Showing posts with label Aku. Show all posts
Showing posts with label Aku. Show all posts

Tuesday, July 31, 2018

~~My first half 2018~~

kejap tak kejap..sekejap je dah second half of 2018...

lama betul aku tak update blog niee....

lepas kawin, dh tak berjalan sangat..cuma ada family trip sekali setahun, cam tu je la..

hari-hari biasa bz tolong en suami kat warung dia meniaga sarapan pagi sampai la ke malam..

penat..sebab tak biasa meniaga makanan...

2018 full of history dalam hidup aku..

December 2017 - aku amik anak angkat, actually anak pekerja suami aku..tp family dia susah sebab ayah baby ni sakit (macam tempang)..jadi bergantung harap mak dia je kerja kat kedai suami aku, ayah pulak walau tempang tapi masak nasi lemak ngan nasi ambang jual kat warung2..

aku amik anak ni setiap hari jumaat petang (balik kerja terus singgah rumah mak baby ni), sampai la pagi isnin..aku nk pergi kerja, aku hantar baby ni balik..(pergi kerja dengan linangan air mata)..actually baby ni pun aku bagi nama ..Asyura..sebab dia bersalin betul2 hari asyura pada 1/10/2017..tapi mak dia tambah sikit,..Nur Asyura Damia..


Ni la Mia..baru umur 12 jam..aku amik dia check out dari spital..


End of March buat IUI - tapi lepas 17 hari, aku bleeding..menangis sepanjang minggu..frust..huhu

May 2018 - busy dengan bazar Ramadhan

June 2018 - busy tolong..raya ke-3 dah start niaga

3 hari sblm raya, mak Mia bwk dia balik kampung (balik kelantan) dan dia janji seminggu lepas raya dia balik..aku tunggu...tunggu..aku wasap dia kata nenek mia tak bagi balik  johor dah..eh eh..mak dia ni dah la balik ngan anak2 je..suami dia dangan anak no2, dia tinggalkan kat JB nie..dah la suami nya tempang mcm tu,..anak yg no 2 teman suami dia tu pun baru je 10 tahun cam tu..(lelaki)..aku cuba jugak pujuk2..aku rindu sangat kat mia...malam2 nangis rindu dia..actually bukan malam je, tgh drive pegi / balik kerja tu penuh dengan air mata je..

dia kata suami dia masa sihat dulu kaya..pas tu dlm 4 tahun ni suami dia start sakit, tu yang dorg susah skit sampai kan isteri terpaksa kerja..bill api tertunggak RM1000, bill air baru je bayr RM400, sewa rumah tertunggak 7 bulan..mak mia kata, dia dh penat nk sara suami ngan anak2 sorg..jadi anak yg balik tu dia jaga..harap ehsan adik beradik sementara dia dpt kerja..

tak tau nk cakap macam mana dah..aku pujuk2 tapi gaya dia ckp tu macam dah tekad..

jadi aku terpisah la dengan mia...

dah sebulan mia x datang..mak dia pun dah bagi kata putus tak nk balik johor..baru aku ada kekuatan nk kemas semua baju dan mainan2 dia bagi kat pekerja2 aku yang lain..

sediiiihhhhhhhhh...

 Ni Mia 8 bulan..last week before aku berpisah ngan dia...

walau pun dapat jaga Mia sekejap, banyak benda kami suami isteri belajar pasal parenting..jaga baby bukan mudah, tapi sangat membahagiakan...



Doakan la 2nd half 2018 ni ada kebahagiaan untuk kami..

Friday, October 9, 2015

~WORLD'S TOP 10 DIVE SITE~

bangga takkk???....

Paru-paru tengah rindu nk sedut compressed air,
mulut rindu nk gigit regulator,
lidah rindu air masin laut,
badan rindu nak pikul tong gas,
kaki rindu nak pakai kaki itik (fin)
mata rindu nak pakai mask..




