Showing posts with label Vietnam - Ho Chi Minh City. Show all posts
Showing posts with label Vietnam - Ho Chi Minh City. Show all posts

Monday, December 12, 2011

Jejalan Trip (JB-KL-HCMC) Day 3

Sambungan dari sini..


Tentative ari ni trip ke Chu Chi Tunnel..Pagi tu, kami turun lobby dah siap dengan beg-beg..terus check out..sebab sure balik dari Chu Chi Tunnel nanti dah petang..Cuma satu bilik jek yang kami extendkan time..so, kat bilik tu la kami simpan semua beg..Nanti bila balik dari ChuChi Tunnel boleh la nak tukar baju ke nak mandi ke kat bilik tu..


Pagi tu driver datang jemput kitaorang kul 8.00 pagi..agak awal daripada masa yang sepatutnya..this time kami naik van..10 of us and another 2 hot mat salleh encem..;)


Tambah best lagi...our tour guide of the day is THONG!!..yeaahhaa...let's rock!..


2 hours journey di isi ngan aktiviti tidddoooo...haha...dah 2 malam tido kul 3am..mana nya tak ngantuk..


Sampai kat pintu masuk chichi tunnel tu dah ramai tourist yang lain..our tour guide,thong kasi briefing dulu sebelum masuk..cerita pengalaman dia and family dia time perang..macam mana they all survive and kalah kan American time perang dulu..
Tatau la apa yang si Aliya dok dengar tu..Beriya dah si Thong dok explain..


Baru mula kan perjalanan masuk hutan tu, tetiba dia tunjukkan lubang 4 segi..dia kata tu la size tunnel dorang..so, dia suruh la beberapa tourist dalam group kitaorang tu masuk..aku angkat tangan mau try, tetiba dia cakap..'U need to check your bump'..terus semua orang ketawa...cheeeehh..pandang 'besor' sangat kat aku pulak..dah kena digelakkan, sure aku lagi mau masuk..
Ccchhhhaaaakkkk!!!!!
Haaa..kan muat tu....(^.^)
Busut ni bukan sebarang busut, busut ni la tempat asap ngan ruang udara dari bawah tanah..
Thong kata "we are not highly educated, but we are smart"


Ada banyak benda2 zaman perang kat sini..banyak type of traps...bom pun ada..keta tank lama, yang dorang berjaya rosakkan pun ada gak..
Lastly, kitaorang di bawak masuk ke dalam tunnel..tunnel ni dah dibesarkan tuk tujuan perlancongan..kalau ikutkan size sebenar, memang kecik jek..
Merangkak la kitaorang kat dalam tunnel tu...Jauh jugak la tunnel tu..sempat basah baju..
sangat suka pose Hadi...haha..
Ada jugak shooting field..boleh di try..bayar jek la berapa harga peluru tu..
different type of weapon, lain-lain harga..Aku pun nak try jugak merasa menembak guna M16..

Lepas berjalan-jalan kat dalam tu, kita orang disajikan ngan ubi kayu dan pencicah dan jugak air tea panas..sedap gak la sebab ada serbuk pencicah nya..*sorry takde gambo*..At the end of the trip, kami di bawak tengok video pulak..dokumentari zaman dorang perang...


Daripada chuchi tunnel, kami pun balik ke HCMC..sepanjang jalan, kitaorang tido jek..krrohh....krrooohh...krrooohhh...pennnaaattt...


Sebaik tiba kat HCMC, kitaorang berpecah..aku, aliya and Japp mintak turun kat hotel..sebab nak g jejalan kat around city ni..ada yang nak g Ben Thient, ada yang g post office..


Apa yang pelik pasal trafic light ni??..aku pun tatau cam mana system trafic dorang ni..ada 2 trafic light..yang kat atas ngan yang kat bawah..

Opera House..
Haa tu dia....lif pun sampai muat 3 orang jek..tak boleh nak selit-selit dah..beg depan belakang dah sama besar..

Pukul 6.30pm, kami berkumpul semula..naik van ke airport..pulang ke Malaysia tanah air ku tercinta..:)


The End...



Thursday, December 1, 2011

Jejalan Trip (JB-KL-HCMC) Day 2

Sambungan dari sini...


