usah cerita laa...

aku terus pandang kaabah..tersenyum...lantas berkata dalam hati...
"Ya Allah, lembutnya Dikau "lempang" aku hari ni..."




Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata : “Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada al- Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.(Hadis Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hadis sahih)


Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W.bersabda : Daripada Ibnu Umar r.a berkata:
“Rasulullah S.A.W. telah bersabda maksudnya : "Hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air". Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Kata baginda lagi, " Dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.”








Monday, April 1, 2013

~~Aku Berdosa~~

selalu dengar lagu ni kat radio..semalam tertengok music video ni kat Astro..tersentuh sangat tengok Shahir was crying while singing this song..

terus mencari kat youtube..tp yg ada full version akustik..edit sikit2..i just wanna share this one.

Sejauh mana langkah ku di sana
Aku melupakan mu

Seluas mana kau beri padaku
Masih ku angkuh padamu

Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah apa yang bisa
Ku tebus kepadamu
Atas dosaku

Ya Allah ku hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke syurgaMu

Segalanya Dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah apa yang bisa
Ku tebus kepadamu
Atas dosaku

Ya Allah ku hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke syurgaMu

Ya Allah apa yang bisa
Ku tebus kepadamu
Atas dosaku

Ya Allah hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke syurgaMu

Source: http://www.lagubestbest.com/2012/07/shahir-aku-yang-berdosa-lirik-video-muzik.html#ixzz2P88U6JbK







Saturday, March 30, 2013

~~Umrah~~26 Jan- 6Feb 2013~~

Alhamdulillah..akhirnya dapat jugak completekan ibadah umrah..with my parent..

kami berangkat menggunakan service TIRAM TRAVEL dari JB..sebab mudah, naik dari changi epot..so tak perlu travel ke KL..aku takde banyak nak cerita pasal trip ni..rasanya ramai yang buat entry pasal umrah yang korg boleh rujuk kalu nak info..just wanna share some picture..

sangat berharap dapat pergi lagi....aku rindu nak tengok kaabah lagi..

Ini lah name tag yang disediakan pihak Tiram Travel..
Suka dengan perkataan "GOD BLESS YOU"
 View from my window
 Buku peneman sepanjang dalam perut kapal terbang
 Pintu masuk Masjid Nabawi
 Pemandangan sekeliling Masjid Nabawi
 Layout Masjid Nabawi..so boleh tengok schedule ngan kawasan Raudhah..ekceli ni buku mutawif..aku tumpang snap gambor.
 1st time wat umrah ngan mama and abah..:)
 Suka duduk kat tingkat 2, leh nampak clear kaabah dari sini..
 Simbol for wanita..Al-Nisa'..
Surah Yassin from Turkey..aku nak pinjam amik gambar, tp dorg bg sebenior lak..hehe..
Burung merpati every where
   
  Menara Al-Safwa..
 Arah kiblat ni kat tepi jalan jek..so bila azan jek, org boleh terus solat jemaah sampai ke sini..
 Suka sangat tengok bendera Arab...Lailahaillah Muhammadarasulullah..
My fav pic..

Insyallah..kalau ada rezeki, kesihatan yang baik, kelapangan masa...sangat nak pegi lagi...


Saturday, March 23, 2013

~~PinjamanNya~~


teringat-ingat pulak pesanan mama time bekpas tadi...

"kalau nanti Allah tarik orang yang kita sayang..mama ke, abah ke, nanti dah kawin ; suami ke, anak ke..jangan sedih..bersyukur la Allah pinjam kan mereka kepada kita..Allah pinjamkan rasa sayang, rasa bahagia, rasa disayangi, rasa menyanyangi..semua ni Allah pinjam kan je...duit yang dah ada dalam tangan kita pun, bila-bila Dia boleh tarik balik..."

sayuuuu nyaaaa..tak leh bayangkan hidup tanpa mama ngan abah....T.T


Monday, September 3, 2012

~AdaMu~

suka pulak dengar Lagu baru Najwa Latif yang baru release masa bulan Ramadhan ni, aku sangat selalu dengar lagu ni while driving..tapi tak pernah amik port sangat dengan lirik nya..

tengahari tadi jadi driver mama ngan abah ke Kluang..tengah drive tu, tetiba keluar lagu Najwa Latiff ni...ADAMU...baru la aku dengar betul-betul dan hayati liriknya...Ya Allah..sedap nya lirik nya..sangat simple and humble..(bergenang)..

