Friday, October 9, 2015

~WORLD'S TOP 10 DIVE SITE~

bangga takkk???....

Paru-paru tengah rindu nk sedut compressed air,
mulut rindu nk gigit regulator,
lidah rindu air masin laut,
badan rindu nak pikul tong gas,
kaki rindu nak pakai kaki itik (fin)
mata rindu nak pakai mask..




Bertabahlah...T.T



Friday, April 10, 2015

~ Banda Aceh ~ Day 3 ~ Pulau Weh ~

Pagi ni bila sedar-sedar je..adoiiaiii sakit segala badan..mana tak nya semalam seharian kehulu hilir..rasa macam nak berkurung dalam bilik rehat-rehat je...tapi bila dengar bunyi ombak kat luar, tempting pulak kan..jalan jauh2 duk dalam bilik je, baik tak yah datang sampai Pulau Weh nie..
Pemandangan dari sliding door bilik..puuuuuhhhhh...

Tengah golek2 jadi helikopter atas katil tu, terdengar jiran sebelah bilik tutup pintu..pegi breakfast agaknya...mula la terasa perut pun lapar..mandi lebih kurang je (ala jap lagi nk terjun laut jugakkan...haha)..lepak kat luar rumah mengadap laut sementara tunggu en somi dok bersiap...tetiba di tegur oleh sepasang suami isteri..owwh, rupanya mereka ni lah jiran rumah kami ni..sembang punya sembang, dorang ajak kami join trip dorang ke Pulau Rubiah (pulau yang terletak kat depan bilik kami ni)..dorang nak pegi snorkeling..kos sewa bot (IDR 100,000) dan sewa peralatan utk 2 orang lebih kurang another IDR 50,000)..wah ni dah menarik..tambah pulak mereka suami isteri sangat ramah, macam dah kenal lama je..can't resist!!!..so kami mintak diri untuk breakfast sekejap, meanwhile dorang boleh tukar baju dan bersiap..(aku ni awal-awal dah pakai baju swimming..tak sabo kannnn)..lalu depan dive center pun, ku pejamkan mata jeeee...namanya tema hanimun, takkan nak g terjun dive sorang-sorang kannn...sabar la wahai paru-paru ku..>.<"


Lepas breakfast dan pilih snorkeling gear, kami dah standby tunggu bot sampai..crystal clear water kat depan mata ni betul-betul menggugat iman...

 
   Harga bot standard untuk semua..

Crystal clear sangat kaannn

 Itu la dia bilik kami yang berharga IDR 300,000 semalam (RM84)

 Approching Pulau Rubiah...
Dah ada group yang sedang mengenjoikan diri
 

Kami snorkle dari depan kedai makan nie, kemudian jalan kaki tracking ke belakang pulau pulak, tapi nampaknya air ombak nya terlalu kuat, then pindah lagi ke spot yang lain..sampai la ke petang.. Owh ya, jiran kami sewa camera under water berharga IDR105,000..so ada la gambar-gambar underwater..







dah hampir jam 3pm, kami pun pulang ke bilik kami kat Pulau Weh..sampai kat sana, aku sambung lagi mandi depan bilik...



Lepas puas berenang kuak lentang,meniarap,kulit pun dah pedih terbakar,kitaorang pun pulang ke bilik....

Lepas mandi-mandi tukar baju,kitaorang nak round-round pulau nie..so, cari motor  untuk kawan kami ni sewa...Meround naik moto keliling pulau ni..mula-mula kita ke point kilometer Nol..mula-mula aku tak paham kenapa tempat ni di panggil KM0..rupanya, indonesia kan terdiri daripada >17,000 pulau..so at this point, adalah kedudukan yang paling barat sekali dalam negara Indonesia...owwwhhhhhh..(sambil kepala angguk2)..




 Kawasan di KM0 ni sedang ni naik taraf..nak bila proper tower yang boleh nampak bigger view..



Lepas melepak kejap kat sini, kami pusing-pusing mencari port baeeeekkk nak tengok sunset..tengah pusing-pusing ternampak signboard untuk ke resort yang terasing dari kawasan yang ramai orang ni,  main redah je masuk la..rupanya kawasan ni private area..tengok je la dia punya resort, en somi menyembang dengan tukang kebun dan security yang dok usha kami..sebelum dorang halau kitaorang, en somi ambil attention dorang dulu..kikiki..sementara kami nie dok bz mengambil gambar2 yang cantik..

kos penginapan di resort ni IDR 1juta/night


 Peraturan yang strick bila berada di kawasan pulau Weh ni..bikini dan swimming trunk memang sama sekali di larang pakai..

