Day 4 : 11 August 2018
Beberapa kali terbangun..sejuk menyucuk tulang..selimut guna kain pelikat en suami..beberapa kali jugak la terbang sebab angin kuat..nasib aku sedar (sedar pun sebab sejuk:p)..nasib baik jugak kami pakai stokin jadi masih agak ok..Surau dan toilet ada kat dalam kapal ni..
Pukul 6 pagi matahari dah naik cerah..tapi dari jauh masih nampak hanya lautan je..pukul 7.30 pagi baru la kapal berlabuh di pelabuhan..
Good Morning!!!... |
Tu la tempat tidor kami..aku punya "katil' tu lagi la..kalo ko mengereng ke kanan, tetiba nampak lelaki dok berdengkor tido sebelah..terkejut tauuu!!!.. |
smoking area |
segala barang ada kat bawah ni..beskal la..tahu laa..segala barang runcit..motor pun ada.. |
dah cerah baru nampak pulau sayup-sayup kat sana... |
En suami call sepupu dia yang masih ada di pulau tu..Alman namanya..yang dah dekat 12 tahun tak jumpa..sebelum ni Alman pernah stay kat Johor..lama jugak..pas tu dia nak settle down kat tempat asal usul dia..
Kami check in hotel Fatin..harga bilik ni 200,000 IDR semalaman..selesa dan bersih..ramai customer hotel ni pun staff bank, atau pekerja kerajaan yang outstation ke sini..
Lepas check in dan rehat..Alman bawak kami keliling pulau Bawean..aku request dia bawak ke air terjun..mak aii jauh jugak naik motor nak sampai ke air terjun tu..dah sampai ke hentian motor, kena jalan kaki sikit dalam 10 min..bila dah sampai laaa..air terjun tu kering..musim panas agaknya..tak dapat nak mandi walau dah pakai baju mandi siap-siap..dapat la basahkan kepala dan minum sikit air sejuk tu...
Mana air terjun nya???...mana?? |
Alman bawak kami ke kolam air panas pulak..kolam nya kecik je penduduk kawasan ni buat sendiri..orang kampung collect duit dan buat kolam elok sikit..setakat ni mereka charge 1,000 IDR je seorang..jadi duit dah kumpul banyak nanti orang kampung nak buat kolam lebih besar dan selesa..
Kami sampai situ betul-betul lepas azan asar..ada 2 orang makcik tengah mandi..baru je kami mandi dah makin banyak motor-motor orang kampung sampai..
Lepas lepak makan rojak kat situ.,kami pulang ke rumah Alman..isteri dia dah siap masak dinner..
Malam tu sebelum kami balik ke hotel kami bincang-bincang mintak tolong Alman bawak ke pulak Gili esok..
So, esok pagi bersiap-siap ke Pulau Gili..yeess!!!
0 comments:
Post a Comment