Pukul 8.15am tepat-tepat, tour guide kami dah sampai..betul-betul punctual ni..dia kata sebab banyak hotel lagi dia nak singgah pungut orang..
Trip nak ke sungai mekong amik masa 2 jam..sepanjang perjalanan, pemandangan cuma lah sawah padi..yang best nya tetiba ada kubur kat tengah sawah padi..kat sini takde tanah perkuburan, so dorang tanam ahli keluarga kat tanah masing-masing..kalo yang tak ada tanah tu, tak tau la kat mana dorang kebumikan..


separuh perjalanan, bas kami berenti..singgah ke toilet..tapi kat hentian ni pun di jual barangan kraf tangan..lukisan yang dibuat daripada kulit telur..orang-orang cacat yang buat...sangat cantik dan teliti..tapi aku tak beli pun..harga?..off cause ler mahal gilos..
Setibanya kat sungai mekong, kitaorang naik boat..
comel lak tengok mat saleh ni..beriya pakai topi tu..
Muka excited tak sabo..;)


Lunch dah termasuk dalam package kami..tapi ada lauk vavi..so, for us dia gantikan dengan makanan vegetarian..hanya nasi dan sayur..so kami tambah lagi ngan ikan which comes with sayur salad and noodle..ikan ni harganya VND 150,000..bahagi 5 orang ok la kan.,.xde la mahal sangat..
Balik dari sungai mekong, tour guide kami bertukar..yang asal tu pergi ke bas lain..sebab dia guide group yang amik trip 2-3 hari punya..so uncle yang baru ni best..banyak mulut and suka nyanyi..nama dia THONG..siap di ejakan..my name is thong, T.H.O.N.G..Dia ajar kami lagu ni..


Vietnam, Ho Chi Mint (up)
Vietnam, Ho Chi Mint (Down)


Macam-macam lagu di nyanyi..tapi bila mintak di nyanyikan lagu besday tuk jaja dia kata tak tau..hahahaa..
This Youtube video was uploaded by one of my tripmate..Hadi..

Balik dari trip sungai mekong, kitaorang mintak drop kan kat Ban Thien..nak sopping..oohh..kat sini la rupanya pusat sopping yang heaven..



when ladies bershopping, Shop till u drop katanya..aku sempat sambar 9 bijik beg...
3 for me, 2 for kiriman Pae, 2 for Aliya and 2 for Hasina..ngan hage VND 2.3 juta..jaja sempat menempah 2 suit dengan harga RM500, Ina and azrin pulak shopping kain sampai penuh beg..farah tak berapa bershopping sangat..


Still, ni bukan la aktiviti terakhir kami untuk hari ni..lepas letak-letak barang...aku ngan aliya keluar lagi mencari kedai-kedai jual barangan outdoor..jam menunjukkan pukul 10.30malam...nasib memang kurang baik, bila sampai-sampai jek semua kedai dah tutup..on the way nak balik hotel..terlalu pulak depan kedai massage...ngan badan sakit tu, sempat la dapat service ngan haga USD 12 untuk massage for 90 min..yang paling best tu la first time aku dapat massage guna batu panas..perrrhh..cakap banyak pun tak guna..memang terbaeeekk...puas ati giler...


lepas massage, baru la perut terasa lapar...nasib baik la restaurant halal hanya lah kat sebelah hotel...even agak pricey yet sangat puas hati bila dapat makan nasi goreng seafood ngan harga RM10..but the portion pun agak banyak..siap boleh share ngan aliya..melepak kat kedai makan tu beramai-ramai..sampaikan tokey kedai tu nak tutup pun tak jadi, bila time kami melepak, ada jugak customer lain masuk..


lepas melepak kat kedai makan tu, baru la kami balik tido..dengan badan baru lepas service and perut kekenyangan..tido lena sungguh malam tu.


Bersambung..



Wednesday, November 30, 2011

Jejalan Trip (JB-KL-HCMC) Day 1 - Part 4

Sambungan dari sini

Lepas letak bag jek..kitaorang berkumpul semula kat lobby..malam ni jugak kami start berjalan-jalan...alhamdulillah hujan dah berenti..


 Dari hotel, kami berjalan ke post office, Notre Dame and hard rock cafe...so, sesapa yang memang collector barangan Hard Rock Cafe memang sesuai la memulakan acara menyoping kat sini..

