Showing posts with label Korea - Seoul. Show all posts
Showing posts with label Korea - Seoul. Show all posts

Monday, March 5, 2012

~JB-KL-Korea~Kecederaan Poket~

Ramai pulak yang bertanya pasal total cost aku g korea last month..

okeh, jap eh, aku cilok dari entry tripmate aku, si Pae..


Hostel
1. Seoul - Sunshine guesthouse = 18,000 Won
2. Busan - Pusan Inn = 17,500 Won
3. Jeju - Global Motel = 16,500 Won
4. Jeju - Hiking inn = 15,000 Won
5. Jeju - Hiking inn = 15,000 Won
6. Jeju- Global Motel = 13,300 Won
7. Seoul - Green field motel = 21,600 Won (Extend till 7pm)

(Kiraan tuk 1 bilik 2 orang)

Total = 116,900 Won / sorang

Transport
Subway + Bus T money = 36,000 Won
KTX seoul busan = 43,300 Won
jeju air Flight Busan - Jeju = 38,900 Won
Jeju air Flight Jeju - Gimpo = 37,800 Won
Air Asia KL - Incheon = RM 750 (Include luggage balik 20kg and meal balik)
Bas JB-LCCT = RM 44
Busan Tour = 8,000 Won
Flight KL-JB = RM144

Total = 164,000 Won + RM 938

Ticket2 masuk
Teddy bear musium = 8,000 Won
Halim's Park = 9,000 Won
Manjanggul Cave = 1,100 Won
Cheonjiyeon Waterfall = 2,000 Won
Taejong Busan = 1,500 Won
Aquarium Busan = 22,000 Won
Haeyoe Musium = 2,000 Won
Chocolate land = 3,000 Won

Total = 48,600

Grand Total = 329,500 Won = RM912.72 + RM 938 = RM1850.72

Makan = RM 300 (anggaran..makan sangat x mewah pastu siap ader bekal roti penyek dll dr malaysia)
Soping = RM 300 (Sikit cenderahati +winter jacket dll)

Grand Total : Lebih Kurang RM 2450

Conversion : 1,000 KRW = RM 2.77



Friday, March 2, 2012

~JB-KL-Korea~Day 8~

Bersambung dari sini..

Pagi tu awal-awal lagi kami dah bersiap..misi hari ni nak pegi Nami Island..mengikut information yang kami tanya-tanya kat student Malaysia kat restaurant muslim semalam, perjalanan naik train mengambil masa lebih kurang 2 jam dari seoul area ni..lagi pun pulau Nami tu besar jugak untuk di explore..

tengah dok bersiap-siap tu..pae kata dia rasa tak berapa sihat..tak larat nak berjalan..takut menyusahkan kami pulak..hurm, rasa bersalah pulak semalam bawak dia hiking namsan park tu..

Lebih kurang pukul 9.30am, kami dah keluar hostel berjalan ke subway station..perjalanan dari Jangno-3-ga ke station terdekat dengan nami island perlu tukar sampai 4 kali train..boleh refer kat entry blogger ni...Sebab subway system kat seoul ni ada sampai 9 route, so sila la belek baik-baik map subway tu..dah la bunyi semua seakan-akan jek..

Disebabkan hari tu hari sabtu, maka train penuh dengan ahjushi and ahjuma yang nak ke hiking..giler fit dorang ni..ada sorang uncle tu aku dok sembang..,umur dah 55 tahun..tapi every weekend dia dok hiking..then dia cakap tuk maintain stamina, ari2 dia cycling kat umah 2 jam..perrhh!!...aku ni??.ppffftttt!!!...seminggu 2 x jek kot main badminton, tu pun 'main-main' ngan gelak jek lebih..dalam dok menyembang tu, di sebabkan uncle tu punya english sangat la power, aku tanya la dia kerja apa..rupanya aku ni dok sembang ngan CEO company hartanah dowwwhhh!!!..tabik spring toing-toing laaa...

Ini lah station terakhir..dari station ni, kena naik taxi pulak ke jetty pulau tu dengan tambang lebh kurang 3,000KRW..masa ni sejuk giler..siap ada salji..

kami sampai kat pulau tu around pukul 10 am...entry fee nya 10,000 KRW, tapi untuk pelancong ada diskaun, 8,000KRW..then terus naik ferry..naik ferry ni pun tak lama, lebih kurang 15 min..tapi sangat ramai orang..