Lama jugak kami lepak kat situ, sampai la azan maghrib berkumandang..baru kami beransur pergi..
 Pusing lagi sekitar kawasan nie, last-last kitaorang pun ke pusat bandar untuk makan-makan..Lepas makan, perut dah kenyang..badan pun dah keletihan..apa lagiiii...zzzzz...








Thursday, April 2, 2015

~Banda Aceh ~ Day 2~

Jam 8, Dian si pemandu becak kami dah stand by di lobi hotel..hari ni banyak tempat yang dah diplan nak pergi..harap-harap cukup masa..

Jam 8.30am lepas sarapan kami bertolak ke kuala..awal pagi ni kami ke makam ulama syiah kuala (orang local kata bukan puak syiah, org sini baca sebagai siyah-ada perbezaan ejaan yang membawa maksud sgt besar)..ulama ini antara ulama yang terkenal pada zaman dahulu..dan dah mengarang beberapa kitab untuk rujukan umat islam di aceh..setelah menempuh perjalanan yang agak jauh, akhirnya kami tiba di pintu masuk makam..belum ada orang lain yang berkunjung..lengang je..abang becak tanya pada penduduk rumah yang terletak di depan makam..mereka kata tak berkunci, boleh masuk..


 Cuaca cantik hari ni..Alhamdulillah..











Sedang kami pusing-pusing di sekitar makam,kami disapa oleh seorang pemuda yang mengaku menjaga makam ini..

Di buka pintu makam dan benarkan kami masuk..sempat kami berdoa sekejap di situ..semasa kami sedang membaca  yassin, ada beberapa makcik yang lain datang..

Abang yang menjaga makam tu, seluruh keluarga dia pun memang di amanahkan menjaga makam tersebut..di tunjukkan kepada kami 1 perigi yang tak pernah kering dan sering di jadikan air penawar..



 Jual beli ikan kat tepi sungai..ikan longgok-longgok atas jalan macam tu je kan...fresh gilerrr..

Dari makam, kami singgah kejap kat Rumah Aceh,..kat sini ada banyak design-design rumah tradisional orang Aceh..banyak jenis dan cantik-cantik..
 


 Tugu ni ada beberapa di bina di sekitar Banda Aceh..tugu ni sempena memperingati peristiwa Tsunami sumbangan kerajaan Jepun. Di tugu ni ada beberapa maklumat yang tenting ketika terjadinya Tsunami pada 26 Dec 2004 dulu. Ketinggian tugu ni menggambarkan ketinggian paras air ketika berlakunya tsunami dan jarak dari pantai kedudukan tugu nie..menggambarkan betapa dahsyat nya gelombang tsunami melanda Aceh..


Kami meround sekejap je kat Rumah Aceh ni..aku bayangkan ada opis untuk aku dapat lebih maklumat, tapi malangnya opis untuk kunjungan orang ramai xde pulak..cuma ada opis untuk staff dan cenderahati..

Nexttttt..jom pegi museum Tsunami  Aceh..tempat semalam yang tutup  tue..banyak benda menarik kat sini..lama jugak kami spend masa kat sini..museum ni merangkumi banyak aspek,termasuk pendidikan, sejarah...

 Setakat ni, aku pernah pergi Thailand (Krabi) dan Aceh (Indonesia) this sign is everywhere..tempat berkumpul bila berlakunya Tsunami..Tapi kat Malaysia, kat Penang, kat Kedah (Kawasan utara semenanjung Malaysia) aku tak pernah pun jumpa sign macam ni..(terpikir gak apa tindakan kerajaan Malaysia lepas berlaku tsunami & banjir..mampu geleng kepala je)

 Masuk-masuk je museum ni, black out pulakkk..lama kami tunggu kat ruangan introduction nie..dah 10 min, baru la semua PC kat sini menyala..video 3 minit ni sangat beri kesan kat hati..huhuhu..
 ada lohong yang penuh dengan nama-nama mangsa
 Kat puncak lohong tu, ada perkataan ALLAH..

 Bendera-bendera negara-negara yang membantu membangunkan semula ACEH..
 Replika museum nie..





 Tak sangka kan..back to old school..gunakan gajah untuk membantu evacuation..












Kuar dari museum, kami masih ada banyak masa lagi sebelum ke jetty..so pusing2 dulu kat padang replika kapal terbang zaman dulu kala dan kat situ jugak terletak tugu terima kasih kepada negara2 yang membantu Aceh masa menghadapi tsunami 11 tahun dulu..





Sempat jugak singgah kejap kat makam pahlawan..kat sini semua askar yang gugur di kebumikan..




