lama betul aku tak update blog niee....
lepas kawin, dh tak berjalan sangat..cuma ada family trip sekali setahun, cam tu je la..
hari-hari biasa bz tolong en suami kat warung dia meniaga sarapan pagi sampai la ke malam..
penat..sebab tak biasa meniaga makanan...
2018 full of history dalam hidup aku..
December 2017 - aku amik anak angkat, actually anak pekerja suami aku..tp family dia susah sebab ayah baby ni sakit (macam tempang)..jadi bergantung harap mak dia je kerja kat kedai suami aku, ayah pulak walau tempang tapi masak nasi lemak ngan nasi ambang jual kat warung2..
aku amik anak ni setiap hari jumaat petang (balik kerja terus singgah rumah mak baby ni), sampai la pagi isnin..aku nk pergi kerja, aku hantar baby ni balik..(pergi kerja dengan linangan air mata)..actually baby ni pun aku bagi nama ..Asyura..sebab dia bersalin betul2 hari asyura pada 1/10/2017..tapi mak dia tambah sikit,..Nur Asyura Damia..
Ni la Mia..baru umur 12 jam..aku amik dia check out dari spital..
End of March buat IUI - tapi lepas 17 hari, aku bleeding..menangis sepanjang minggu..frust..huhu
May 2018 - busy dengan bazar Ramadhan
June 2018 - busy tolong..raya ke-3 dah start niaga
3 hari sblm raya, mak Mia bwk dia balik kampung (balik kelantan) dan dia janji seminggu lepas raya dia balik..aku tunggu...tunggu..aku wasap dia kata nenek mia tak bagi balik johor dah..eh eh..mak dia ni dah la balik ngan anak2 je..suami dia dangan anak no2, dia tinggalkan kat JB nie..dah la suami nya tempang mcm tu,..anak yg no 2 teman suami dia tu pun baru je 10 tahun cam tu..(lelaki)..aku cuba jugak pujuk2..aku rindu sangat kat mia...malam2 nangis rindu dia..actually bukan malam je, tgh drive pegi / balik kerja tu penuh dengan air mata je..
dia kata suami dia masa sihat dulu kaya..pas tu dlm 4 tahun ni suami dia start sakit, tu yang dorg susah skit sampai kan isteri terpaksa kerja..bill api tertunggak RM1000, bill air baru je bayr RM400, sewa rumah tertunggak 7 bulan..mak mia kata, dia dh penat nk sara suami ngan anak2 sorg..jadi anak yg balik tu dia jaga..harap ehsan adik beradik sementara dia dpt kerja..
tak tau nk cakap macam mana dah..aku pujuk2 tapi gaya dia ckp tu macam dah tekad..
jadi aku terpisah la dengan mia...
dah sebulan mia x datang..mak dia pun dah bagi kata putus tak nk balik johor..baru aku ada kekuatan nk kemas semua baju dan mainan2 dia bagi kat pekerja2 aku yang lain..
sediiiihhhhhhhhh...
Ni Mia 8 bulan..last week before aku berpisah ngan dia...
walau pun dapat jaga Mia sekejap, banyak benda kami suami isteri belajar pasal parenting..jaga baby bukan mudah, tapi sangat membahagiakan...
Doakan la 2nd half 2018 ni ada kebahagiaan untuk kami..