Ada bendera di kenali kat deretan bendera-bendera tu..bangga ni!!!

Pusing-pusing kesejukkan, amik gambar sesambil layan diri syok sendiri..kalao ikut kan map, ada muslim restaurant kat sini...kitaorang pun pusing jugak cari restaurant tu..so, lunch kami leh makan nasi ari tu..yeeeaahhhh!!!..

 Pemandangan kat area Nami Island..
Tengah dok pusing-pusing cari muslim restaurant, ada pulak orang jual pau kacang..seketul harga 1,000KRW..sedap giler..nak-nak pulak time tu tgh sejuk..memang terbaeekk!!..

Finally jumpa pun muslim restaurant nya...nasi ni aku pun dah lupa namanya...kena goncang-goncang dalam container tue..ada group dak2 muda kat depan meja kitaorang dok nyanyi siap joget-joget "shake it!...shake it!!.." time aku dok goncang-goncang tin ni!..haha..lawak giler, rugi tak sempat snap gambo..dorang confirm la tau aku ni kan foreigner, ngan kaler kulit aku yang haddo ni mana boleh nk sembunyi..:p





Dalam dok pusing-pusing kat pulau tu, jumpa surau..so sempat la solat jamak and qasar..kat surau tu jugak la aku terserempak ngan another group of student UTM yang join group GOP..banyak tul la group student UTM ni datang sini..


 bila jumpa spot yang boleh panaskan badan ni mesti singgah..giler sejuk la kat sini..huhu

jumpa chop Nami ni..haha..terus aku chop kat passport aku!!..wahaha..

Lepas puas meround kat pulau tu, lebih kurang pukul 3am, kami gerak balik..

view atas boat..

Bila sampai kat jetty, ada buggy jumping rupanya kat situ..tapi tak sempat mau survey berapa harganya...masa tu dah pukul 3pm..so agak kelang kabut mau balik hostel..

Kami tiba di hostel lebih kurang pukul 6pm..Terus kemas-kemas apa yang patut and makan bekalan yang ada balance lagi..hehe..kenyang kan perut dulu..Lebih kurang pukul 7pm kami pun mulakan perjalanan ke Incheon International Airport..

Setiba nya kat sana, lepas check in semua barang, sempat lagi beli barang-barang kiriman opismate..patut la dorang kirim barang cosmetic dari korea..kat epot ni murah rupanya..dorang dah siap print kan gambo ngan dah bagi duit siap-siap..tinggal aku bagi kertas tu kat orang kaunter, and bayar jak la..

Tiba kat LCCT around pukul 6am..giler letih and ngantuk..baru la terasa badan sakit sana sini...lepas solat subuh, terus ke KLIA..amik flight KL-JB..tak mampu dah aku nak angkut luggage 20 kg ni ke hulu-hilir..

Berakhirnya journey Korea aku..Tapi alhamdulillah, aku puas ati sangat dengan trip ni..sempat cover 3 big cities..dalam tempoh 9 hari..Seoul-Busan-Jeju-Seoul..yang paling penting, dapat belajar banyak benda dan pengalaman baru..
 


Sepanjang buat research pasal trip korea ni, ada benda yang aku amat idam kan nak pegi/buat;
a) Sembahyang kat Itaewon - Yang  ni alhamdulillah tercapai..siap dapat dengar khutbah Jumaat lagi..
b) Nak pegi Jeju Island - Yang ni pun dapat..sempat 3D2N lagi..:)
c) Nak naik ferry g Jeju - yang ni tak dapat..sebab kalo ikutkan buku LP and tripadvisor, ada 2 company yang operating kat situ...one of them takde trip busan-jeju pada hari isnin, while another company ada..malangnya bila aku sampai kat terminal tu, lengangg!!..."no ferry to jeju on Monday!!" *pengsan*
d) makan makanan local - giler best!..
e) Visit Women Diver Museum - giler cool!!..
e) Naik seoul tower, tengok kunci2 love tu - mission accomplished!..siap beli love share ngan pae..hehe
f) Pegi Old Folk Village - all the while aku tengok kat map Jeju, aku ingatkan umah orang tua-tua..rupanya umah tradisional Korea daaa...
g) Nak pegi Nami Island - apa ke best sangat ke??..rupanya, best gak la tuk sightseeing..dan sepanjang perjalanan naik train tu has their own scenery yang aku suka..
h) Nak chop Nami Island kat aku punya passport - sukati aku jek chop sendiri!!.
i) nak merasa main salji - bukan takat main..siap kena tembak lagi haa..tp ada impian nak main snowboarding..hehe..tp yang tu kat tempat lain pun boleh..
j) Tengok sendiri tahap kebersihan Korea ni..semua orang kata bersih-bersih..tahap mana punya bersih..bila dah sampai sana, okeeh, memang bersih..yang pompuan-pompuan tu semua sampah masuk beg, nanti bila jumpa tong sampah, baru dorang keluarkan.
k) Communication barrier - haha..yang ni memang agak lawak pun ada, huru hara pun ada, terharu punya cerita pun ada.
l) Nak hiking Hallasan - sebelum pergi jeju, aku teringin sangat nak hiking, tapi bila dah sampai sana, aku rasa cam kerdil lak..stamina larat ke ni?...insyallah, kalo ada rezeki, kalo tak pass hiking, pegi kaki gunung pun jadi laa..