Bertabahlah...T.T



Saturday, March 7, 2015

~Cuti Sakit Yang Panjang~

Minggu ni, minggu ke-2 aku bercuti panjang..ye cuti yang sangat panjang..doctor bagi hospitalization leaves sampai 21 hari..huhuhu..lama betullll..

untuk korang yang selalu follow blog aku nie (eceeehh ceeehhh, budget macam ada orang baca la entries syok sendiri tue..kikiki), tak kisah la kan, nak syok sendiri ke hape, yang penting aku cuma nak share pengalaman yang aku lalui..

okeh berbalik pada cerita aku cuti panjang ni, aku dah lama dah di sah kan ada penyakit PCOS (polycystic ovarian syndrome) since tahun 2009..penyakit ni merupakan salah satu masalah utama kaum hawa masa kini, mungkin disebabkan tabiat pemakanan kita skang ni, yang banyak sangat "fast" nya, kesedapan tahap jilat jarinya, frozen nya, high sugar content nya dan banyak lagi macam-macam makanan yang 'berdosa' kita dok dihidangkan hari-hari..maka makin banyak la jugak penyakit yang muncul kan diri..



Actually cysts kat rahim ni pun ada macam-macam jenis, macam diagram kat atas tu tunjuk, at least ada 5 jenis cysts yang boleh ada kat rahim kita, yang masalah aku ni, jenis yang bawah tu...yang polycystic ovary syndrome...kan baru-baru ni ada viral kat sosial media pasal cysts ada rambut la, gigi la, kuku la..memang ada cysts jenis tu (gambar atas belah kiri tu)..

so, untuk yang tertanya-tanya apakah penyakit PCOS tu, korang boleh tanya lebih lanjut kat pakcik gugel..sintom-sintom nya, apa punya nya, apa sebabnya..semua berlambak kat internet yang korang boleh rujuk..but in short, gambar rajah ni, jelaskan segala-galanya pasal PCOS..



Secara am nya, semua perempuan ada cysts kat ovari tu, yang jadi masalah aku ni, cysts aku ni merupakan telur yang tak matang di sebabkan hormon aku tak cukup kuat untuk matang kan dia, so telur-telur tue berkumpul kat dalam ovari tu banyak-banyak..dah stagnent kat situ..degillll dahh niiiee..

Ni aku ceritakan sedikit sebanyak untuk korang tau latar belakang penyakit ni, based on my own experience;
a) datang 1st period lambat - my 1st BFF when I was at 14, where most of my classmate yang perempuan datang at age 12-13, aku pulak boleh relek-relek jek tak pernah sibuk pasal "tembus"
b) datang pun sikit jeeeee - aku boleh relek je takde sibuk-sibuk pun nak kena g toilet jeeee, sbb aku punya BFF datang just few days and ciput-ciput
c) Hairy - untuk orang perempuan ada bulu kaki, misai, janggut sikit-sikit sangat la janggal kan..so itu la di sebabkan oleh hormon unbalance..

d) Kutikel  - selalunya di leher..skang ni dah ada banyak cara boleh buang, tapi dan masa singkat dia akan keluar lagi..

d) Jerawat - di muka atau di belakang badan
e) Diabetes type 2 - badan besar, tapi belum sampai tahap perlu rawatan ubat berterusan. frankly, Aku ada masalah high colestrol.
 (bukan iklan pasal Shaklee, aku jumpa slide ni aku pun kopipes la, senang nak paham kan)

f) sangat susah nak turun kan berat badan - Ni disebabkan korang takde hormon yang membantu untuk korang loss weight. Bak kata one of my gynae "i nak u turunkan berat badan, i know its hard..u kena usaha 10 kali ganda compared ngan normal woman..kalau dorang tu skip meal sikit dah boleh loss weight, but for you its different..sebab you takde hormon yang membantu"..so kalau ada cita-cita nak turun kan berat badan..buat survey diet plan untuk pesakit PCOS, be patient and passion..

aku kerja keras (main badminton 5x seminggu ngan opismate yang lelaki sebab bagi aku challanging and betul2 main badminton - sampai kena smash every time buat silap, bukan takat gelak2 budget diva dalam court), then puasa isnin kamis), diet macam orang giler (Atkins diet) cuma turun 8 kg dalam masa 12 bulan.. untuk orang normal (buddy aku) amalkan Atkins diet je selama sebulan dia turun 8kg..(bertabahlahh hati bila aku tgk hasil dia berbanding aku)..
Ni ada cerita sikit pasal salah seorang pesakit PCOS yang bercerita pasal pengalaman dia
(actually minah-minah salleh banyaks sangat buat entry pasal PCOS ni, kat group my fitnesspall pun berlambak, kat forum and blog entries..untuk orang malaysia ni, jarang la nak bercerita pasal ni secara terbuka, tapi still ada forum-forum yang boleh di ikut - tapi aku tak join pun..)

