Showing posts with label Malaysia - Perak. Show all posts
Showing posts with label Malaysia - Perak. Show all posts

Thursday, May 9, 2013

~~White Water Rafting @ Gopeng~~

ekceli aku ni belum pernah pun main water rafting..banyak kali dapat invitation tapi pun tak pernah berkesempatan nak join..

so this time bila nampak coral dive recreation invite kat FB, kebetulan date tu pun xde plan...lincah la aku mengajak kawan2 yang lain..besala, kalo nk wat xtvt cenggini lagi ramai, lagi merrier..

20 April 2013

Sesudah subuh, kami pun mengisi perut dulu..penting ni..mmg lapo dr malam tadi..maklum la..kul 10 mlm baru bertolak dari JB..sib baik la si Azran ni bawak g tempat bekpas best..pas bekpas terus shoot ke Gopeng...

Keta aku yang ada aku, aya and azran sampai kat tol gopeng lebih kurang kul 9.30 pagi..terlewat setengah jam dari waktu yang sepatutnya..kesian si Siti, dah lama tunggu kitaorang..dari tol gopeng kitaorang berkonvoi ke office Coral Dive Recreation...

Pas buat full payment, safety briefing sikit2..kami pun naik lori ke starting point...cam biasa la kan...dok depan sekali..pas tu jadi tukang jeritt..bagi tau orang belakang, suh mengelak..."dahan...dahan..."..."ranting...ranting..."..haha..meriah...


sampai kat starting point, mula la kitaorg di briefing. pengenalan pasal gear yang nak kena pakai..helmet, BA..then posisi yang betul bila dalam raft..safety the main point time dorg briefing tue..

 sebelum apa-apa..jom kita amik group photo dulu...
 haa...cenggini cara pakai yang betull..tali kat tepi2 tu sume tarik sampai ketat..
 sapa yang tak pandai berenang???....sayaaaaa!!!...
 oke..tak pandai berenang takpe..yang penting dengar, langkah-langkah keselamatan yang korang perlu tau...
 kami dengar dengan penuh kusyukkk...
apa- apa pun..start ngan water confident...
 sampai kat tempat rehat...sume org disuruh terjun cenggitu..menggigil kaki bila tgk bawah..haha..
 Ni aku tak tau la posing apa namanya
 Aiii...sempat lagi dia menyelit kat tengah-tengah tue..

 Ini la dia permulaan jeram yang paling best..
 Readyyyyyyy...





 sempat lagi angkat tangan wat peace...+.+
 Time ni semua dah out of control...si siti dah terpijak kepala aya..haha
 Time ni tak leh nak control apa2 dah...rupanya aku kena hempap ngan guider, aku pulak menghempap aya..ahah,..sian aya..
Siti kena terajang..haha..karma pijak kepala aya tadi..Near miss hampir tercampak keluar..
 Baru reda sikit...baru leh senyumm
 Phewwww....
 betulkan position masing2...
Yeaaaaahhhhh.....


Kami rafting sungai ni sejauh 7km..lebih kurang kul 2 petang kami sampai la kat hujung sungai..besssttt....

Lepas mandi, ada disediakan lunch and penyampaian sijill...


apa-apa pun kalo dah sampai gopeng ni, jangan lupa pekena Mee Kari Aimi..terbaeeeekkkk!!!

Picture courtesy of :  Coral Dive Recreation & Abg cameraman (tak tau nama) & Azran

Sunday, February 12, 2012

~~Jejalan Trip (Kellie's Castle)~~

Sambungan dari sini..

Aku ni dok sibuk betul meriki-riki flight nak ke India..teringin sangat nk tengok Taj Mahal kat Agra tu...dah siap plan itinerary..tetiba tup.tup Pak Tony cancel lak flight trip ke New Delhi..maka trip berangan aku tu tersimpan la dulu..mana tau kot-kot ada duit kepuk-kepok boleh aku beli flight tiket dari airlines lain..

