Saturday, August 25, 2018

~Surabaya Trip - Gresik - Pulau Bawean - Day 3 ​

Sambungan..

Day 3 : 10 August 2018

Pagi ni bangun lambat..solat subuh gajah orang kata..bangun pagi ni segala sendi sakit..lepas solat baring golek2 lagi..

Kami plan nak ke Pulau Bawean...en suami aku ni keturunan orang boyan..asal usul susur galur family dia dari pulau bawean..so dia memang teringin sangat nak ke pulau bawean dari mula tunang dia sebut..aku pun pernah janji nanti one day aku akan bawak dia..dia kata kalau dia sorang memang tak sampai sebab tak reti nak ke sana..


So pagi ni kami pusing- pusing cari dobi..nak keringkan baju air terjun semalam..hari ni jauh lagi perjalanan nya..nak angkut baju berat ke hulur hilir not good idea..Tanya orang sana sini rupanya dobi kat sini ada banyak..dobi kiloan orang sini panggil..bukan dobi self-service..kat ceiling dobi tu ada di buat para-para dia gantung baju-baju kat hanger..takde dryer..macam tu la dia kering kan baju..manual..

Jadi bila kitaorang nak hantar baju..esok baru boleh amik..aduuh tak sempat nie..jadi kami patah balik ke hotel dan sangkut baju keringkan..pandai-pandai encik suami la dia nak jemur cemana..kaki aku sakit hiking semalam jadi aku tunggu je dia kat luar bilik..


Selesai settlekan baju kami ke pelabuhan..ada sorang pakcik kata tak perlu ke kaunter, nanti dia belikan aje..sorang 100,000 IDR..dia datang hotel jemput kami nanti..tapi insist nak ke kaunter jugak..nak tau jugak cemana nak beli..kami jalan sampai hujung pelabuhan baru jumpa kaunter penumpang..tapi kaunter tutup, ada beberapa orang pakcik kat situ kata datang lagi lepas solat jumaat..
Pintu gerbang masuk ke Pelabuhan Gresik


 Masa tu jam baru 9.30 pagi..jadi kami pusing-pusing cari sarapan..akhirnya jumpa roti canai malaysia..orang perempuan yang tebar..singgah kejap saja nak test..boleh tahan sedap jugak weii..
Roti telur + kopi O panas + kopi tarik harga 11,000 IDR je..
Tu la dia banner yang kitaorang nampak dari jauh.




Lepas sarapan kami tanya-tanya jugak pakcik tuan kedai tu..dia suggest pegi ke makam wali malik ibrahim..ok good idea jugak since kami dah stranded kat sini..

Naik becak ke makam dia cas 15,000 kalau ke dua makam 30,000...ada 2 makam je kawasan ni..yang lain dekat surabaya..

View from inside

muka gedik dapat naik becak..abaikan la eye beg tu..muka sembap (kembang)..:p
Add caption






Our ride of the day

Lepas lawat makam kami ke warung jual mee ayam..pakcik becak pendiam tapi bila sampai kat warung ni tetiba dia bersuara..”kalau nak makan bakso, makan di sini”..warung ni memang sentiasa ramai customer..penuh je..bila dah test, pergh memang sedap pentol dia tu..

Lepas kenyang kan perut kami berjalan ke pelabuhan..untuk beli tiket malam ni..pergh tunggu sampai 3 jam kat terminal ni nak dapat tiket..aduhh dah sakit pinggang duduk sini..patut la pakcik pagi tadi kata tak payah beli..biar dia je belikan.kalau tau kena tunggu sampai 3 jam macam ni, memang dah upah dia je tolong beratur kan..

