Monday, October 21, 2013

~Save Our Ocean Trip~ Pulau Perhentian~

Diving trip aku kali ni bertemanakan underwater clean up..haaa...bunyi macam best kan, tapi sebenarnya ianya adalah activiti mengutip sampah kat dalam air..kalau kita tak tolong kutip, sapa lagi mau tolong derrr....Trip nie under kelolaan Braveheart Adventura, yang di ketuai oleh Reha Dolphin..Disamping kutip sampah under water, ada jugak activiti mengutip sampah di kawasan persisiran pantai bersama-sama dengan kanak-kanak perkampungan kat situ..Cukup la dengan mukadimah sedikit sebanyak nie..jom kita bercerita!

Day 1, Jumaat (4th Oct 2013)
Jam 9am kami tiba kat Jetty Kuala Besut..4 orang kawan kitaorg dah tiba kat situ awal pagi lagi..selepas parking keta, makan nasi dagang kat warung kat situ (seriously sangat la sedappp!!)..,kul 10.30am kitaorg dah dalam perut bot..trip kali ni terdiri daripada 5 org diver dan 2 org non-diver...


Hello Perhentian!!!!  

Perjalanan ke Pulau Perhentian mengambil masa lebih kurang 30-45 min..sampai-sampai terus kami check in Fauna Chalet dan berehat sebentar..Lunch disediakan, memang termasuk dalam package kami..Lepas lunch and solat...kami pun stand by untuk dive...gear up guys!..

Dive spot kami kali ini ialah TERUMBU TIGA..

Double click for image enlargement

Double check semua gear..make sure it works well..safety first..:)





Sebab kali ni aku punya mahaguru underwater camera tak ikut sama, aku boleh terlupa pulak cemana nak setting kan white balance kat camera..huhu..gambar semua tak jadi..:(






Lepas pulang dari dive tu, kitaorang berkumpul dengan budak-budak penduduk kampung situ untuk activiti mengutip sampah kat tempat berdekatan..

 
 Crystal clear!!...

 Gigih budak-budak nie mengutip sampah...bagus..bagus...

 Floating on salt water and enjoying blue sky...awesome!...

Lepas sesi mengutip sampah, jom mandi!!!..
seyes sangat laa...budak2 ni berenang cam dolphin...terjun kat sini, tetiba muncul kat sinun!..
Apabila pakcik pun dah naik sheh!..

Malam tu kami melepak kat cafe situ jek..tenang..menghayati bunyi ombak..

Day 2, Saturday (5th October 2013)

Lepas breakfast, kami melepak kat cafe..sebab misi dive pagi ini untuk mengutip sampah underwater..so sementara tunggu diver lain balik, kita lepak dulu..hehe..


 Diver-diver lain ke wreck dive...yang kami pulak, termenung tunggu depa balik..

Misi cleanup kali ni terdiri dari seorang jejaka dan 4 orang ladies diver yang gagah perkasa...yeah!!..

 Sessi mengutip sampah underwater di Teluk KK dive spot..



Lepas rehat sebentar, kitaorang standby untuk pur 3rd dive..SHARK POINT dive spot..

 Divers...ready??...
 Lipan underwater






 Hi En Nemo....how are you??


 kat dive spot ni pun kami masih lagi bawak mesh beg bersama..senang kutip sampah kalau terjumpa...
Agak malang, kami jumpa lebih banyak sampah di dive spot ni berbanding di Teluk KK..:(
Aku dah cam main sukaneka underwater pulak..tukang bukak beg jek..
This pic, aku menyambut tin yang diver kat atas jumpa..haha..apa yang penting, kerjasamaaaaa...

Coral dia masih lagi banyak spesis and healthy kat sini..harap-harap underwater life ni masih kekal terpelihara..

Malam tu, kami melepak merehat-rehat kan diri..sempat jugak kitaorang meround sampai ke hujung teluk...banyak lagi pilihan resort yang lain..antaranya, Flora Resort, Alu-Alu Resort dan beberapa lagi yang lain (terlupa pulak aku nama resort yang lain tue).

Ini senarai harga makanan kat Fauna Resort..bagi aku tak berapa mahal kalau nak dibandingkan dengan Pulau Tioman..

Day 3, Sunday (6th October 2013)
Pagi tu meround-round sekeliling kampung..mengemas barang untuk meninggalkan pulau..Jam 12 kami check out dari resort dan bertolak ke Kuala Besut..


 Good Morning Perhentian!!..
(Pictures : Courtesy of Amir Azmi)
Bye Perhentian!!...
Hope boleh berjumpa lagi..InsyaAllah..


Friday, July 12, 2013

~Weekend Getaway~Pulau Sibu~

dah lama merancang nak ke pulau ngan kawan-kawan skolah aku..just for weekend getaway..relek-relek...chill..chill...lepak ala-ala mak datin..hehe.

so riki punya riki, aku ajak dorang ke pulau sibu..sebab tak pernah pegi pulau sibu, nama jek orang johor kan..so, salah sorang dari kami di beri mandat menskodeng chalet yang murah and best..(murah itu mesti..hehe)..last2 kami dapat package RM150 (boat return+accomodation+meal) untuk 2 hari 1 malam...wahh..ini sudah murah betul ni..boleh refer kat website ni..