tetiba fikirian merawang..dulu time aku kaki hiking, sangat puas bila sampai puncak gunung...tangan kaki calar balar, badan sakit sana sini, tu semua tak terasa, sebaik jek nampak pemandangan yang cantik kat atas tu...subhanaAllah..cantik nya kejadian tuhan..selalu lepas subuh aku bancuh air panas (teh ke Milo ke)..pas tu cari port duduk dalam kesejukan tunggu matahari naik kat puncak gunung tu...itulah saat yang paling aku nantikan..so far aku paling suka kat puncak Gunung Rajah..sebab ada port yang sangat sesuai untuk duduk, layan feeling sorang-sorang sambil gigil-gigil kesejukan pegang mug air panas..hehehe..(to those yang pernah naik Gunung Tahan ikut laluan Kuala Tahan tau la kot gunung Rajah ni)..tengok sunrise kat puncak sama sekali lain dengan tengok kat tepi pantai..berkali ganda lagi cantik..sesambil fikiran melayang betapa kerdil nya kita ni kan, kalo dibandingkan dengan NYA..huhu...

Now, after dah tak berapa muda and stamina pun dh tak macam dulu lagi...hehe..maka involve la ngan sport yang tak perlu perahan tenaga sesangat..bila start join underwater sport pulak..YA ALLAH..cantik nya..macam-macam spesis haiwan..macam-macam spesis coral yang aku dah nampak..tak payah cerita banyak la, kalo nampak nemo kat rumah soft coral tu pun dah boleh buat aku leka dok tengok kat situ jek apakan lagi kalo ada turtle ke, squid beso ke, pikachu ke,  macro-macro yang unik-unik tu..

yaa..kejadian tuhan tu amat la amazing sekali..terbukti kebesaranNya..aku ni hanya la insan yang sangat kerdil..takde apa-apa pun..aku takde udara lain yang boleh di gunakan bernafas selain udaraNya..tiada tempat untuk diri aku ni, selain di bumiNya..tapiii...tapiii..tttaaapppiii...aku masih lagi leka..ya, leka dengan duniawi...

Ya ALLAH..aku sedar, aku adaMu sentiasa..bantu lah aku, hambaMu ini..dalam mencari keredhaanMu..Amin..




Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia


Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan


Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu


Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu


Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu


Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu


ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan


Courtesy of : 
a) video : pakcik Youtube
b) lyric : makcik liriklagu



Saturday, August 4, 2012

~~Jangan Menitiskan Air Mata Kerana Video Ini~~

Tajuk video ni.."Jangan Menitiskan Air Mata Kerana Video Ini"...tapi automatic air mata aku mengalir..huhu..

Ya Allah..banyak sungguh dosa ku..Moga aku diampuni...:"(



Tuesday, March 13, 2012

~Lelaki Macho?~

semalam, tengah boring-boring bukak facebook ternampak pulak gambar ni..terus aku tersentap...

tetiba teringat kat mama...

aku selalu menyembang berdua jek ngan mama aku..mama aku ni ala-ala pakar motivasi sikit..kalo dia nak nasihatkan aku apa-apa, selalu masuk bilik aku menyambang berdua jek, pas tu mula la dia selit2 kan nasihat or nk tegur apa-apa pasal aku ni..bagus kan mama aku, tak nk menjatuhkan air muka aku depan adik2 yg lain..dia kata bila anak-anak dah besar kena lain cara approach nya..gitewww...kann..

ada satu malam menyembang pasal apa thah merepek2 jek sebenarnya..pas tu terselit la cerita pasal jodoh ni..(mesti la kan dia risau..anak dara nya ni, umur nya angka dah besar, tp jodohnya tak kunjung-kunjung lagi)..

antara ayat nasihatnya ;

kita sibuk nak cari lelaki yang baik untuk di jadikan suami...tapi selalunya kita lupa, baik ke kita ni??...sebaik mana kita ni sebenarnya?...
kalo bab solat...solat tu, memang la solat, Insyallah...tapi solat nya tu di awal waktu ke?..atau pun dah nk masuk isyak tapi dok depan tv lagi dok tengok tv cite doraemon??..
*aku terus gullppp!!...hehehe* wat muka sengeh2*terdiam...kelu!*

orang perempuan ni, pasal aurat kena  la jaga..pakai tudung, memang dah pakai kan..
*dalam hati aku, ada jugak time nya melayang..*..
*tetiba aku tersengeh sendiri!..spontan!!..hehe..tak reti cover line tul la aku ni*..
mama jeling jek...
*dia tau sebenarnya aku ni memang ada masa tudung kemana, esp kalo dah g trip ngan kawan-kawan ke pulau mana-mana tu..*

pas tu mama sambung lagi..
baju tu cukup ke kain nya??..ke ada tersingkat, terketat, terjarang..pakai tudung tu pun, sempurna ke cara pakai nya?..
*terus aku gggggguuuuulllpppppp!!!...hehehehehehehehe...sengeh kena batang hidung sendiri!~~~*


kita ni sibuk mengharapkan tuhan jodoh kan kita dengan lelaki baik-baik..tapi kita sendiri lupa..macam mana dengan diri kita sendiri...cukup baik ke kita ni??..sudah layak ke nak jadi isteri??..pandai ke nak uruskan rumah tangga??..


Kita selalu dengar, "lelaki yang baik, untuk perempuan yang baik" kannn..jadinya, awak tu kena jadi baik dulu, baru la lelaki baik terpikat...baru la awak layak untuk dia, bukan nak kira dia tu layak untuk awakkkk jek....

hurrrrmmmm..kena "lempang" pulak..addeeehhhh!!!...

Monday, November 7, 2011

~panduan mencari arah kiblat untuk musafir~

Salam,

Memandangakn ada beberapa tripmate-to-be and member-member bertanya pasal arah kiblat bila aku g travel..so, aku pun mula la nk wat entry pasal ni..dok menggugel sesambil blogwalking, terjumpa pun entry pasal ni..

share entry : BackpackerBusuk: panduan mencari arah kiblat untuk musafir

selalunya aku tanya2 org local (sbb takat ni, aku cuma travel area dekat-dekat sini jek pun)..takat Indon ngan Thailand tu ramai lagi orang muslim and otel2 pun sediakan surau/label arah kiblat.....tapi, time aku student dulu, ada gak belajar pasal cara 1 tu, cara tu paling senang sebenarnya..sebab arah tu boleh di tentukan oleh bayang-bayang kita sendiri..leh tgk kat dlm video ni caranya;


Pasal tengok bintang tu, dulu ada gak aku belajar time kuar masuk hutan..guider gunung tahan ajar aku..tapi selalunya either pakai kompas or pakai cucuk kayu tu...tu pun senang..

Tapi tu zaman manual, skang ni sume dah canggih manggih...bukak lappy/ipad...haaa..gugel map jek laa!!!..dah banyak website pun yang sediakan arah kiblat ni..leh baca details kat link yang kat atas tu yek..

selamat beramal ye..:)


Saturday, August 13, 2011

~~Abang Tunggu Mak Di syurga~~

Entry ni aku copy/paste dari link kat Facebook (Due Anak Ghima)...sedih sangat bila baca kisah ni sampai menangis..:(


Hargai & sayangi org2 disekeliling kita sementara mereka masih bernyawa.....
Kisah Benar : "Abang,tunggu mak di syurga ya"

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.

Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.

Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.



26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!

Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,

Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.

Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.


7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.

Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.

Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"

Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.


13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.

Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.

Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"

Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"

Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"

Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.

Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.

Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"

Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.


5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"

Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.

Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.

Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.

Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.





8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu.

Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.

"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia





Abang pada tahun 2007.



9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.

Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?"

Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.

Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.

"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."

Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!

Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"

Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"

Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.

Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"
Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang ta[i... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.
Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

Wednesday, August 10, 2011

Terawih..

Ari ni bz sangat kat office..nak balik umah pun sangkut jam dulu..sampai umah terus masuk bilik, kelesuan..time nak buka puasa anak2 sedara kejutkan mak uda nya ni...

Pas berbuka, solat maghrib..still rasa letihhhh sgt..tak ikut mama g smbhyg terawih kat masjid mlm ni..ruginya!!!...:(

Harap2 nanti larat buat solat terawih kat umah..



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, July 29, 2011

~~MEMILIH SOULMATE : BERSEDIA DENGAN KEJUTAN~~

Terbaca entry ni dari blog my old friend, Izza...sangat menarik perhatian..


Bayangkan timbunan kotak hadiah ada di hadapan anda. 
Berbagai bantuk, berbagai warna, berbagai saiz.
Berbagai jenis hiasan.

Aduh! Rambang mata!
Lalu perlahan-lahan anda belek dan pilih, yang mana memenuhi citarasa.

Si A mungkin memilih kotak berbalut kemas pembalut warna maroon, dihiasi dengan riben keemasan.
Si B mungkin memilih kotak segera berwarna warni berhiaskan riben kecil.
Si C mungkin memilih kotak bulat polka dot berwarna pink stiking, sesuai dengan citarasanya.

Tiada siapa antara mereka dapat meneka secara tepat, "apa yang ada dalam kotak?"

