Showing posts with label Malaysia - Taman Negara. Show all posts
Showing posts with label Malaysia - Taman Negara. Show all posts

Monday, February 18, 2013

~Pulau Kukup National Park~

Okeh...ni cite kesinambungan trip pegi Tanjung Piai...

Akibat kekecewaan tak dapat pegi pulau kukup, another 2 week lepas tu, kita orang plan nak try pegi lagi skali..this round at least dah ada ilmu sikit la..tak de la main redah cam ari tu..

Perjalanan dari UTM lebih kurang sejam lebih..this time terus ke opis Taman Negara Kukup..Tak perlu lagi tawaf 1 bandar kukup dah..haha..

Okeh, bila sampai kat opis Taman Negara Kukup ni kitaorang di bawa ke bilik pameran dan disitu jugak kami di beri briefing tentang Pulau Kukup ni nanti..informasi tentang keluasan, perjalanan yang akan kami lalui dan maklumat tentang flora dan fauna and spesis spesis haiwan yang ada kat sana..



lebih kurang sejam kami kat opis tu., pegawai tu pun escort kami ke jetty..haaa...sempat la kami beli sikit minuman dan jajan untuk di bawak ke sana..



 Pemandangan sekeliling jetty nak ke Pulau Kukup

 Mana la bot ni tak sampai-sampai lagi ni...

Pegawai tu pesan naik bot kaler oren untuk pegi balik..tambang bot RM5 seorang..



Itu la dia jetty Pulau Kukup...10 min jek dok dalam bot ni..
  

bila sampai jek kat sana, aktivity pertama mestila bersantap dulu..makan kasi kenyang dulu..sib baik la kebetulan kami bawak bekalan, sbb kat sini xde restaurant ke kedai makan..cuma ada kedai jual minuman dalam tin ngan jajan sikit-sikit..




Pas makan, oke..jom mulakan expedisi...ngam-ngam time tu la hujan pun turun dengan lebatnya..huhu..so, no choice..termenung dulu la kat jetty tu sampai hujan reda..mujur jugak bawak baju hujan..at least boleh selamatkan camera..ada bawak 1 payung..1 payung lagi pinjam kat kaunter..haha..pandai-pandai la share..




Lepas jek cross jambatan tergantung nie, hujan makin lebat...so termenung dulu la kat menara seberang tue...


Okehh...hujan dah reedaaaa...jom sambung jalannnn!!!...yeaaahhoooo!!!..



Path ni sepanjang 500 meter..kat hujung sekali ada menara..setinggi 5 tingkat..kat top menara nie boleh tengok scenery whole area...

 akhirnya sampai pun kat menara..!

 Naik tangga..naik tanggaaa...naik tangggaaaaaaaa...
 Finally, sampai punnnnn...Alhamdulillah...
 Ni la scenery nyaa..cantik....SubhanaAllah
 pemandangan ke bawahhh..

Kami tak lama kat atas menara tue..sebab kilat tetiba jek berdentum kuatt..takut gilerr..

sementara ter trap kat bawah menara tue..sempat la kami group photo..

Abeh sesi jalan-jalan..sampai JB, trip ni di akhiri dengan aktiviti makan kepci..di belanja oleh rahmatt..Alhamdulillah..time kasih yek..len kali bila murah rezeki lagi, sila la belanja lagi..hehe






Friday, November 2, 2012

~~Tanjung Piai National Park~~The Southern Most Tip of Main Land~~

okehhh..hold kejap cerita pasal Brunei..kita kembali ke cerita tempatan..

Selaku orang JB, bila kengkawan aku tanya kat mana tempat menarik nak jejalan kat JB ni...aku mesti blurrr..apa yg best??..selain shopping mall yang berlambak-lambak, danga bay yang tengah dok tutup sebab construction, Legoland yang baru nak bukak (tapi hage tiket mahal kott)..then aku tak tau apa nak seges..selain activity wajib iaitu makan..makan...and makannn..