Then, kami ke hotel untuk check out..mujur la beg semua dh di pack pagi tadi awal-awal...

On the way nak je jetty Ulee-Lheue..sempat kami singgah kat restaurant masakan padang..abang becak kami ni suka makan masakan padang rupanya..best jugak makanan kat sini..tapi since aku masih dalam pantang..limited sikit la pilihan..

Lepas isi perut kenyang-kenyang..kitaorang pun terus bertolak ke uleeh-uleeh..jetty untuk ke sabang,Pulau Weh..yeah..diver macam mana pun mesti di cari pulau kan..

lagi pun come onnnnn..this is indonesia okkkehh. The only country yang consist of more than 17,000 islands (and they still counting)..itu la uniknya Indonesia!!!...tambah pulak ngan harga murah, why cant i love it..;)

untuk ke pulau weh,ada 2 jenis pilihan bot yang boleh pilih..1 bot laju, perjalanan 45 min je.,harga tiket IDR 85,000 (paling murah), ada class VIP lagi yg mahal sikit (IDR105,000).,lagi 1 bot perlahan..boleh bawak kenderaan sekali naik bot..yg ni perjalanan selama 2 jam, harga tiket murah je IDR 25,000 (~RM8)..pikir punya pikir..last2 aku decide kali ni naik bot perlahan..nanti balik naik bot laju (sebab kena kejar flight kul 2 ptg)..
 


so, masa kami nak naik kat bot tu, dok bincang ngan en somi, sampai sana kita sewa motor la.,then baru pergi chalet..tapi masalahnya kami lansung xde info pulak nak sewa motor kat mana..dok tunggu nak boarding kapal, en somi tegur la penumpang lain.,owhh, rupanya dia student UM, PHD...(siap keluarkan student card UM tunjuk bukti kat aku..)...skang ni mengajar kat pulau weh..,wahh ni dah mudah.,kami tanya la dia macam macam..pasal aceh in general, cara hidup, ekonomi..kat pulau weh nanti nak sewa motor berapa harganya dan bla..blaa..blaaaaaa..

bila kami dibenarkan masuk dalam kapal, terus aku naik kat tingkat atas sekali..(rupanya kapal ni ada sampai 3 tingkat)..kat atas ni boleh dapat free air dan nampak pemandangan yang cantik sangat..kalau korang naik kapal ni, dan dok kat tingkat atas..make sure korang terus chop tempat duduk..nanti bila semua orang dh boarding,xde tempat duduk, korang kena sewa tikar tu harga IDR 20,000...ye la, xkan nak diri 2 jam lebih atas kapal ni kan unless korang nak duduk kat tepi takde alas laa..(pun boleh jugak)..
Tu la dia Cigu Abi yang banyak berjasa..

Tak lama lepas kami naik kapal., azan asar berkumandang..atas kapal ni pun ada suara azan berkumandang..pas tu kebanyakkan orang lelaki gerak pegi surau untuk solat..termasukla cikgu tadi..kami dah solat jamak takdim..maka diam2 je la dok atas bot tak bergerak ni sambil bizi2 amik gambar..bila dah selesai solat asar berjemaah, baru la kapal kami bergerak meninggalkan perlabuhan..kapal laju dah gerak on time sebelum asar tadi..





 Approching Sabang Jetty...kapal bertingkek-tingkek

kami tiba dipelabuhan Sabang, pulau weh dah hampir senja..en somi tumpang motor cikgu pergi cari motor sewa, dan aku berdiri sorang-sorang kat pelabuhan tu, tunggu dorang..sambil jaga barang-barang cikgu yang dia bawak dari aceh..

dah azan maghrib, baru la mereka datang semula..nasib baik, motor kami sewa tu dah yang terakhir ada kat kedai tue..ari ni presiden jokowi datang, so banyak pegawai pengiring bertugas ari ni, tu yang semua kenderaan abes di sewa..pas tu kedai tu mintak photostate passport jugak, tu yang lambat dorang kena pusing2 cari kedai photocopy pulak..

So, ingatkan kami dah boleh bertolak ke Iboih, tapi cikgu ajak kami singgah makan di rumah kawan dia..harus!!!..so memandangkan cikgu ni dah banyak tolong kami, rasanya tak patut pulak kami tolak pelawaan dia.,lagi pun dia janji lepas makan dia akan tunjukkan kami jalan untuk ke imboih..menurut orang2 yang aku sembang2 dalam kapal tadi, dari pelabuhan nak ke imboih ni perjalanan nya agak jauh dan gelap..lebih kurang 25km jaraknya..lagi pun skang ni dah mula malam ni so tawaran cikgu nak tunjukkan jalan tu besar jugak la maknanya bagi kami..