Dalam kepala sibuk berangan nak ke Agra, tetiba bila trip mate aku sebut nama Kellie's Castle aku tercengang..apa tu???...laa..ko tak tau ke Kellie's Castle..Castle ni kat Perak tau...ala-ala cite Taj Mahal jugak..hishh.. speechless...cuma mampu geleng kepala sambil angkat bahu..malu sehhhhh, sibuk mau nak jejalan obesi, tempat sendiri pun kantoi lagi...


Ni aku cerita sikit pasal Kellie's Castle..

Kellie's Castle terletak kat Batu Gajah, Perak..Dalam 20-30 minit perjalanan dari Ipoh..Istana ni dibina oleh Mendiang William Kellie Smith yang berasal dari kawasan bernama Kellas, Scotland..Beliau tiba di Malaya pada tahun 1890, masa tu umur dia baru 20 tahun..Beliau bertemu dengan tuan tanah estate nama Alma Baker, dan sama-sama bangun kan kawasan Batu Gajah dengan involved with multiple industries..

Dengan kemewahan yang dia ada, dia balik kampung dan mengahwini awek Scottish nama Agnes, so Agnes ni pun ikut la datang ke Malaya..Mereka di kurniakan anak perempuan nama Helen..Tapi Kellie sangat teringin anak lelaki untuk mewarisi kekayaan dia di tanah Malaya...Salah seorang pekerja Hindu menasihatkan beliau berdoa dengan Tuhan Hindu..dengan harapan beliau akan di kurniakan anak lelaki..So, dia pun mengikut nasihat pekerja beliau tu..Finally, kebetulan Agnes pun mengandung dan dikurniakan anak lelaki bernama Anthony pada tahun 1915.


Sebagai penghargaan Kellie bina kuil Hindu berdekatan dengan Kellie's Castle. siap dengan laluan bawah tanah yang boleh menghubungkan istana beliau dengan kuil tersebut. Kellie jugak buat statue diri sendiri di bumbung kuil tersebut dengan statue tuhan-tuhan Hindu sekali di sekeliling beliau. Namun ada jugak mengatakan kuil tersebut di bina untuk untuk mendapat restu bila virus menyerang pekerja pembinaan..

Selepas kelahiran Anthony, Kellie nak besarkan lagi istana tu..di bina lagi satu bangunan bersebelahan dengan current building..disebabkan cuaca panas di Tanah Malaya, 2nd building ni di bina lebih besar untuk melindungi cahaya matahari ke bangunan lama..


bukan itu saja, Kellie yang sangat menagumi seni India, telah mengimport pekerja dari india dan juga bahan binaan dari India untuk dalam pembinaan bangunan baru ni..Siap order lif untuk naik ke tingkat atas bangunan baru tu..yang mana lif ini merupakan lif pertama di tanah melayu ketika itu..di tingkat 2, beliau merancang untuk bina indoor gelanggan tenis..manakala di roof top siap ada kawasan untuk landing helicopter and kawasan untuk berparty. dengan seni pembinaan yang unik dan juga kemewahan yang ada, bangunan ini sudah tentunya menjadi daya tarikan untuk penduduk tempatan mahupun foreigner.


bangunan kedua ini mengambil masa 10 tahun untuk pembinaan...namun sehingga kini , bangunan ini masih belum siap sepenuhnya..Pekerja pembinaan diserang penyakit Spanish Flu yang melanda negara Europe dan Asia setelah perang dunia I, telah membunuh sebilangan besar pekerja pembinaan..