Post Office

 In front of Notre Dame


 Dah abeh bersopping, baru la perut rasa lapar..so, kami pun patah balik ke restaurant sebelah hotel..makan ramai-ramai kat situ..menunya agak menarik...semua makanan local malaysia ada kat sini..char kueh tiaw penang pun ada..harga tu takde la mahal sangat, standard la dlm RM10 per meal..tapi kopi dia memang mabeles..best gilos!...

Muka berseri bila nampak makanan, the menu and the bill of 10 pelahap travellers..:)

Pas puas melantak, kitaorang sambung semula berjalan ke Jalan Pham Ngu Lao  sebab nak cari kedai tour guide untuk aktiviti sepanjang kat sini..pukul 1am kami baru start menapak mencari kedai tour guide tu...campur sesat2 sesambil meround city Ho Chi Minh..so, amik masa lebih kurang sejam...sampai-sampai jek terus pilih package mana yang berkenan...so, finally kami pilih package sungai mekong untuk esok and melawat ke Chu Chi Tunnel tuk lusa..ngan bayaran USD15..

Abes segala urusan kat tour agent tu, menapak la semula balik ke hotel..sampai-sampai bilik dah hampir pukul 3am..pas mandi, apa lagi zzzzzzzz....

Bersambung..

Jejalan Trip (JB-KL-HCMC) Day 1 - Part 3

Sambungan dari sini..

Setibanya aku ngan aliya kat LCCT, kitaorang calling-calling si Hasina..rupanya yang lain pun still on their way..so, memandangan aku ngan aliya dah buat web check in and takde luggage yang perlu di check in..so, kitaorang pun pegi ke Old Town..melepak kat situ sesambil tunggu yang lain-lain..

Lebih kurang pukul 5.30pm..yang lain-lain pun sampai..Hasina, Amy, Azrin, Akmal, Farah, Hadi, Japp and Jaja..so total ada 10 orang ahli-ahli jemaah menteri yang follow trip ni..actually aku cuma kenal Hasina (geng dive) and Amy (member zaman Uni dulu)..yang lain-lain tu baru la berkenalan kat situ..

Tengah dok menyembang kat situ, baru la tau kena bawak jugak duit USD,sebab certain kedai dorang cuma terima duit USD...mak aii, mahal nya kat sini..tu la sebab aku paling mengelakkan tukar duit kat epot..tapi what to do, terpaksa lah..

So, kul 6.15pm kami dah bergerak ke departure hall..takde masalah urusan ngan kastam malaysia..

Ketibaan kami kat lapangan terbang saigon, di sambut ngan hujan..dari epot ni, kami sewa van ke La Jolie Hotel & Spa..ngan harga USD7 per person..setiap van boleh muatkan 5 orang..



Perjalanan dari epot ke hotel lebih kurang 30 minit..keadaan trafic di HCMC sangat sibuk..majority penduduk menggunakan motor..sangat rare nak nampak private car atas jalan ni..

Hotel tempat penginapan kami ni agak mewah..sangat tak sangka sebab bayaran nya cuma RM122 untuk 2 malam per person..restaurant halal ada banyak di sekeliling hotel..so, pasal makan tak perlu risau..:)



Bersambung

Tuesday, November 22, 2011

Jejalan Trip (JB-KL-HCMC) Day 1 - Part 2

Sambungan dari entry ni..Day 1 - Part 1

Kul 1100am aku ngan aliya sampai kat TBS..pusing-pusing cam tak jumpa lak money changer..so, kitaorang pergi kaunter pertanyaan kat situ..

HHHHHaaaaa!!..kat sini tak de money changer??...damn!...mana mau pergi ni..so, orang kat kaunter tu seges kitaorang ke KL Sentral..

Ok..so dari sini nak ke KL Sentral macam mana lak..Orang kaunter tu bagi 3 option:

  1. Naik komuter..tapi lambat sbb benti banyak station..tambang RM1..
  2. Naik KLIA Transit..yang ni laju..tambang RM4.xx..tak ingat berapa posen..
  3. Naik taxi..tp tambang mahal..lagipun dah nak time orang kuar sembahyang jumaat..sure jem..




