Sunday, February 12, 2012

~~Jejalan Trip (Kellie's Castle)~~

Sambungan dari sini..

Aku ni dok sibuk betul meriki-riki flight nak ke India..teringin sangat nk tengok Taj Mahal kat Agra tu...dah siap plan itinerary..tetiba tup.tup Pak Tony cancel lak flight trip ke New Delhi..maka trip berangan aku tu tersimpan la dulu..mana tau kot-kot ada duit kepuk-kepok boleh aku beli flight tiket dari airlines lain..

Dalam kepala sibuk berangan nak ke Agra, tetiba bila trip mate aku sebut nama Kellie's Castle aku tercengang..apa tu???...laa..ko tak tau ke Kellie's Castle..Castle ni kat Perak tau...ala-ala cite Taj Mahal jugak..hishh.. speechless...cuma mampu geleng kepala sambil angkat bahu..malu sehhhhh, sibuk mau nak jejalan obesi, tempat sendiri pun kantoi lagi...


Ni aku cerita sikit pasal Kellie's Castle..

Kellie's Castle terletak kat Batu Gajah, Perak..Dalam 20-30 minit perjalanan dari Ipoh..Istana ni dibina oleh Mendiang William Kellie Smith yang berasal dari kawasan bernama Kellas, Scotland..Beliau tiba di Malaya pada tahun 1890, masa tu umur dia baru 20 tahun..Beliau bertemu dengan tuan tanah estate nama Alma Baker, dan sama-sama bangun kan kawasan Batu Gajah dengan involved with multiple industries..

Dengan kemewahan yang dia ada, dia balik kampung dan mengahwini awek Scottish nama Agnes, so Agnes ni pun ikut la datang ke Malaya..Mereka di kurniakan anak perempuan nama Helen..Tapi Kellie sangat teringin anak lelaki untuk mewarisi kekayaan dia di tanah Malaya...Salah seorang pekerja Hindu menasihatkan beliau berdoa dengan Tuhan Hindu..dengan harapan beliau akan di kurniakan anak lelaki..So, dia pun mengikut nasihat pekerja beliau tu..Finally, kebetulan Agnes pun mengandung dan dikurniakan anak lelaki bernama Anthony pada tahun 1915.


Sebagai penghargaan Kellie bina kuil Hindu berdekatan dengan Kellie's Castle. siap dengan laluan bawah tanah yang boleh menghubungkan istana beliau dengan kuil tersebut. Kellie jugak buat statue diri sendiri di bumbung kuil tersebut dengan statue tuhan-tuhan Hindu sekali di sekeliling beliau. Namun ada jugak mengatakan kuil tersebut di bina untuk untuk mendapat restu bila virus menyerang pekerja pembinaan..

Selepas kelahiran Anthony, Kellie nak besarkan lagi istana tu..di bina lagi satu bangunan bersebelahan dengan current building..disebabkan cuaca panas di Tanah Malaya, 2nd building ni di bina lebih besar untuk melindungi cahaya matahari ke bangunan lama..


bukan itu saja, Kellie yang sangat menagumi seni India, telah mengimport pekerja dari india dan juga bahan binaan dari India untuk dalam pembinaan bangunan baru ni..Siap order lif untuk naik ke tingkat atas bangunan baru tu..yang mana lif ini merupakan lif pertama di tanah melayu ketika itu..di tingkat 2, beliau merancang untuk bina indoor gelanggan tenis..manakala di roof top siap ada kawasan untuk landing helicopter and kawasan untuk berparty. dengan seni pembinaan yang unik dan juga kemewahan yang ada, bangunan ini sudah tentunya menjadi daya tarikan untuk penduduk tempatan mahupun foreigner.


bangunan kedua ini mengambil masa 10 tahun untuk pembinaan...namun sehingga kini , bangunan ini masih belum siap sepenuhnya..Pekerja pembinaan diserang penyakit Spanish Flu yang melanda negara Europe dan Asia setelah perang dunia I, telah membunuh sebilangan besar pekerja pembinaan..

Pada tahun 1926, Kellie berada di portugal untuk urusan pembelian lif. Beliau meninggal akibat pneumonia. Agnes telah menjual kesuluruhan Kellie's Castle kepada British Company called Harrisons and Crossfield.

source : wikipediaKellie's CastlePerakPerak Tourism

Tu la serba sikit cerita pasal Kellie's castle yang aku olah seenak rasa..berbalik pada cerita aku berjalan pulak..so, kami tiba kat sini lebih kurang pukul 3 petang..meround-round kat dalam ni amik gambar..so, sila la tengok gambar merepek2 kami yek..:)



Sekarang ni, Kellie's Castle di kendalikan oleh private management. Entry fees as above price list

Unikkan pokok ni..ada bentuk beruang kat situ..
Storage area tuk arak and laluan ke terowong bawah tanah.

Keliling castle ni ada banyak info similar macam ni..so aku rekemen korang pegi la sini jejalan bagi yang minat history and mysterious story..


Next time kita roger-roger lagi yek kalo nak jejalan...really had fun trip with u all..luv ya!!..:)

1 comments:

Zura Rahman said... Best Blogger Tips

I went there mid this yr. Mmg berbaloi... tak sangka ada castle macam ni kat malaysia ni. Anyway nice pic sis