Ada yang ringan bagai kapas ada yang berat bagai diisi 6kg dumbbell didalamnya.
Ada yang cuba menggoncang, diangkat ke atas, bawah, kanan dan kiri.
Ada yang meneka dari saiz kotak. "ah! kecil kotak ni mungkin tak berharga!" tanpa mengetahui didalamnya terisi berlian berkarat-karat.
Ada yang extreme, menghempas kotak itu ke tanah, dan prang!! agak-agak apa ya di dalam?



Ada di antara kita, akan tersenyum simpul bila kotak itu dibuka. Nyata hadiah yang terkandung memuaskan hati, memenuhi citarasa.
Ada yang separa bahagia, mengharapkan yang lain, lain yang dapat. Namun masih cuba untuk menerima.
Ada yang berduka. "Bagaimana apa yang diharapkan tidak dapat?" Lalu mereka bermuram durja.


Memilih pasangan hidup, bagaikan memilih hadiah yang berbungkus rapi.




Orang kata life is full of suprises.
Betul?
Dalam kita berhati-hati memilih bagaimanakah orang yang bakal melayari sisa hidup bersama nanti, pastikah kita benar-benar dapat sepertimana yang kita ingini?

 "Waktu dating dulu perangai awak lain, lepas kahwin perangai awak lain."

"Nampak saja diam, rupanya dia banyak cakap dengan orang yang dia betul-betul rapat saja."

"Tak sangka pulak dia rupanya pemalas, harap muka saja cantik."


If one is full of expectations, then life is full of lies.

Berharap pada yang baik-baik, jangan lupa menerima apa yang kurang baik.

Manusia tak sempurna. Terima hakikat.

Bukan sedikit yang mula merungut dan menyesal bila apa yang diharapkan tidak sama.

Dalam perhubungan, toleransi dan kesabaran penting.

Bila saya di wad neuro hospital kuala lumpur, ada banyak pesakit yang sakitnya datang tiba-tiba.
Betul-betul tiba-tiba.
 Dan sakitnya bukan sekadar datang dan pergi, ia sebati dengan diri.
Bayangkan anda ditempat pasangan orang yang sakit itu, anda telah mengikat kontrak untuk menjadi suami/isteri kepada seorang manusia yang mungkin memerlukan 100% perhatian dan bantuan anda.
Dia tidak boleh bekerja, saban hari terlantar di katil sahaja. Selama berapa tahun lagi?
Yang setia dan sabar akan menunggu, dalam hati dia panjatkan doa agak dia terus sabar dan sabar, agar penderitaan mereka berkurang etc.
Yang tak sabar, lari.

Ada kawan-kawan yang menceritakan pada saya sedihnya pasangan mereka itu, begini.
Kesedihan, atau mungkin jugak ketidakpuashatian  perlu ditangani dengan sabar.
Tapi sampai bila? Anda bersabar terlalu lama, anda akan jadi manusia yang bodoh. (dalam sesetengah aspek)

Terima kelemahan seadanya, hargai kelebihan sepenuh hati

Lalu ada yang bertanya, "bagaimana nak hadapi kelemahan-kelemahan manusia dalam perhubungan?"

Kata pertama saya, sabar. Namun perlu juga dilihat pada konteks permasalahan. Ada perkara perlu toleransi, ada perkara, tidak.

Kedua, toleransi. Pandailah tackle. Kalau suami seorang pemarah, cari cara untuk redakan kemarahannya. Kalau isteri kuat membebel, cari cara untuk redakan hobinya.

Ketiga, diplomasi. Berterus terang dan berbincanglah.

Keempat, muhasabah diri. Hujan takkan turun kalau tak ada awan. Laut tak bergelora kalau tak dilanda angin. Perbetulkan diri, dan perhatikan orang sekeliling jugaakan tukar navigation hati mereka terhadap anda.



** musuh diri anda ialah diri sendiri** 

Wednesday, July 6, 2011

~~Muhasabah diri seketika~~

Semalam terbaca status sorg member kat FB..
sangat tersentuh bila di baca..sayu sgt rasanya..mcm rasa kena tampar pun ada......


