Saturday, March 7, 2015

~Cuti Sakit Yang Panjang~

Minggu ni, minggu ke-2 aku bercuti panjang..ye cuti yang sangat panjang..doctor bagi hospitalization leaves sampai 21 hari..huhuhu..lama betullll..

untuk korang yang selalu follow blog aku nie (eceeehh ceeehhh, budget macam ada orang baca la entries syok sendiri tue..kikiki), tak kisah la kan, nak syok sendiri ke hape, yang penting aku cuma nak share pengalaman yang aku lalui..

okeh berbalik pada cerita aku cuti panjang ni, aku dah lama dah di sah kan ada penyakit PCOS (polycystic ovarian syndrome) since tahun 2009..penyakit ni merupakan salah satu masalah utama kaum hawa masa kini, mungkin disebabkan tabiat pemakanan kita skang ni, yang banyak sangat "fast" nya, kesedapan tahap jilat jarinya, frozen nya, high sugar content nya dan banyak lagi macam-macam makanan yang 'berdosa' kita dok dihidangkan hari-hari..maka makin banyak la jugak penyakit yang muncul kan diri..



Actually cysts kat rahim ni pun ada macam-macam jenis, macam diagram kat atas tu tunjuk, at least ada 5 jenis cysts yang boleh ada kat rahim kita, yang masalah aku ni, jenis yang bawah tu...yang polycystic ovary syndrome...kan baru-baru ni ada viral kat sosial media pasal cysts ada rambut la, gigi la, kuku la..memang ada cysts jenis tu (gambar atas belah kiri tu)..

so, untuk yang tertanya-tanya apakah penyakit PCOS tu, korang boleh tanya lebih lanjut kat pakcik gugel..sintom-sintom nya, apa punya nya, apa sebabnya..semua berlambak kat internet yang korang boleh rujuk..but in short, gambar rajah ni, jelaskan segala-galanya pasal PCOS..



Secara am nya, semua perempuan ada cysts kat ovari tu, yang jadi masalah aku ni, cysts aku ni merupakan telur yang tak matang di sebabkan hormon aku tak cukup kuat untuk matang kan dia, so telur-telur tue berkumpul kat dalam ovari tu banyak-banyak..dah stagnent kat situ..degillll dahh niiiee..

Ni aku ceritakan sedikit sebanyak untuk korang tau latar belakang penyakit ni, based on my own experience;
a) datang 1st period lambat - my 1st BFF when I was at 14, where most of my classmate yang perempuan datang at age 12-13, aku pulak boleh relek-relek jek tak pernah sibuk pasal "tembus"
b) datang pun sikit jeeeee - aku boleh relek je takde sibuk-sibuk pun nak kena g toilet jeeee, sbb aku punya BFF datang just few days and ciput-ciput
c) Hairy - untuk orang perempuan ada bulu kaki, misai, janggut sikit-sikit sangat la janggal kan..so itu la di sebabkan oleh hormon unbalance..

d) Kutikel  - selalunya di leher..skang ni dah ada banyak cara boleh buang, tapi dan masa singkat dia akan keluar lagi..

d) Jerawat - di muka atau di belakang badan
e) Diabetes type 2 - badan besar, tapi belum sampai tahap perlu rawatan ubat berterusan. frankly, Aku ada masalah high colestrol.
 (bukan iklan pasal Shaklee, aku jumpa slide ni aku pun kopipes la, senang nak paham kan)

f) sangat susah nak turun kan berat badan - Ni disebabkan korang takde hormon yang membantu untuk korang loss weight. Bak kata one of my gynae "i nak u turunkan berat badan, i know its hard..u kena usaha 10 kali ganda compared ngan normal woman..kalau dorang tu skip meal sikit dah boleh loss weight, but for you its different..sebab you takde hormon yang membantu"..so kalau ada cita-cita nak turun kan berat badan..buat survey diet plan untuk pesakit PCOS, be patient and passion..

aku kerja keras (main badminton 5x seminggu ngan opismate yang lelaki sebab bagi aku challanging and betul2 main badminton - sampai kena smash every time buat silap, bukan takat gelak2 budget diva dalam court), then puasa isnin kamis), diet macam orang giler (Atkins diet) cuma turun 8 kg dalam masa 12 bulan.. untuk orang normal (buddy aku) amalkan Atkins diet je selama sebulan dia turun 8kg..(bertabahlahh hati bila aku tgk hasil dia berbanding aku)..
Ni ada cerita sikit pasal salah seorang pesakit PCOS yang bercerita pasal pengalaman dia
(actually minah-minah salleh banyaks sangat buat entry pasal PCOS ni, kat group my fitnesspall pun berlambak, kat forum and blog entries..untuk orang malaysia ni, jarang la nak bercerita pasal ni secara terbuka, tapi still ada forum-forum yang boleh di ikut - tapi aku tak join pun..)