InsyaAllah, kalau ada rezeki, tiket murah ke kan..aku pun nak merasa musim bunga /falls kat sana..sure cantik kan..hehe..



Friday, February 24, 2012

~JB-KL-Korea~Day 7~

sambungan dari sini..

Pagi tu lepas jek sembahyang subuh kami terus bersiap untuk check out..memandangkan flight kami pukul 8.30am dari Jeju international airport, pukul 7am lagi kami dah terpacak depan hostel menunggu taxi..Dari hostel kami tu takde la jauh pun nak sampai ke epot..dalam 10-15 min...Tapi lebih baik sampai awal daripada missed flight kan..:p


Setibanya kami kat epot, terus check in luggage..sementara tunggu time boarding tu sempat la kami sarapan kopi ngan biskut Oreo..then terus masuk boarding hall...Flight duration Jeju International Airport - Gimpo International Airport mengambil masa sejam..


This time tak perlu kelang kabut lari-lari sebab takut train stop yek..pengalaman ngeri betul la time tu..kami tiba kat Gimpo International Airport lebih kurang pukul 9.35am..dari epot kami terus naik subway ke Jangno-3-ga..mulanya nak check in kat hostel yang sama (Sunshine Guest House)..tapi rasanya macam kurang puas ati dengan service and condition bilik kat situ..so kami decided nak try tanya-tanya hostel-hostel yang berhampiran..

Dengan sepontan nya kami masuk hostel yang terletak betul-betul bersebelahan dengan Sunshine Guest House tu..Namanya GREEN FIELD MOTEL..harganya pun lagi murah dari sunshine..kalau kat sunshine satu bilik untuk 2 orang 36,000KRW...di Green Field Motel cuma 30,000KRW..malangnya takde wifi di motel ni..tapi wifi dari sunshine buleh dapat (bertentangan jek pun bangunan nya kan)..hehe..

Lepas letak barang2 and rehat seketika, kami pun nak ke Itaewon...kami perlu tukar 3 kali train..di Itaewon ada kawasan muslim and ada masjid kat situ...menarik!!...so, kami pun bergigihan ke sana..kena tukar train sampai 3 kali pun tak pe..

Sebaik saja kitaorang keluar dari subway station, kami ternampak sekumpulan remaja lelaki yang muka ngan gaya macam orang malaysia..so, kami pun pergi la tegur kumpulan tu..owhh..rupanya mereka student dari UTM yang buat GOP (Global Outreach Program)....lerr..student dari uni sama ngan aku..dah la pulak tu, sama fakulti pulak..FKM..chiyok la korang..

Kebetulan rupanya kitaorang plan nak menuju ke masjid yang sama...apa lagi, kitaorang pun join la group GOP ni...mereka terdiri daripada 16 orang student (semua nya lelaki) dan sorang pegawai pengiring..siap ada sorang pemandu pelancong (student malaysia yang dok study kat korea)..