System beli tiket untuk ferry malam pelik sikit..pagi-pagi datang bagi nama kat ada budak yang jaga kat situ..sorang boleh beli max 3 tiket sahaja..so kalau dh cukup 200-220 (lebih kurang) penumpang dia dh tak terima booking nama..pukul 2 petang ada officer datang dan akan baca one by one nama yang dah diregister kan awal-awal tadi..masa tu baru bayar dan dapat tiket..so bayangkan kitaorang sampai dari pukul 12.30 tghari cam tu, pas tu baru paham system jadi baru bagi nama..en suami nama dia ke 73...pegawai jual tiket tu datang tepat pukul 2ptg..baru panggil nama sorang-sorang..nak tunggu nama sampai ke 73 tu dah dekat lagi 1-1.5 jam..berkematu bontot..T.T
Dah dapat tiket, baru la senang hati sikit..Kos tiket untuk sorang 70,000 IDR, kalau upah runner belikan 100,000 IDR..

Suami aku ni dah macam nak cari gaduh kat situ..dia tanya-tanya soalan orang jawab 'register'..tanya lagi 'register dulu bang'..masalahnya nak register kat mana??..mamat baju merah belang macam mat pit tu tulis nama org macam cakar ayam dah la ikut suka dia spelling semua tak betul..cemana thah system dia ni..

hasilmya setelah 5 jam..T.T

Dah dapat tiket, kami terus pulang ke hotel.. kena packing solat mandi..pukul 5 ptg dah kena check out..ni pun dh kira extend setengah hari..

Check out...dinner..dalam kapal tu mesti makanan mahal..ke masjid..dah siap solat terus ke pelabuhan..busy betul pelabuhan nie..

Kapal Gili Iyang ni jalan seminggu beberapa kali je..dan hari lain kapal penumpang je yang beroperasi..jadi segala jenis barang cuma boleh diangkut guna kapal ni..tu yang segala barang runcit,moto, basikal sayur2 semua di penuhkan kat tingkat bawah..penumpang cuma muat 200 orang..kat tingkat 2 dan roof top..kalau naik kapal ni, baik naik awal chop tempat kat ruang vip..kalau lambat macam kami ni tido kat tempat smoking area je la..

Perjalanan 8 jam..esok pagi baru sampai..bergolek2 kat kerusi macam kantin ni..boleh sewa tilam nipis ni 20,000 IDR..harap-harap boleh tidor malam ni..

Tapi bunyi engine ferry ni kuat giler kot..walau kapal besar, lalu ombak besar kadang-kadang berasa jugak beralun nya tu..kalau ada bawak anak kecik tu sebaiknya masuk awal chop tempat selesa sikit.
Harap-harap boleh tido malam nie..mata dah ngantuk tapi belum boleh tido lagi..huhu




Punya la excited..laju menonong je jalan...

haaa tu kapal dia..macam kapal nak ke Pulau Pinang..

Nama kapal ni..KMP GILI IYANG
Ni la ruang VIP nya..kena masuk cepat..chop tempat...pompuan ke lelaki ke sama berebut..

Ni ruangan bawah..kalau dah ada barang, jangan sekali-kali ko alihkan..jiran tetanga boleh jerit macam halilintar marah..

cafe yang ada..

Ruangan lepak kat dalam.
Smoking area..

Macam ni la kami laki bini tido..kain pelikat dia dah jadi selimut aku..


​Bersambung..

2 comments:

Unknown said... Best Blogger Tips

Salam awak boleh bagi pendapat tak sesuai tak bawak ke sini bersama anak2 kecil..?sebab nak naik kapal tu..n bape kos ya masa awak pergi...berbaloi tak?klu sudi wassup saya ye 0175050104 - dilla

YanTie AhMad said... Best Blogger Tips

@Unknown

Berbaloi sangat puan kalau dapat ke pulau bawean tu..cantik nature scenery nya..cuma kena rancang waktu perjalanan..jangan salah tarikh...hari biasa ada feri pagi speed..4 jam dah sampai..setiap pagi ada speed boat, kecuali hari jumaat..kalau tak bleh elak, terpaksa jugak hari jumaat nnt kena senasib macam kami ni..