Showing posts with label Indonesia - Bromo. Show all posts
Showing posts with label Indonesia - Bromo. Show all posts

Saturday, August 25, 2018

~Surabaya Trip ~ Bromo ~ Air Terjun Madakaripura ~ Day 2 part II ​

Sambungan dari sini...


Tepat pukul 10.30pagi pintu bilik kami di ketuk..beg semua memang dah standby siap di pack..
Terus keluar bilik dan hop into colt van..aik mamat semalam janji avanza..tapi naik colt van pulak jadinya..driver pun orang lain..bukan dia sendiri datang..tak pe la takde orang lain dalam van kami bukan cerewet sangat..


Jalan nak ke air terjun madakaripura tu tak berapa elok..tak berapa jauh dari CL..masih on the way nak ke Probolinggo..

Perjalanan keluar dari perkampuang Camero Lawang...BYEE!!!

Bila sampai parking area air terjun tu baru tau kena bayar entry fee+ojek 2 orang + guider kena bayar 250,000 IDR..mahal nya..T.T...Ingatkan entry fee biasa..guider sekarang dah compulsory..sebab kena cross sungai dan safety concern..Alang-alang dah sampai..bayar je laaa..pas tu tak boleh pakai kasut sebab nanti basah..kena tukar selipar..selipar harga 15,000 IDR..Dari parking point tu..kena naik ojek..kalau nak jalan pn boleh tp jalan curam 4km..



Pintu masuk kawasan Air Terjun
Lepas dari post guard batasan motor, kena jalan kaki..lebih kurang 1.5km..jalan agak landai tp basah tiyak jugak laa..dah sampai kawasan tu, banyak orang jual poncho,tp memang kita dah siap pakai baju untuk mandi, tak kisah la basah..

Bagi phone ke guider tu, pandai betul di amik gambar..slow mo la..panorama la..boomerang la..tempat ramai orang pun dia pandai cari angle, dalam gambar xde orang lain pun.

Jalan nya landai macam ni je...tapi jauh jugak laa..

sepanjang jalan dengar bunyi air terjun..nyaman betul..











Dah puas bergambar macam pengantin baru..kami pun bertolak balik..sampai kat parking..ada toilet dan surau..banyak kedai makan skali..boleh la makan dulu alas perut..

Tugu kerajaan Majapahit masih  banyak kat kawasan ni

Ni la dia guider kami sepanjang kat sini...skillful amik gambar
 Dari air terjun, terus ke probolinggo..ingat kan nak naik keretapi ke surabaya..acah-acah naik byk mode of transport macam mission impossible la konon..(tangan ke bahu, rolling eyes)..

Tapi bila tanya-tanya stesen keretapi kena naik angkot pulak..lagi pun tak tau ketapi pukul berapa..nak google sim card kena block pulak sebab dah lama tak guna..dah alang-alang ada kat colt stesen tu sebelah je ngan stesen bas..menapak je la kesana..

Kebetulan kami sampai bas nak ke surabaya pun nak jalan..Alhamdulillah kali ni dapat bas express..kos bas untuk 2 orang 40,000 IDR..okeh boleh tido!



Actually aku punya plan dari bromo ni nak ke Malang..round kat Malang dan Batu dulu..tapi en suami bunyi-bunyi nak ke Pulau Bawean cepat..jadi aku tukar plan..walalu pun hati aku ada rasa cam something wrong je, kenapa aku tulis plan ke malang dulu nie..

Sampai je kat stesen bas surabaya..terus driver-driver kejar nak kemana-nak kemana..lepas sesi tawar menawar kami dapat harga teksi 200,000 IDR ke pelabuhan gresik..dah penat sangat jadi rasanya harga tu ok..perjalanan naik taxi pun jauh, sejam baru sampai..Lagi pun dah malam, takde booking hotel, tak tau dari stesen bas nak ke pelabuhan macam mana..jadi driver taxi ni hantar terus ke pelabuhan nanti..jadi naik jelaa..

Setibanya kami kat pelabuhan gresik, tanya- tanya orang tiket nak ke pulau bawean esok nak beli kat mana..dia kata tunggu dia telephone boss dia dulu..dia kasi kunci bilik untuk bilik penginapan kat situ..satu malam cuma 40,000 IDR je..masa kami masuk bilik tu..alamak, dah terdiam dah..toilet sharing..bilik nya ada tingkap kecik boleh nampak rumah orang sebelah..cat terkopek-kopek..ada katil dan kipas meja 1..aku tergamam..tapi takut en suami nak duduk situ aku tanya je “betul ke nak tido sini?”..tak pe la..kita pegi cari makan dulu..letak bag, terus keluar..