g) mood swing - kalau korang rasa orang perempuan ni moody, korang kena sabar tahap dewa kalau kawan dengan orang ada PCOS..so sesapa yang ada penyakit ni, kesian kan la kat husband/BFF/ buddies ngan perangai korang tu..sebab dalam sekelip mata boleh bad mood, dalam sekelip mata jugak boleh gelak-gelak..
kadang-kadang kawan aku siap tolong analyze kan mood aku ni..kuar lunch time ngan dia sejam je, aku boleh marah-marah selama 10 min, pas tu aku gelak-gelak, pas tu aku dok merunguttttttt jee, tak sabar even tunggu makanan sampai kat meja aku boleh bebel macam-macam, padahal tu mmg normal waiting time pun, ari-ari pun lunch kat situ...pas tu aku gelak balik..
bila dia bagitau ulasan analisis dia selama sejam tu, baru aku perasan..(haiiissshhh)



Senarai kat atas tu apa yang aku observed, tapi secara detailnya symtoms nya as followings




Menurut gynae ( dah 3 orang pakar gynae aku refer), cara rawatan nya ada 2 - selain dari loss weight (mostly failed);
a) ubat - ubatan : selalunya doctor akan bagi ubat birth control ( ubat pill perancang) gynae aku selalu bagi DIANE 35.. makan ubat ni selama 21 hari then stop for 7 hari, then start next pack..korang akan datang period dalam tempoh 7 hari tu..ubat ni ada byk side effect - (aku cilok gugel jap)
  • breast pain, tenderness, or swelling
  • brown, blotchy spots on exposed skin
  • dizziness
  • headache
  • increased or decreased interest in sexual intercourse
  • nausea
  • swelling of ankles and feet
  • unusual tiredness or weakness
  • vomiting
  • weight gain or loss

so, bayangkan, korang sentiasa di suruh turun berat badan oleh gynae, tapi dalam masa yang sama dia suruh korang makan ubat yang akan menyebabkan berat korang bertambah..+.+"

bila korang dah kawin, doctor akan bagi ubat lain pulak (aku lupa nama dia) korang boleh refer kat mana-mana gynae.

b) sampai tahap badan korang dah immune dengan macam-macam ubat dah nak kurus tu sangat mengambil masa.. di tambah pulak aku yang lambat kawin ni,  gynae pun segeskan aku buat laparoscopic and ovary drilling..

 Laparoscopy procedure ni, dia akan tebuk 3 lubang kat sekitar bawah pusat kita ni, kemudian akan masukkan la lazer la, camera la than apa2 yang patut semasa procedure tu, dont worry masa procedure tu aku dah kena bius, tak sedar apa-apa pun..bila dia dah drill buangkan cysts tu, ada sikit yang dia akan ambil sample untuk hantar ke lab..kemudian akan di masuk kan dye untuk check pulak tube fallopian ni tersumbat ke tak..

selepas pikir tak berapa lama, aku pun aggree buat laparoscopic procedure ni..hari ni hari ke 10 selepas procedure tu, dah bosan dah nie..doakan la moga aku cepat sembuh dan usaha aku ni membuahkan hasil...InsyaAllah..


Sunday, July 20, 2014

Activity bulan ramadhan..

Dah hari ke 21st ramadhan baru la nak menaip entry pasal ramadhan.haha..

Maklumla ni la 1st time akak posa ngan en somi..dan ini jugak la 1st time akak menolong en somi meniaga kat bazar ramadhan..maka menjadi la rutin harian kami berbuka pun kat bazar..makan sedap sebab jiran2 bagi..

En somi saya ni asal nya orang tiram..so, agak mudah meniaga kat area tiram jugak la..sebab senang ramai customer dah kenal and rumah mak dia kat sg redan tu pn sakitnya besar.mudah la kami nak memasak..(kami?..ekkk..ekceli, dia la yg memasak, aku tukang sibuk je)

Tahun ni jugak aku pegi settlekan sendiri segala urusan dokumen nak bukak bazar..dari amik form, attend kursus kendalikan makanan, pegi inject, pegi cabut undi tapak..dan juga menjadi selaku runner beli barang2..kepala aku pun dh cam catalog bergerak, dh hapal harga barang2 kat pemborong..haha..;p

Untuk sesapa yang cheese lover, aku menjemput korg mencuba murtabak cheese kami di bazar ramahdan ulu tiram, tapak 21..