Sibu Coconut Village

Jom cerita sikit pasal trip nie;

Day 1
Pagi tu lepas subuh (macam biasa la kan, janji lepas subuh tapi last2 gerak nya kul 7am jugak..) perjalanan terus ke tanjung leman..jap aku tepek kan google map..sebab aku sendiri pun tak tau tanjung leman ni kat mana, pakai apps kat henphone jek ngan baca-baca signboard..

Kalau dari JB, drive terus menghala ke Mersing, sampai kat simpang Jemaluang, nanti ada signboard mengarah ke kanan..then follow jek signboard Felda Residence..



View Larger Map


Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam setengah...kami sampai kat jetty hampir jam 9am..registekan diri kat kaunter jetty tu..then berbreakfast kejap kat  situ sementara menanti abang boat man datang...

Perjalanan dalam boat mengambil masa lebih kurang 20 min..so enjoy our view and menyembang dengan abang boatman jek sepanjang perjalanan..


Sampai-sampai jek kat situ, selepas check in, bilik nya besar..katil queen 2 bijik then siap ada additional tilam saiz queen jugak..attached bathroom..scenery depan bilik sangat menawan hati..sangat chill and sunyi..

lepas meround kat area yang boleh dijelajah..makluman yek, kat resort ni cuma boleh berjalan ke resort sebelah..then boleh ke lalu hutan, ala- ala jungle tracking, tapi laluan nya landai giler..kitaorang pakai selipar jepun jek..kitaorg jalan jugak kejap, then blurr..sampai ke mana la laluan denai nie...so, kami decided patah balik..sunyi kawasan tu, dh takde orang lain..

kami lepak tepi pantai, melayan diri sesuka hati..aku sambung tido kat pangkin bawah pokok, sorg lagi layan diri main air..sorang lagi jadi observer..haha..lantak la..nama pun nak chill..





bila jam dah kul 12, kami patah balik ke resort for our lunch..ni best makan included...betul2 jadi mak datin..haha.. During having our lunch, ada 1 boat besar ngan 30++ orang diver pun datang lunch kat sini jugak..aisehh ramai nya diver,  kalau turun at same spot mau tersepak-sepak time under water jek ni..

lupas lunch, aku ngan ida amik package snorkling (RM25 including safety jacket ngan  snorkle and mask)..bertolak jam 2 petang.,..ada satu group of chinese family pun join sama boat ngan kami..seyesly snorkle spot ni lansung tak best, coral pun takde..apa daaa..nak suh tengok pasir jek la kot..

melepak kat pulau sana sampai jam 4 petang then kami heading back..
sempat singgah jumpa tokei resort ni, mintak dia tukar channel bola mlm ni...JDT vs Kelate (final FA cup)..haha..

VIP Seat nie...depan sekali..haha..

Malam tu, aku riki-riki jugak kalao esok pagi nak pegi dive...RM80/dive trip + RM50 tuk sewa gear per day..standard price la ni...tokei resort kenalkan ngan DM, then kalau nak pegi esok, leh join small group of 8 orang divers turun...dorang nak pegi wreck dive..yeahh..ni menarik!..

Malam tu lepas tengok bola, kami lepak kejap kat jetty..then terus balik bilik for solat and tido...zzz

Resort view from jetty
Day 2

Pagi tu breakfast nasi lemak yang bau nya sangat sedap..tapi sebab dah plan nak dive, aku makan roti jek..sebab pernah sekali dulu time awal2 dive, makan nasi lemak before turun dive, tengah2 dive tetiba nak tersedawa pulak..mau menangis keluar air mata, pedas sambal nasi lemak woo..takkan nak telan air masin pulak..hahaha

sembang ngan DM malam tadi, dia kata kalau jungle tracking tu nanti boleh tembus ke another resort, named Sea Gypsy Resort...lebih kurang 10-15 min jek..okeh..best gak tue..kalau nak ke kawasan perkampungan penduduk local, kena naik boat..tak leh jalan kaki jek..

so, aku standby nak g dive..dh siap gear up...while ida and betty pergi jelajah ke jungle tracking..tengah standby gear up tu tetiba cuaca berubah.,...mendung, windy..then leh nampak ribut datang dari arah kanan...sekejap jek hujan lebat datang..haiiihh nampak pulak laut choppy..aku dah tak sedap hati..sbb itu maknanya jugak ada strong current..


aku tanya DM, dorg nak proceed jugak ke turun, dia kata belum decide nak tunggu kejap lagi...aku tanya dive spot ada buoy line tak, dia jawab takde jek,...aku terus call off.. tak mau join..don't want to take the risk..so, aku pun jalan sorang-sorang masuk hutan, gather with the rest..yeahh..



mandi laut and melepak sampai kul 11 am, then balik bilik tuk berkemas..lepas lunch, boat man dah tunggu nak hantar kami pulang ke Tanjung Leman...adoiii kejap nya dah nk balik..huhu..



Jumpa lagi..InsyaAllah...byeee...