Pada tahun 1926, Kellie berada di portugal untuk urusan pembelian lif. Beliau meninggal akibat pneumonia. Agnes telah menjual kesuluruhan Kellie's Castle kepada British Company called Harrisons and Crossfield.

source : wikipediaKellie's CastlePerakPerak Tourism

Tu la serba sikit cerita pasal Kellie's castle yang aku olah seenak rasa..berbalik pada cerita aku berjalan pulak..so, kami tiba kat sini lebih kurang pukul 3 petang..meround-round kat dalam ni amik gambar..so, sila la tengok gambar merepek2 kami yek..:)



Sekarang ni, Kellie's Castle di kendalikan oleh private management. Entry fees as above price list

Unikkan pokok ni..ada bentuk beruang kat situ..
Storage area tuk arak and laluan ke terowong bawah tanah.

Keliling castle ni ada banyak info similar macam ni..so aku rekemen korang pegi la sini jejalan bagi yang minat history and mysterious story..


Next time kita roger-roger lagi yek kalo nak jejalan...really had fun trip with u all..luv ya!!..:)

Friday, December 23, 2011

~~Jejalan Trip (Gopeng)~~

27 November 2011


Sambungan Daripada sini

Lepas sembahyang subuh, ngan suasana bilik yang sejuk di ikuti pulak bunyi air sungai memang terbaik la untuk sambung tido..hehe..by the time aku tersedar, tau-tau tinggal aku ngan maej n farah jek dalam bilik..aik mana yang lain...Hissshh..terus aku bangun..keluar bilik cari dorang..mana aci ni dorang buat xtvt tak ajak ni..haha...rupa-rupanya dorang dah jadi dugung dalam sungai daaa...perhh..jeles!..apa lagi..tumpang terjun sekali laaa..(^.^)v

Top Left : Si makcik Echah mau floating tp takut kena bawak arus..maka si azran kena pegangkan rambut mak limah dia..hehe..
Top Right : Maej ngan muka ala2 manja layan feeling sejuk..
Bottom Left : Camerawoman kesejukan..maka di snap jek la gambo air tu..ngan harapan leh share rasa sejuk tu ngan korang..
Bottom Right : Camera tak cukup canggih nak snap gambo batu kena baling toing...toing..cuma dpt gambo air nya jek..


Sessi mandi-manda kat sungai ni mencapai kemuncak bila perut terasa lapar..pas tu owner pulak dah siap kan bekpas..hehe..makan nasi lemak kat sungai tu mmg terbaeeekkk!!...sejjuuukkk ddoowwwhh...oohh..lupa nk bagi tau..nama chalet ni Dimal Chalet..
Lepas puas mandi-manda kat sungai..kami berkemas dan check out dari homestay tu..bye homestay!!!...


Agenda pertama ari tu adalah meriki Gua Kandu..ari tu time dok nak mencari homestay ternampak signboard Gua Kandu..banyak rupanya gua kat area gopeng ni..this time nak survey-survey jek dulu..next time, boleh la try caving kat sini pulak..Dah puas bertanya-tanya macam-macam soklan kat abg owner camp tu, kami pun bertolak nak ke next destination..
 

Details info kat sini..Kandu Eco Adventure

Baru jek keluar dari kampung tu, terus ternampak berderet orang menjual durian...DURIAN???...sorry la beb, kalo bab durian ni memang aku tak leh jumpa..sangat fav!!..harga durian yang pakcik ni jual  tatau la D berapa..tp aku cakap mau kaler oren yang paling sedap...haha..demand tak?..kalau kat JB, aku beli hari tu RM 17 sekilo..di ulang, Sekilo!!...kat gopeng ni, pakcik tu jual cuma RM10 seBIJIK!!..perhhh!!...terus makan sampai puas..:)


Lepas sessi makan durian, kami ke Kellie's Castle..Hurm apa la pulak Kellies Castle ni..?

Nanti aku sambung yek..:)

Thursday, December 22, 2011

~~Caving Trip (Gua Tempurung)~~

26 November 2011

Jam 7.15am...kami bertiga gadis-gadis ayu and sopan santun ni tiba kat tempat meeting point, RnR rawang...boleh bersarapan terus sesambil tunggu yang lain..Azran tiba,di ikuti sebijik lagi keta awek-awek cun si Maej and Farah..lepas bersarapan terus berdezzuppp kami bertolak ke perak..