InsyaAllah sedap..dah try, mesti nak lagi..

Till then, lain kali saya update lagi ye blog ni..

Friday, May 9, 2014

~Akhirnya~

lama aku tak update blog ni kan..

aku bz sikit lately ni..sepanjang bulan 4, bz dengan persiapan..alhamdulillah semua dah selesai..

Officially, I'm PUAN now..:)

Doakan kami berbahagia hingga ke jannah dan dikurniakan kesihatan yg baik dan keluarga yang sakinah..amin..

 Ka
aaaaaallllaaaaa............kawan la ngan kitaaa...
(suka gambar ni, cute sangat)..*perasan sendiri*..:p


Terima kasih kepada semua kaum keluarga dan sahabat handai yang sudi hadir..
Doa dan pemberian hadiah dari kalian tak mampu kami nak membalas...moga kita semua di limpahkan kebahagiaan di dunia dan di akhirat..Amin

dan akhirnya, aku berjumpa jugak dengan si Fatt setelah sekian lama kenal dlm blog..hehe..thanks for coming babe!..


Wednesday, January 15, 2014

~Kembara~

Kembara lah kamu untuk mengenali sahabatku dan juga memperluaskan fikiranmu...

Kembara lah kamu untuk melihat lebih banyak kebesaran Illahi...

Kembara lah kamu untuk menyedari bahawa sebenarnya kamu bukan sesiapa, melainkan seorang hamba yang kerdil dan tak punya apa-apa..

Kembara lah kamu untuk kamu belajar mensyukuri apa yang kamu ada dan belajar tentang kesusahan orang lain..

Kembara lah kamu untuk kamu melihat keindahan alam dan mengetahui bahawa segala kepandaian kamu hanyalah pecisan berbanding yang lain..

Saturday, November 2, 2013

~misi long holiday~

Ha...kemana destinasi korang sempena cuti panjang nie?..;)

This time aku ngan buddy aku yang biasa tu la (sapa lagi kalo bukan si Pae)..akan try merentasi 3 negara..harap2 takde masalah visa nanti...

Kali ni dari JB ke KL aku naik malindo air..depart kul 1505...Dan penerbangan selama 45 min tu mengcost kan aku sebanyak RM 66..dapat complimentary bun kaya and drinking water...best gak la malindo nie, ruang kaki dia luas so takde la tersepak seat org depan jek..hehe.

Hujan lebat menyambut ketibaan aku Kat KLIA nie...dari arrival hall, aku terus jalan kaki ke bus terminal (ada banyak signboard)..Aku tengah tunggu bas dari KLIA nak ke LCCT pulak Kat platform 10 nie..just want to share some info,  tambang bas KLIA-LCCT, RM 2.50..perjalanan lebih kurang 20km..aku agak2 dlm 30-45 min..1st bas kul 5.30am dan last bas kul 11.50pm..

Jumpa lagi next entry..doakan Kami selamat pergi dan balik..Bye Malaysia.. 

Till then..Wassalam.

Wednesday, May 15, 2013

~Lari dalam hutan pulakkkk~gelap pulak tueeee!!~

Kali ni nak cerita pasal aku masuk Energizer Night Trail kat singapore..bunyi cam hebat jek kan,nak lari sampai ke spore, tapi spore tu jaraknya sekentut jek dari JB nie..;p

kat JB tak banyak event lari-lari, so terpaksa la pergi ke spore nak lari punya pasal...kalo nak ke KL jauh la pulak..abeh dah tenaga dok dlm transport jek..

Acara yang aku masuk ni anjuran kali ke-3 Energizer buat, tapi kali pertama la aku join..kekdahnya la this year baru sibuk nak terhegeh2 join event lari2 nie..hehe..Event ni diadakan pada 11 May 2013. .bersamaan ngan 1st Rejab..


Lebih kurang kul 4pm baru la aku ngan aya bertolak dari JB..even event nya tu start kul 7.30 mlm tapi kena paham2 la keadaan trafic nak lepas kan boarder tue kan..