Waktu kitaorang tiba tu lebih kurang pukul 11.30am..tak ramai lama lagi dah nak masuk waktu zohor...jadi kami pun amik wuduk dan masuk ke dalam masjid..di dalam masjid tu ramai betul muslimin dan muslimat yang sedang mengaji..lepas menunaikan solat sunat masjid, aku hanya duduk di belakang sambil memerhatikan wanita-wanita dari negara lain mengaji dan ada yang sedang solat..sejuk hati rasanya..



tak lama lepas tu azan berkumandang..di ikuti dengan khutbah,...pada awalnya aku pelik, kenapa lama sangat tazkirah..tetiba, aiiihh ari ni kan ari jumaat..Ya Allah..1st time seumur hidup berada dalam masjid di waktu orang berkhutbah jumaat..Alhamdulillah..khutbah yang di sampai kan dalam bahasa english ada sikit2 campuran bahasa arab..tapi apa yang ingin di sampaikan amat mudah difahami dan menusuk dalam jiwa..Korang boleh rujuk pasal Korea muslim kat sini..waktu masuk waktu solat di korea boleh di cari dari link ni..

Suasana selepas sembahyang Jumaaat

selepas solat, kami berjalan dan makan di salah satu kedai muslim di situ..di sebabkan kekurangan pekerja ada sorang jek yang mengambil order, orang yang sama jugak la buat air, orang yang sama jugak la masak..so, sementara menunggu makanan sampai, aku sempat meround kat area situ..beli roti kat kedai bakery sebelah..masuk grocery muslim market..

sedap jugak la kacang-kacang ni..tapi sangat manis..
My lunch...Nasi ngan Sup Daging..sedapp...

Keluar dari restaurant tu, kami meround-round kat area tu..sempat lagi beli sikit-sikit ole-ole untuk bawak balik ke malaysia...


lepas habis bershopping, time tu lebih kurang pukul 3 petang..kami dah takde plan nak pegi mana..so, aku pun bukak buku LP..tengok ada night route..di cadangkan kami berjalan ikut route dalam buku tu start pukul 6 ptg..tapi aku agak-agak kalo kul 6 ptg baru nak jalan, mau nya mati beku bila sampai..so, may be buku ni di tulis merujuk kepada waktu secara am..kalo winter ni, pandai-pandai la budget sendiri..alang-alang kami dah kat setengah route, kami pun follow la buku tu cadangkan nak ke mana..


pegi ke namsan park then naik ke Seoul Tower..hurmm ..menarik ni..so, kami pun bergigihan berjalan ke sana...naik bukit curam sampai la kami tiba kat Hyatt Hotel..pas tu jalan lagi sampai la kami tiba di Namsan Park..hurrm..kat sini pun sama macam Halim Park..pokok kering kontang..pas tu kami ikut route tu naik bukit nak ke Seoul Tower..

Pond yang dah beku..


Bergigihan jalan naik bukit..tetiba teringat ada sorang blogger naik ke Seoul tower takde la susah cam ni sekali..entah-entah ada bas kot..kami dok sembang masa berenti berehat sebelah toilet..tengah kami dok sembang bas pun lalu...laaaa..ni kan bas yang kita nampak time kat Hyatt tadi..lepas tu di ikuti 3-4 bijik bas lagi..bila kami tahan, driver dia jeling jek laa..tak berenti pun...mana mau berenti kalo dok tahan bas kat tengah hutan..haha..


sayup-sayup jek nampak Hyatt Hotel..padahal kat situ la kami start tracking ni haa..


 Electric Bus pun kena isi minyak ke??..hehe..cam ni rupanya dia cas electric nya..ooowhhh!..
Kalo tau ada bas dari Hyatt hotel tu, baik naik bas jek...takde la sampai sakit2 kaki mendaki bukit..excersice musim sejuk katanya..chiiyyokk!!!...ehh silap!!..aja-aja fighting!!..

dengan usaha gigih kami., akhirnya sampai pun kat seoul tower..penat tu aku takde la rasa sangat..tapi sejuk tu yang tak tahan!!!...

dalam banyak2 kunci kat situ, aku suka yang "i wish i was rich"..giler cool!!.."i wish I am rich too dude!"
Nak jugak letak kan..haha..sugarmami, kami dah tunaikan ur wish..:)
 Sunset kat puncak Seoul Tower
 Tumpang minum kopi panaskan badan kat dalam cafe situ..

Time malam, ada laser show kat Seoul Tower tu..imagine dorang buat show ni using laser..cool giler!!
Sempat pose sengal2 dalam kesejukan kat situ..;p

Turun dari Seoul Tower, kami naik bas ke Namdaemun Market..sebab kat sign board bas route tu ada tulis Accessories Special Shopping Center...Bila kami sampai jek, kedai dah banyak tutup...aku rasa sebab waktu tu cuaca sejuk sangat, so tak ramai pelanggan sebab tu di tutup awal...


