Hermm..hari Jumaat ni dah nak raya, maknanya cuma tinggal 3 hari lagi
jek kita nak puasa..Macam sedih pulak Ramadhan dh nak sampai ke
penghujung…sempat lagi ke nak jumpa Ramadhan tahun depan??..Insyallah..semoga
Ramadhan tahun ini penuh keberkatan buat kita semua..:)
Hari raya, tanpa balik kampung..macam tak raya la kan..lagi-lagi kalau
duduk rumah keliling dengan orang yang tak sambut Hari Raya..macam takde beza
pun dengan public holiday yang lain..For this year sama la macam last-last year
jugak..family aku akan sambut raya kat Kelantan…Tempat asal usul mak ayah
aku..Parent aku ni dulu keja gomen, tu yang kena migrate ke JB..
Tapi dah 2 tahun, aku tak rasa excited nak balik kampung sambut
raya..sebab arwah nenek aku my mum side, dah meninggal…=’(
arwah nenek aku ni memang best buat layan sembang..even dia cakap ngan
aku ngan loghat kelantan and aku reply ngan bahasa Johor (arwah nenek aku kata
bahasa macam TV)..hehhe..nak mintak advice pun boleh..ye la, orang lagi banyak
pengalaman kan..
Disebabkan aku dah takde atok and nenek at both side kat kelantan, aku
dah kurang semangat nak balik kampung..macam takde penyeri lagi nak balik
kampung..cuma nak menziarah sedara mara yang lain maka aku pun tak berapa
excited nak amik cuti raya lama-lama..
This year memandangkan adik aku boleh cuti awal, boleh bergilir bawak
keta ngan abah,jadi aku tak perlu la risau abah drive sorang-sorang..parent aku
and abang aku akan bertolak balik ke kelantan ari rabu pagi pas subuh (maknanya
esok la kan…)..berkonvoi 2 bijik keta.. aku pulak cuma amik cuti sehari..ari
kamis..aku tumpang jek la keta akak aku..boleh la bergilir ngan abang ipar aku
driving..kami punya trip ni plan nya akan bertolak Rabu
malam..Insyallah..harap-harap sempat la bersahur ngan family kat kampung..:)
harap-harap perjalanan kami lancar and selamat pergi and pulang dengan
selamat..Begitu juga dengan korang yang akan bertolak ke kampung halaman..(^^)
Bukan dekat woo nk drive balik sana..selalunya
10-12 jam…Jarak JB-KB pun 703 km…kalo nasib tak baik, sangkut dalam jam..tak
yah cerita la berapa lama sangkut nya tue…
kalo bukan musim raya, keta tak banyak sangat..so
boleh la sampai awal..rekod paling cepat aku penah buat pun 9 jam..
Harap-harap tahun ni aku masih berpeluang salam
tangan mama and abah dan mintak ampun dan maaf dari mereka..:’)
Alang-alang dah menulis blog ni, aku pun nk mintak maaf
diatas kesilapan, kekasaran, kesilap laku, kesalahan kata and sewaktu dengan
nya laaa…Halal kan makan dan minum and kalau ada hutang yang aku lupa nak jelas
kan sila la jangan malu nak menuntut..aku cuma manusia biasa yang penuh dengan
kekurangan..
Semoga korang semua menyambut lembaran tahun ni dengan
gembira dan selamat sampai ke destinasi…=)
Oohh yaaa..sebelum terlupa…duit raya!!!…
Salam Lembaran,
0 comments:
Post a Comment