Pejam celik pejam celik..sebab takut bila orang datang ketuk pintu nanti tak sedar..last2 pukul 3.30pg orang datang kejut baru nak siap-siap..pegi toilet cuci muka je, tukar baju, terus jalan..tak yah mandi sejuk sangat.”mandi kat air terjun nanti je” driver semalam pesan..>.<“
Perjalanan ke penanjakan tu dalam setengah jam..berderet-deret jeep ke sana..driver kami berenti jauh dari last perhentian..jalan kaki dalam kesejukan ke surau..mengah betul..stamina out..keluar surau ramai ojek tunggu..last-last naik ojek je ke puncak..20,000 IDR seorang..
Sila amik gambar no plat JEEP masing-masing..kang banyak JEEP rupa sama je.. |
Ni la dia musolla pertama kami berenti solat subuh.. |
sepanjang perjalanan jangan takut sempat lapar..ramai orang jualan kat tempat sejuk-sejuk ni.. |
Orang bergaya sakan pakai mafla..aku sarung je la dengan kain batik..dah sama macam orang local sini dah.. |
View masa awal pagi masih penuh kabus..dalam pukul 5.30 pagi baru awan hilang dan muncul la gunung Bromo..cantik Subhanallah..
Partner in crime aku..menguap kengantukan menunggu matahari naik... |
Kami jalan kaki pulang ke jeep agak lewat..sepatutnya pukul 6 pg dah ada kat jeep..tp kami pukul 6pg tu baru nak gerak dari atas..
Pakcik driver pesan nanti kat gunung bromo kena cepat..pukul 8pg dah kumpul kat jeep..masa tu dah almost pukul 7pg..jeep mate kami 4 orang spain..pakcik tu kata sempat 20min pegi-20 min balik..
Pastu pakcik driver cakap boleh naik kuda..(dia cakap indon bila cerita pasal kuda)..saja nak suruh aku “kenderaan berat” ni naik kuda la tu..dia kata kuda 125,000 IDR seorang..dia bawak sampai kaki gunung..lepas tu naik tangga..jalan landai 500m, then jalan curan 1.5km then jumpa tangga..aku translate english kat dorang kat belakang..pas tu aku sambung “i know you all fit but, definitely we (sambil pointing kat kitaorg laki bini) have to ride horse”...pas tu dorang gelak..
Gunung Bromo belakang Gunung Botak ni.. |
Sesi tawar menawar.. |
Naik tangga 253 steps tu pun berenti banyak kali hokeh..aku rasa stamina aku tertinggal kat msia laa..
Si bila sampai kat last point kuda boleh naik. owner kuda akan bagi kertas kecik tulis nama dia..so simpan, nanti bila balik tunjuk je kertas tu kat orang-orang kat situ.. |
Tu la dia tangganya..memang kena naik untuk sampai ke atas.. |
Ini la dia kawahnya..orang ramai berasak-asak.. |
Bunga dia jual..cantik dan segar.. |
Ini la dia jeepmate kami...tinggi betul yang lelaki.. |
Kat persimpangan ini la kami berpisah... |
Balik dari bromo..kami singgah warung makan yang kitaorang berenti semalam..then terus bersiap nak check out..dah siap tukar baju mandi nak terjun air terjun..tak sabarrr..
0 comments:
Post a Comment