Kat sini aku sempat beli winter jacket (maklum la yang pakai ni, jacket pinjam..:p)..mula-mula ahjuma tu letak harga 75,000 KRW, tapi aku ni kan kaki tawar menawar..ngan bahasa ayam-itik tu pun gigih jugak la menawar..abeh tembus calculator dok tawar harga..haha..last-last dapat jugak harga 55,000 KRW..hurm..sikit kalah la sebab aku aim nak beli ngan harga 50, 000KRW..haha..kalah tipis!!!..

Balik dari sana Namdaemun kami terus ke hostel..selepas mandi dan solat...terus zzzzz....

Bersambung...

Tuesday, February 14, 2012

~JB-KL-Korea~Day 2~Part 2~

sambungan dari sini..

Rupanya mamat encem korea 2 orang pun nak ke busan, tapi dorang seges supaya share beli tiket ngan dorang..kalo 4 orang beli 1 tiket, dapat harga diskaun..144,300KRW tuk 4 orang naik KTX...kalau sorang naik KTX harga 57,700KRW, 2 jam setengah jek..hurm, aku tak nak la naik KTX, mahal..

 Perjalanan kami dari Seoul ke Busan...
Ini lah table perbezaan naik KTX vs regular train..
kalau naik KTX cuma 2h 40 min, kalau naik regular 4h 10 min..

pas tu dia translate kan price board tu, kalau ke busan naik regular train pun dh 42,700KRW, 5 jam..kalo naik bas pun lebih mahal harga tapi 7 jam..hurmm, harga subway 900KRW per entry, kalo ada transit baru la ada aditional cost, kalau naik bas 1,100KRW skali naik..so kalau dorang kata naik bas lagi mahal, aku rasa make sense jugak..

tapi sekarang kitaorang 3 orang, and dorang 2 orang..so total ada 5 orang..macam mana?..dorang kata, dorang nak tetap nak bayar utk 2 orang, kalo kitaorang x nak share, xpe la..dia tunggu orang lain..dorang student, so harga ni tak boleh la mahal-mahal..lagi pun sehari ada banyak trip KTX ni dari seoul ke Busan..takde dorang heran pun kalo kami ni tak nak..:p

Kaler oren tu untuk KTX trip..punya la banyak trip ke busan..pukul 9.30am, 9.45 am, 9.50 am..

So, kitaorang pun dok bincang2..hurm, last2 kata sepakat, kita share jek total cost semua tu..means, (144,300KRW/2+57,700KRW)/3 orang..bertolak kul 9.45am..pukul 12 noon dah boleh sampai sana..


So, kita orang pun agree, bagi duit kat dorang..dorang tolong belikan tiket..sementara nak tunggu pukul 9.45am, kitaorang pegi beli kopi nak panaskan badan, 2 mamat korea tadi pegi merokok jap..

Bila aku ngan pae keluar dr family mart, mamat korea 2 orang tu terkejut tengok kopi kitaorang..dorang kata kopi mahal..2000KRW, mmg mahal pun ..tp tak tau mana nak amik yang lain..dia orang kata, tak pernah minum kopi mahal kitaorang tu...tp memang sedap laa...boleh jek cari kopi harga 700-800KRW..wahaha..terasa sengal!..=.='

Naik KTX, rupanya seat kami  yang ber4 tu memang kena duduk menghadap..owh..macam ni rupanya..salah sorang mamat korea yang encem, mintak excuse sebab nak tido..sorang lagi pulak layan kami sembang..macam2 la sembang..pemandangan kat luar pun cantik giler..aku sibuk nak amik gambar, pae layan mamat oppa dia tu menyembang..sejam menyembang, mamat tu mintak excuse nak tido jugak..dorang ngantuk sebab malam td tak tido..melepak ngan kawan-kawan..so, aku ngan pae pun study pasal planning tour kat busan..

 Inilah dia seat untuk 4 orang..cheaper seat..


Pemandangan di luar...awesome giler..
cuba tengok kat monitor tu..speed train ni 301km/h..giler laju la..

Sebaik tiba kat busan station, mamat korea 2 orang tu pun bangun dan kami berpisah kat station tu sahaja..

Finally, sampai pun kat Busan Station...Alhamdulillah...phewwww!!...:)

To be continued...