Sementara menunggu yang lelaki ni solat maghrib berjemaah, aku sembang jugak dengan isteri tuan rumah ni, (isteri tuan rumah ni adik saudara cikgu Abi,mereka suami isteri ni cikgu jugak)..dia cadangkan kami tidur je kat hotel kat sabang ni, atau sumur 3, esok pagi baru gerak ke Iboih..sebab perjalanan nak ke imboih ni gelap dan akan lalu kawasan hutan simpan..jauh jugak tu agak2 45 min masa perjalanan..

aku dah berbelah bagi, so bincang la ngan en somi..aku nak sangat g imboih sebab kat sana la kawasan penuh coral..dan kawasan yang best tuk snorkelling..kalau kita tido kat sabang/sumur tiga, still kena gerak ke imboih esok pagi tuk snorkelling..en somi pun decide, tak pe..malam ni jugak kita ke imboih.,tak yah nak pindah-pindah esok..yesss!!!...lonjak gembira aku dalam hati walupun agak kecut perut jugak nak tempoh perjalanan malam nie..

lebih kurang jam 8 malan kami bertolak dari rumah sepasang suami isteri tue setelah perut kekenyangan dan mulut tak habis2 lagi ucap terima kasih untuk kali ke berapa thah..

kami singgah kejap kat quarters cikgu abi untuk letak barang..cikgu abi ni mengajar bahasa arab dan pendidikan islam.,so banyak sangat hasil kesenian khat dia kat rumah tu..dia kata ramai yang order, dapat la duit poket sikit2..amazingly, cikgu ni mengajar bahasa arab tapi dia cuma belajar di sekolah agama dalam Indonesia je..takde la belajar sampai mesir ke, jordan ke..dan cikgu ni boleh bertutur sampai 8 bahasa..(jaw dropped..tabik springggg)..

Lepas jenguk2 rumah quarters cikgu abi, dia pun tunjukkan kami jalan persimpangan untuk ke imboih...sampai kat simpang tu, "terussssss je..ikut signboard.."..tu la pesanan terakhir dia.."hati-hati ye kalau terjumpa apa2"..en somi kata yang putih2 ke?".."yang putih2 takpe, boleh di halau..takut yang sondol2 tu"...GULP!!!!..."nanti akan lewati kawasan hutan simpan, situ ada banyak tu"..adoii yaiii...lepas berterima kasih banyak2..kami berpisah disitu..cikgu abi siap bagi no tepon," kalau ada masalah sila la bagitau ye.."

maka bermula lah perjalanan kami suami isteri naik motor automatik menuju ke imboih...asal ada simpang je, tapi takde signboard, terus berenti tanya orang tunjuk jalan..bila sampai kampung terakhir sebelum melalui kawasan hutan simpan, kampung tu blackout!!..addoii sepanjang perjalanan yang memang sunyi tu, bertambah sunyi dan gelap..mujur lampu2 jalan di guna lampu solar..so still la menyala terang..

akhirnya setelah menempuh perjalanan selama hampir sejam, kami sampai la kat imboih..phewww..lega...satu je lagi masalah, nak cari bilik penginapan pulak..

Kalau ikut kan buku Lonely Planet (LP) ngan beberapa websites (trip advisor etc) semua mmg highly recommended untuk tinggal kat Resort MAMAMIA..so dalam gelap-gelap tu berbekalkan lampu henphone samsung 60 hinggit en somi, kami pun ke hulu-hilir dalam gelap tu mencari MamaMia..akhirnya selepas jalan ngan gelap dan kawasan berbukit-bukit tu, jumpa la resort yg di cari..tapi rupanya MAMAMIA ni cuma ada 1 rumah dan 1 pondok makan 4 seated...tu pun dah occupied...adooiii..nak kemana pulak ni...kebetulan masa tu, lampu pun menyala..phewww..



 
so dari tak tau ke mana nk tuju, kami pun jalan je menghala ke depan, rehat kejap depan Rubiah Tita diver..ada abang-abang kat situ tanya kenapa ngan kami ni??..bila bagi tau yang kami cari tempat penginapan, terus dorang call kan kawan-kawan dorang owner-owner resort kalau-kalau ada lagi bilik kosong..

Di sebabkan perut aku dah start sakit, aku cuma mintak bilik yang kat bawah, dekat dengan pantai..tak larat rasanya nk naik tangga yang mencanak tinggi tu...Finally, kami dapat bilik yang dekat giler ngan air dengan harga IDR300,000/night..

Pheww...nak mandi dulu, dak melekit satu badan seharian berjalan nie...