Lebih kurang pukul 9.00am kami tiba di gua tempurung..nak ke sini senang jek..amik exit Gopeng..lepas bayar tol, belok ke kiri..then terus jeeek..lebih kurang 15min, korang nampak signboard Gua Tempurung..belok belah kiri..sampai la korang kat gua tu..


Ada 4 package yang boleh dipilih at sini..kami amik package yang level 4 ngan bayaran RM22..best!..tak sabo dah ni!..:)
Ini lah dia package2 yang di offer..
 dr bawah kiri (clockwise): berjalan beramai2 nak masuk pintu gua, signboard pintu masuk, banyak platform and posing awal2 masuk gua..ada cahaya kemuliaan dari atas kepala aku..wahaha..

 Kat platform ni la berpecah ngan orang-orang yang amik package lain
 mula-mula jumpa sungai dalam gua
From top left (clockwise) : Ada kena mendaki, kena menggelungsor, 
From bottom left : mengharung air lepas adegan menggelonsor, tolong pakai proper attire la..kesian kat budak ni, boleh pulak masuk gua pakai selipar, sampai nangis-nangis la budak ni..last2 selipar dah putus, mak dia bagi selipar..bagus gak la mak dia berkorban demi anak..
 Ni la dia whole group yang follow full package..punya la ramai, tapi guider sorang jek..
 mamat baju hitam tgh duduk atas batu tu la guider kami..
 lagi adegan menggelonsor..yang ni memang curam giler...sampai kat tengah tu dah takde boleh hold..part ni la jugak ada orang leh terduduk atas team mate sendiri..wahahha..
Pas adegan menggelongsor tu, kena lalu laluan ni kot...
 Rupanya silap besar derrrrr.....lalu bawah..ada pulak lubang kecik ni...
 Part ni laa yang buat siku bercalar-calar..
End of the caving session, ada air yang best..menggelupur semua jadi dugung..hahha..syok wwooo..sejuk giler!!...gelak tak hingat dunia..sampai bergema gua tu sebab kitaorang..haha..

Kuar dari gua tu lebih kurang kul 4pm..tukar baju bagai-bagai..kami ke homestay..this one pun memang a big surprise jugak la..sebab tak sangka homestay nya betul-betul sebelah sungai...sebab time booking pun si hamsiah ni contact owner thru phone jek..perhh..terbaekk!!..

 Ini la dorm nya..
sungai yang sangat tempting....:)

 Lepas tukar baju sopan santun, kitaorg pun meround la satu kampung..sempat singgah makan mee kari lagi..
Meround kampung tu sampai tersesat..last-last kitaorang follow signboard Adeline's Villa..banyak betul signboard ke villa ni..tu yang cam interesting jek nak try tengok..
Ternampak banner ni kat area kampung tu..
Ni la dia view kat area Adeline Villa tu..sangat awesome yooo!!..

Malam tu kami dinner kat villa tu jek...memang dah termasuk dalam package pun...Punya la banyak owner tu buat kan kami air sampai 2 jugs..satu jug air teh O panas,satu jug lagi air oren sejuk..maka, malam tu main kad ngan air teh/oren laa..sapa kalah, setengah gelas air..opss sebelum terlupa, both air 2 jugs tu memang manis tahap melenting hokehh...sib baik la kat homestay tu takde orang lain sewa..kalo tak dah lama kami ni kena buang homestay..memekak jek gelak tak hingat dunia punya stok..
Sessi main kad di sulami minum air tu berakhir kul lebih kurang pukul 11.30 malam..berenti tu pun sebab dah abeh air 2 jug..siap ada sorang tu terkentut-kentut sesambil gelak..haha..lagi pun semua player asyik dok amik time off g toilet jek..meriahh ooouulsss...:)

Nak tido tu pun siap bising wat lawak...nasib baik la takde sapa mengigau mimpi ngeri..haha..