Kami keluar pegi dinner..masa tengah makan en suami cakap dia pun tak selesa duduk dalam bilik tu..jadi kami pusing-pusing tanya orang ada tak hotel yang ada kamar mandi di dalam..ada org bagi instruction, jadi kami patah balik ke tempat jual tiket amik beg..dia bagi tau tiket untuk siang esok tak de..semua kapal takde operasi jumaat siang,jumaat malam je ada tu pun kapal perlahan..kapalnya besar ada bawak barang sekali..tiket untuk kapal perlahan esok kami tak jual..abang boleh di pelabuhan sendiri esok..atau kirim orang aja beli..nak beratur beli tu ramai orang susah.
.
alamak...jaw dropped..abes macamana ni?...en suami tengok aku, aku tengok dia..aku cakap kita pindah bilik dulu..mandi rehat-rehat..solat dulu..nanti pikir..so now i know kenapa aku rasa tak sedap hati tadi..bila aku bukak balik link-link yang aku saved dalam notes apps aku ni..yes! Memang jumaat pagi takde kapal, jumaat malam je ada kapal..(tepuk dahi)..too late, tak kan nak patah balik pegi ke Malang pulak..

Kami pun pusing-pusing jumpa pun hotel yang adik jual top up tu seggest..check in 200,000 IDR..dapat la mandi puas-puas dah 2 hari tak mandi..wahahaha..

Malam tu tido wangi-wangi..qadaq tido 2 hari..plan cemana esok, esok je la pikir..






Bersambung

Tuesday, August 21, 2018

~Surabaya Trip ~ Bromo ~ Day 2 (part 1)~

Day 2 : 9 August 2018

Pejam celik pejam celik..sebab takut bila orang datang ketuk pintu nanti tak sedar..last2 pukul 3.30pg orang datang kejut baru nak siap-siap..pegi toilet cuci muka je, tukar baju, terus jalan..tak yah mandi sejuk sangat.”mandi kat air terjun nanti je” driver semalam pesan..>.<“


Perjalanan ke penanjakan tu dalam setengah jam..berderet-deret jeep ke sana..driver kami berenti jauh dari last perhentian..jalan kaki dalam kesejukan ke surau..mengah betul..stamina out..keluar surau ramai ojek tunggu..last-last naik ojek je ke puncak..20,000 IDR seorang..


Sila amik gambar no plat JEEP masing-masing..kang banyak JEEP rupa sama je..
Ni la dia musolla pertama kami berenti solat subuh..
sepanjang perjalanan jangan takut sempat lapar..ramai orang jualan kat tempat sejuk-sejuk ni..





Orang bergaya sakan pakai mafla..aku sarung je la dengan kain batik..dah sama macam orang local sini dah..

View masa awal pagi masih penuh kabus..dalam pukul 5.30 pagi baru awan hilang dan muncul la gunung Bromo..cantik Subhanallah..



Partner in crime aku..menguap kengantukan menunggu matahari naik...







Kami jalan kaki pulang ke jeep agak lewat..sepatutnya pukul 6 pg dah ada kat jeep..tp kami pukul 6pg tu baru nak gerak dari atas..


Pakcik driver pesan nanti kat gunung bromo kena cepat..pukul 8pg dah kumpul kat jeep..masa tu dah almost pukul 7pg..jeep mate kami 4 orang spain..pakcik tu kata sempat 20min pegi-20 min balik..



Pastu pakcik driver cakap boleh naik kuda..(dia cakap indon bila cerita pasal kuda)..saja nak suruh aku “kenderaan berat” ni naik kuda la tu..dia kata kuda 125,000 IDR seorang..dia bawak sampai kaki gunung..lepas tu naik tangga..jalan landai 500m, then jalan curan 1.5km then jumpa tangga..aku translate english kat dorang kat belakang..pas tu aku sambung “i know you all fit but, definitely we (sambil pointing kat kitaorg laki bini) have to ride horse”...pas tu dorang gelak..


Gunung Bromo belakang Gunung Botak ni..

Sesi tawar menawar..






 
Naik tangga 253 steps tu pun berenti banyak kali hokeh..aku rasa stamina aku tertinggal kat msia laa..




Si bila sampai kat last point kuda boleh naik. owner kuda akan bagi kertas kecik tulis nama dia..so simpan, nanti bila balik tunjuk je kertas tu kat orang-orang kat situ..

Tu la dia tangganya..memang kena naik untuk sampai ke atas..

Ini la dia kawahnya..orang ramai berasak-asak..

Bunga dia jual..cantik dan segar..




Ini la dia jeepmate kami...tinggi betul yang lelaki..

Kat persimpangan ini la kami berpisah...

Balik dari bromo..kami singgah warung makan yang kitaorang berenti semalam..then terus bersiap nak check out..dah siap tukar baju mandi nak terjun air terjun..tak sabarrr..