Jadi, bila ada geng YU.TI.EM aku ajak pergi Tanjung Piai, mesti la aku ON jek kaann..nama jek org JB, aku pun tak pernah sampai lagi kott...(buat malu jek)..sat naaa..aku tepek gugel map kat sini..


Okeh cite mukadimah pepanjang pun tak guna..meh kita cite pasal trip ni..

Arakian pepagi hari Ahad, di temani kicauan burung kat kolej-kolej..kitaorang pun bertolak la dari YU.Ti.EM ke tanjung piai..cam tak susah sangat nak cari tempat ni sebab banyak sign board kat sepanjang perjalanan..so, tak perlu GPS, cuma  perlu kemahiran membaca signboard jek...hehe...Perjalanan selama hampir sejam tu takde la boring sebab ramai kepohchi-kepohci dalam kereta..

Kami sampai kat Taman Negara tu lebih kurang jam 12 tengahari..cuaca memang panas hari tu..cun-cun la untuk kitaorang makan bekalan yang mak aku buat kan..iaitu puding custard..(sempena ada orang request la ni)..ngan keropok lekor, Kuala Terengganu marriii!!..

Sebelum meredah taman negara, makaaaannn dduullluuu!!....
 cuaca sangat baik..panas terik, windy and nice blue sky..


Mercu Tanda Taman Negara Tanjung Piai.

Bila masuk jek taman negara, as always entree fee nya RM5 untuk dewasa..RM3 tuk kanak-kanak..basically tempat ni ada 3 platform yang korang boleh pegi..
a) Jetty (Melacca Strait)
b) Penghujung Selatan
c) Fishing Platform.

Our Tickets..
Model of this Taman Negara..tu la dia location 3 main platform..

Ada proper path untuk laluan orang ramai dan sepanjang jalan tu, ada pokok paya bakau dengan pelbagai spesis flora and fauna kat tepi..and ada byk info available untuk pengunjung blurr-blurr cam aku ni..


Ni antara spesis yang dapat di shoot..ketam kaler merah..


mula-mula kami terus ke platform penghujung selatan...subhanallah..cantiknya view!!..


 posing paling sopan..:p

 suka sangat warna biru langit masa ni..

lepas puas berposing-posing tengah panas tu, kami ke jetty (melacca strait) pulak...kat sini takde yang menarik ati sangat..selain sebijik jetty ngan pemandangan laut..may be sebab dah kepenatan berjemur tengah panas tadi kottttt..biasa la time jadi supermodel, memang tak ingat penat,panas, dahaga..hahaha..


Tak tau la accurate ke tak distance kat board ni..??

Kami tinggalkan Taman Negara Tanjung Piai lebih kurang jam 2.30petang..dengan perut dah nyanyi lagu dangdut minta diisi..seusai mengerjakan kewajipan dan mengisi perut..kami pun ke next destination..Pulau Kukup National Park!!...yeaaahhh!!...lets rock!!

Tapi baru jek on the way, hujan lebat mencurah bumi....haaaaa..dalam hujan lebat tu, gigih jugak kitaorang mencari office Taman Negara kat area Kukup..akhirnya jumpa pun...malangnya, dah pukul 5petang laaaa..opis dah tutup, tapi still ada staff yang tengah gigih bekerja dalam tu..sempat la dia brief sikit-sikit pasal Taman Negara Pulau Kukup tu...."sila datang next time yek" kata staff kat opis tu..yok laa..Insyallah..=(

Bila on the way balik tu, hujan dah reda..kami pun singgah jap kat Taman Rekreasi Sungai Rambah..ada small park kat situ..


ingat kan nak tunggu sun set, tapi memandangkan cuaca mendung..awan pun sangat cloudy..so kitaorang pun pulang ke pangkuan Yu.Ti.Em terchentaaa...

Next Mission : Pulau Kukup National Park!..
kecewa ari ni akan dibalas!...
Insyallah...^.^v