g) mood swing - kalau korang rasa orang perempuan ni moody, korang kena sabar tahap dewa kalau kawan dengan orang ada PCOS..so sesapa yang ada penyakit ni, kesian kan la kat husband/BFF/ buddies ngan perangai korang tu..sebab dalam sekelip mata boleh bad mood, dalam sekelip mata jugak boleh gelak-gelak..
kadang-kadang kawan aku siap tolong analyze kan mood aku ni..kuar lunch time ngan dia sejam je, aku boleh marah-marah selama 10 min, pas tu aku gelak-gelak, pas tu aku dok merunguttttttt jee, tak sabar even tunggu makanan sampai kat meja aku boleh bebel macam-macam, padahal tu mmg normal waiting time pun, ari-ari pun lunch kat situ...pas tu aku gelak balik..
bila dia bagitau ulasan analisis dia selama sejam tu, baru aku perasan..(haiiissshhh)



Senarai kat atas tu apa yang aku observed, tapi secara detailnya symtoms nya as followings




Menurut gynae ( dah 3 orang pakar gynae aku refer), cara rawatan nya ada 2 - selain dari loss weight (mostly failed);
a) ubat - ubatan : selalunya doctor akan bagi ubat birth control ( ubat pill perancang) gynae aku selalu bagi DIANE 35.. makan ubat ni selama 21 hari then stop for 7 hari, then start next pack..korang akan datang period dalam tempoh 7 hari tu..ubat ni ada byk side effect - (aku cilok gugel jap)
  • breast pain, tenderness, or swelling
  • brown, blotchy spots on exposed skin
  • dizziness
  • headache
  • increased or decreased interest in sexual intercourse
  • nausea
  • swelling of ankles and feet
  • unusual tiredness or weakness
  • vomiting
  • weight gain or loss

so, bayangkan, korang sentiasa di suruh turun berat badan oleh gynae, tapi dalam masa yang sama dia suruh korang makan ubat yang akan menyebabkan berat korang bertambah..+.+"

bila korang dah kawin, doctor akan bagi ubat lain pulak (aku lupa nama dia) korang boleh refer kat mana-mana gynae.

b) sampai tahap badan korang dah immune dengan macam-macam ubat dah nak kurus tu sangat mengambil masa.. di tambah pulak aku yang lambat kawin ni,  gynae pun segeskan aku buat laparoscopic and ovary drilling..

 Laparoscopy procedure ni, dia akan tebuk 3 lubang kat sekitar bawah pusat kita ni, kemudian akan masukkan la lazer la, camera la than apa2 yang patut semasa procedure tu, dont worry masa procedure tu aku dah kena bius, tak sedar apa-apa pun..bila dia dah drill buangkan cysts tu, ada sikit yang dia akan ambil sample untuk hantar ke lab..kemudian akan di masuk kan dye untuk check pulak tube fallopian ni tersumbat ke tak..

selepas pikir tak berapa lama, aku pun aggree buat laparoscopic procedure ni..hari ni hari ke 10 selepas procedure tu, dah bosan dah nie..doakan la moga aku cepat sembuh dan usaha aku ni membuahkan hasil...InsyaAllah..


5 comments:

PaE said... Best Blogger Tips

Get well soon akak...
Dah sihat nanti kote swim + badminton + zumba + earobox.. ok?? 10 kali usaha.. u can do it!!

Siti Nursyahidah Mohamad Khalil said... Best Blogger Tips

Get well soon.. Patutla sepi blog. Lama tunggu entri diving :)

Hasina Terebuzzu said... Best Blogger Tips

wei kak.. no wonder la ko senyap je. pls get well soon. i missed diving with u buddy!

yana said... Best Blogger Tips

huh patutlah... insyaAllah lepas ni ok. aku doakan yang terbaik utk ko, kak yantie!!!

Unknown said... Best Blogger Tips

Haiii.. selepas awak buat od pernah Tak Rasa sakit Kat tepi perut belah Kanan? Hari tu pegi klinik doc kata Kat sy tu kesan od sy.