 

Sejam lebih tersangkut kat Imigresen Johor..bangunan CIQ bukan main cantik..untuk kereta ada 4 zon untuk korang boleh pilih..setiap zon ada 8 kaunter, tapi malangnya yang bukan hanya lah 3 kaunter...so itu la yg korg kena expect bila drive msk spore..kaunter banyak, tapi tak bukak even at peak hour..

Lepas jek imigresen Johor, trafic sangat la laju sampai ke imigresen Spore..semua kaunter yang ada beroperasi dengan baik dan urusan selesai tak sampai 3 min..

Alhamdulillah sampai jugak  kat Spore, lepas singgah solat Asar jap kat masjid area woodland tu, kami terus ke Lorong Asrama...venue for event tue..

Ramai dah orang ada kat situ..sebab ada carnival kat situ untuk kanak-kanak and ada certain category lari waktu petang..berbuka posa kejap kat tepi keta and solat maghrib jek kat tepi jalan tue..pas tu terus ready kat garisan permulaan..aku masuk category 6km while aya pulak 12 km..tgh aku dok makan apple bukak posa, org keliling dah start warm up..sempat lagi sambar milo kat lori tepi tu sebelum pegi starting line..hehe..

 Sampai-sampai kat carnival tu, maskot la la benda pertama aku nampak..hehe..comeyy
 Siap dapat repellent..hehe..cam tisu jek benda ni..bagus sgt..berkesan..
 

Kategori aku start kul 8.15pm, aya kul 7.45 pm..

siap ada photo booth lak kat situ..ada banyak accessories korg boleh pakai...cute giler...beratur panjang pun sanggup lahhh...

 cute giler family nie...
Ni la gambar kami...hahaha...^.^

Nama pun night trail kan..apa-apa pun jangan lupa pakai head lamp...yeaahhh!!...
 Muka dah ready nak lari...dalam hati dok duuuppp daaappp...duuppp daaapppp...
Poooooonnn....air gun dah bunyi..giler ramai orang....
Ni la dia gambar yang terhasil kalo sambil lari sibuk nak snap gambo..apa pun tak nmpk..haha..head lamp jek la yg memancar2..

 Ini la rupa kasut kami..sebelum ngan sesudah..haaa...penuh berlumpur..haha..tapi kasut aku suci lagi la compared to kasut aya..;p

Muka tak semengah..penat + busuk...si keding tu abeh 12km, si dumuuk abeh 6km..hehe
Ini la rupa medalnya..:)

Ini la dia result timing kami..ok la kan...for 1st timer...:)

Hadiah tuk diri sendiri pas lari...tadddaaaaa....

 Meatball abg Burn.....terbaeeekkkk kat JayBee...tapi makan ngan badan busuk...ada selera ke??..miahhaha..



Tuesday, May 7, 2013

~~Alhamdulillah~~

Alhamdulillah...ari ni sangat happy...akhirnya letih, perit, sakit, nangis, tension berbaloi-baloi ari ni bila nampak muka mama and abah happy bila aku keluar dewan...:')

Siap dengan bunga fresh flower kat tangan mama menyambut aku dengan ucapan tahniah..and tak lupa jugak kat adik aku si dilla yang merangkap camerawoman aku ari ni...(owh adilla bg adiah bunga siap ngan bear..bagus dia follow aku punya request, jinak nie..haha..)

Received banyak congratulations sms/wassap/wechat/fb chat from families and friends..terima kasih bebanyak..don't worry, bagi hadiah nanti pun still diterima..hehe

To friends yang hadirkan diri di dewan tadi, amatlah dihargai..terharu pun ada..nak nangis tapi peluh kepanasan lagi laju keluar dari air mata..hehe

Terima kasih banyak-banyak sekali lagi kepada semua families, coursemate, sahabat handai, opismate dan tak lupa jugak kepada semua prof-prof, doc-doc and staff UTM, especially FKM, K9, KTF, PSZ..

sincerely and best regards










 abah sayang...muah muaahh..
 mamaku sayang..muahh muaaahh..
 my youngest sister..


 ishh..dah pakai heels 3 inch ni tauuu...:p

Bunga yang ni special sikit, sbb home delivery..fuuhhh..mmg betul2 surprise..hehe..