Terus aku pun mengerling tengok jam yang di pointing orang kaunter..1130am!!..terus aku tarik tangan aliya..'Jom!!'..tengah dok nak lari sempat toleh semula kat mamat kaunter tu..'Time kasih'..dari jauh aku nampak dia sengeh2 sambil angguk..

Memandangkan kami nak mengejar masa, so kami pilih naik KLIA transit..berlari la kitaorang ke stesen KLIA transit..sebab aku dok pikir pukul 2pm nak kena gerak ke LCCT pulak..

Ngam-ngam sampai kat KLIA transit tu..bayar tiket..terus dengar announcement, train akan sampai lagi 4 minit..haha..mencicit-cicit ler aku ngan aliya berlari naik tangga-turun tangga kat stesen tu ngan backpack 7kg..naik train ngan baju basah..haha..

Tak sampai 15 min kami dah sampai kat KL Sentral..terus nampak kaunter pertanyaan..tak yah buang masa pusing-pusing kat situ mencari..rupanya dekat sebelah tu jek money changer..

Money changer tu di highlight dalam kotak merah

Pergi tukar duit..RM625=VND4juta..haha..jadi jutawan ler seketika..tengah kami tukar duit..tetiba orang kedai tu tutup pintu kedai..terkejut gilos!..rupanya dorang nak tutup pergi sembahyang jumaat daa..wat cuak jek..

Pas tukar duit, pergi semula kat kaunter pertanyaan..tanya kat situ cara paling efficient nak ke LCCT..so ada 2 option;

  1. naik KLIA transit..tapi amik masa sejam..sebab sampai hentian salak tinggi, kena naik bas pulak ke LCCT..total tambang (train KL sentral - Salak Tinggi + shuttle bus Salak Tinggi-LCCT) RM12.50
  2. naik shuttle bas..tambang RM8..45 min jek..

Oohh..kiranya naik bas lagi bagus la..so, belek semula boarding pas...sebab nak elakkan jem, kan sekarang time orang keluar sembahyang jumaat..departure kul 1850pm..so gate open kul 1750..oohh..banyak masa lagi nie..so, aku tepon my trip mate, confirm kan pasal nak berkumpul kul berapa...rupanya yang lain-lain tu kul 2pm baru nak kuar umah..aku ler yang salah paham..Hish!..ketuk kepala..:p

So, aku ngan aliya pun pergi makan subway dulu..pas tu pergi surau..kul 1515pm baru la gerak ke tingkat bawah..ke shuttle bas area..tambang cuma RM 8..berderet bas ada kat bawah tu..



Ada book fair pulak kat KL Sentral time ni...sempat sambar buku ni ngan harga RM5..

So, by the time bas bergerak, kami pun ON la stop watch jam tangan masing2..sebab cam pelik pulak, LCCT tu kan jauh..tambah pulak KL Sentral ni tengah town..hasil monitoring ari tu, tempoh perjalanan kami ngam-ngam 50 min..ok la ada extra 5 min jek..


To be continued

Friday, November 11, 2011

Jejalan Trip (JB-KL-HCMC) Day 1 - Part 1

Balik kerja dah lambat..kelang kabut balik ostel, amik barang, solat..sib baik barang dh siap pack malam tadi...ngan jasa baik pae yang comei manghantar aku terus pegi ke sri puteri..sepanjang dalam bas ke TBS, keja aku membuta jek..haha..penat giler..keja kat opis tengah berlambak..tapi sayang tiket dah beli tahun lepas lagi and booking otel pun dah di bayar..huhu..

Sampai2 jek kat TBS, aliya dah tunggu..dari TBS, terus pergi umah dia..tumpang tido sini dulu..cam biasa kalau dah jumpa minah ni, pot pet sampai kul 3am..sesambil tengok dia packing barang..

Jap agi dah nak gerak..nak g money changer then terus ke LCCT..

Passport -checked
IC - checked
Camera & charger - checked
Wallet - checked
Boarding pass - checked

Ikutkan blackberry travel ni cakap kat sana hujan...so, aku pakai sandle outdoor yang ikat2 tu jek..tak yah nak cun-cun pakai kasut..*lagi pun aku memang kurang suka pakai kasut..;p*

Baiklah..doakan kami selamat pergi-balik yek..will be away for a while..
BYE-BYE..*sesambil lompat excited!!*

Bismillahirrohmanirrahim..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.