Ketika Allah rindu pada hambanya, Ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yg isinya adalah ujian. Dalam hadits kudsi Allah berfirman.
"Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya karna Aku ingin mendengar rintihannya."
(HR Thabrani dari Abu Umamah)


ya Allah, kuat kan lah semangat hambamu ini menghadapi ujian Mu....InsyaAllah...


saya hamba yang kerdil,



Monday, July 4, 2011

~~Awet Muda~~

dah nak dekat-dekat bulan puasa ni, mana2 jek boleh jumpa orang jual kurma...aku tak tau la, dari dulu lagi...kalo tgh bulan2 puasa/dekat-dekat nak puasa ni, kalau orang sibuk beli buah kurma, aku sibuk nak beli buah Tin...Buah Tin??...haaa..kalo korg g kedai yang jual kurma, tanya lah pasal buah tin..


buah ni ada bijik halus2 kat dalam nya..so, kalo time kunyah tu ada bijik2 yang crunchy kat dalam..tu yang aku suka tue...halus2 jek bijik nya..boleh kunyah-kunyah and makan..rasanya tak terlalu manis macam kismis, and tak terlalu juicy cam kurma..apa2 pun aku suka la..lagi pun buah tin ni kan ada di sebut2 dalam Al-Quran..baru-baru ni aku beli harganya RM20/setengah kilo..musim2 puasa ni senang sikit nk cari..kalau teringin sangat, aku beli gak kat hypermarket, area2 kurma tu kadang2 ada jual..tp stok lama sikit laa..







Ari ni, tergerak hati pulak aku nak cari apa keistimewaan buah ni..jom kita baca sama-sama...


________________________________________________________________________

KHASIAT BUAH TIN


Khasiat

Para pakar kesehatan sangat menganjurkan kepada kita untuk makan atau menkonsumsi Buah Tin, buah Tin ini membantu proses pembersihan racun dari dalam tubuh kita, mencegah kanker usus serta penyakit yang berkaitan dengan perut.

Menurut sebuah kajian yang dilakukan University Rutgers di New Jersey, As, menyebutkan bahwa buah Tin mengandung antioksidan yang dapat menghalangi karsinogen yang menjadi penyebab kanker. Buah Tin juga mengndung Omega 3 serta Omega 6, yaitu sejenis lemak yang berperan dalam pencegahan penyakit jantung.

Buah Tin juga kadar lemaknya rendah, rendah sodium, rendah kalori dan bebas kolestrol, yang pasti sangat sesuai dan pas dikonsumsi oleh para penderita diabetes atau penyakit gula.

Buah Tin yang namanya termaktub dalam salh satu Ayat Al - Qur'an, seperti juga Khasiat Buah Anggur yang terdapat dalam kitab suci Umat Islam tersebut. Menurut hasil penelitian medis terbaru, selain dapat mencegah penyakit kanker, buah ini juga mengandung zat yang sanagt penting untuk tubuh manusia.

Dalam buah Tin terkandung zat yang dapat mengurangi kolestrol jahat, menguatkan jantung dan menormalkan saluran pernafasan bagi para penderita asma / sesak nafas.

Buah tin selain mengandung serat yang sangat tinggi, dimana setiap 100 gr buah tin kering terkandung 12,2 gram serat , dan juga terdapat zat Benzaldehyde, sebuah zat yang dapat menghambat pertumbuhan tumor.

Umumnya Orang Indonesia lebih banyak mengkonsumsi buah ini dalam racikan yang diawetkan. Orang yang pualng dari tanah suci sering membawa buah Tin sebagai bingkisan obat untuk sahabat serta keraba di tanah air. Saat ini buah Tin mulai dibudidayakan di Indonesia, walau buah ini rasanya tidak selezat buah - buah yang lain, namun buah ini punya beberapa keunggulan dan kelebihan yang pantas untuk kita konsumsi.

_________________________________________________________________

mengandungi anti oksida???ala2 buah awet muda jugak la ni... dan jugak, buah ni sangat serat..tak payah susah2 nak minum jus fiber dah....:)

kalau nk cari kat wikipedia pun ada..Pokok_Ara

ada lagi blog yg cerita psal buah tin ni [Buah Tin kaya khasiat seribu manfaat];



Jika buah tin dimakan dalam bentuk yg kering TETAPI tidak terlalu banyak, boleh membantu dalam :-
  • mengelak daripada bahan2 keracunan
  • melicinkan tekak dan dada
  • mencuci hati dan jantung
  • membersihkan lendir2 yg terdapat di dalam usus.
Ada Lagi...

Selain itu, buah tin juga dikatakan dapat menyembuhkan beberapa jenis penyakit seperti :-

  • penyakit buasir
  • sakit2 dan bengkak badan
  • batuk yg berpanjangan
  • melawaskan kencing

Nabi SAW bersabda: ' Kalau aku perkatakan tentang buah yg diturunkan dari Syurga, nescaya aku katakan ini lah dia. Kerana buah2an syurga tidak berbiji. Oleh itu, makan lah buah ini. Sesungguh nya dia menhentikan penyakit buasir serta bermanfaat untuk sakit2 badan...'

jom makan buah Tin;