Monday, February 13, 2012

~JB-KL-Korea~Day 2~Part 1~

Sambung dari sini...

Teett..teeettt..tetttt...memekak betul la alarm tepon aku ni..pas tu aku terdengar bunyi suara pompuan mengeluh..terus teringat ada orang lain dalam dorm..alamak, tp aku cuma mampu jengok ke bawah, pas tu aku nmpak pae dok bangun capaikan henphone aku..”kol bape??” aku tanya..”kul nam setengah” pae jawab...”owwhh..baru 6.30..zzzz…eh jap, jam tepon aku tak adjust..6.30 tu waktu malaysia!!!!”..terus melompat la aku ngan pae..sib baik la brng2 nak pakai pagi tu dah di asingkan siap2..maka capai baju jek, tak yah la bukak lampu dorm tu..tukar baju dalam bilik air jek..lari g kejut orang bilik sebelah pulak..pas tu terus lari turun bawah..aku lari g letak kunci kat reception, pae pulak pergi tolong tahan taxi..

kita orang patut nya kul 8am dah kena ada depan free zone..sebab dapat bas free ke busan..bayar harge taxi 4000KRW, pas tu kami lari sepanjang jalan tu ngan beg berat..hish, xde pun bas nya..tanya ajushi2 kat situ, sorg wat sign tangan ultraman menembak, yang lain pulak geleng kepala tak paham..sah dah kena tinggal..padahal time mula-mula kami sampai tu baru pukul 8.03am..

Okeh..ni aku cite sikit pasal free shuttle bus ke busan..sempena tahun melawat south korea 2011-2012, kerajaan korea memberi transport percuma kepada pelancong untuk ke beberapa negeri di korea..tapi ianya perlu di booking terlebih dahulu..seorang pelancong boleh reserved 2 seat..tapi ianya bergantung kepada kekosongan..ada 2 option yang korang boleh pilih 
  1. Seoul ke Jeonju
  2. Seoul ke Busan
untuk booking free shuttle bus, boleh refer kat sini..
 

Apabila reservation korang dah berjaya, dia akan hantar kan satu email ala-ala macam tiket..yang perlu diprint sebagai bukti..

Okeh, berbalik kepada cite kami tadi..Dalam dok terblur-blur tu, kita orang lari ke subway..ye la, sejuk tu kat atas..bincang dulu apa nak buat..pas tu last2 kami pikir nak ke seoul station, amik bas or train ke busan..macam mana pun kena ke busan ari ni, sebab nanti plan yang lain-lain pun lari..

Ngan map kat tangan (map pemberian sugar mami Aliya), nampak gayanya seoul station xde la jauh sangat..buat-buat la nak jalan kaki jek cari seoul station..ngan cuaca sejuk cam tu, dok tanya ajushi, sorang suh pusing kanan..kejap tanya ajushi lain, pusing kiri pulak..pas tu last2 kitaorang sampai depan bus stop,kebetulan bus pun sampai..aku tanya driver 'seoul station'??, terus bus driver tu angguk..chis, kalo awal2 naik bas xde la bazir masa pun..gigih nak jalan konon!!..sejuk dowwwhhh!!!....

finally pukul 8.48am kami tiba kat seoul station...

pusing-pusing pulak cari bus station dalam tu..pas tu pegi kat information kaunter, tutup la pulak..dok pusing blurr-blurr kitaorang lalu depan kaunter ticket..tapi tak tau nak kena naik train ke bas..ada 2 org lelaki dok usha jek kitaorang..last2 pae pun tumpang tanya kat dorang cam mana nak ke busan..chiss, english terror jek rupanya dorang ni..sangat mengharap ada sinar harapan dari 2 orang pemuda ni..

To be continued.

0 comments: