Showing posts with label Korea - Busan. Show all posts
Showing posts with label Korea - Busan. Show all posts

Monday, March 5, 2012

~JB-KL-Korea~Kecederaan Poket~

Ramai pulak yang bertanya pasal total cost aku g korea last month..

okeh, jap eh, aku cilok dari entry tripmate aku, si Pae..


Hostel
1. Seoul - Sunshine guesthouse = 18,000 Won
2. Busan - Pusan Inn = 17,500 Won
3. Jeju - Global Motel = 16,500 Won
4. Jeju - Hiking inn = 15,000 Won
5. Jeju - Hiking inn = 15,000 Won
6. Jeju- Global Motel = 13,300 Won
7. Seoul - Green field motel = 21,600 Won (Extend till 7pm)

(Kiraan tuk 1 bilik 2 orang)

Total = 116,900 Won / sorang

Transport
Subway + Bus T money = 36,000 Won
KTX seoul busan = 43,300 Won
jeju air Flight Busan - Jeju = 38,900 Won
Jeju air Flight Jeju - Gimpo = 37,800 Won
Air Asia KL - Incheon = RM 750 (Include luggage balik 20kg and meal balik)
Bas JB-LCCT = RM 44
Busan Tour = 8,000 Won
Flight KL-JB = RM144

Total = 164,000 Won + RM 938

Ticket2 masuk
Teddy bear musium = 8,000 Won
Halim's Park = 9,000 Won
Manjanggul Cave = 1,100 Won
Cheonjiyeon Waterfall = 2,000 Won
Taejong Busan = 1,500 Won
Aquarium Busan = 22,000 Won
Haeyoe Musium = 2,000 Won
Chocolate land = 3,000 Won

Total = 48,600

Grand Total = 329,500 Won = RM912.72 + RM 938 = RM1850.72

Makan = RM 300 (anggaran..makan sangat x mewah pastu siap ader bekal roti penyek dll dr malaysia)
Soping = RM 300 (Sikit cenderahati +winter jacket dll)

Grand Total : Lebih Kurang RM 2450

Conversion : 1,000 KRW = RM 2.77



Thursday, February 16, 2012

~JB-KL-Korea~Day 3~

Sambungan dari sini..

Pagi tu, lepas brekfast roti penyek, kami pun check out..terus jalan kaki ke busan station..seperti yang disegeskan oleh hostel owner, kami naik taxi ke busan ferry terminal..sebab kalau naik taxi dalam 3000KRW, while kalau naik train sorang 1100KRW..so baik la naik taxi kaaannnn..

Bila jek kami sampai kat ferry terminal tu, terus la cari kaunter ferry nak beli tiket ke jeju..hurm, tak nampak pulak kaunter tulis jeju..so, tak usah pening-pening, kami pun ke information kaunter..ajushi tu cakap kitaorang salah terminal..

Dia pun ajak kami keluar terminal, go straight until end of block, turn left walk for 200meter..u will find another ferry terminal..to jeju..oohh..salah terminal rupanya..kamsahamidaaaaa...So, berjalan la kami ber3 ni ngan beg beso and kesejukan ke sana..nasib baik pemandangan indah..maka takde la terasa beban sangat..




Sampai jek ferry terminal tu, aku dah pelik..awat takde keta parking kat area ni..awal sangat ke kami sampai..masuk jek dalam bangunan, lengang!!!..haaa??..lengang??!!!!..ada beberapa orang jek dok tido kat kerusi..lampu pun tak dinyalakan..laaa..takkan la tak bukak kaunter lagi?..



Ada la sorang lelaki tu aku tumpang tanya..."jeju ferry counter??"..dia wat tangan ultramen menembak.."No"...haa??..noo??....pas tu kebetulan ada sorang perempuan berjalan kat kawasan dalam kaunter..maka lelaki ni pun jerit2 panggil pompuan tu..

Terus kami pun ke kaunter..
Me: Any ferry to jeju today?
Awek kaunter : no
Me: nooooo??...
Awek kaunter : no ferry on monday
Me : what?..I tot there are 2 companies, another 1 has trip to jeju on monday..
Awek kaunter : nooo..nooo..only 1 company..no ferry to jeju..
Pas tu cepat2 dia blah..

Mak aiii...kecewanya aku..:'(

So, kami pun dok kat tepi, berbincang dulu..last2 kami decide nak beli tiket flight ke jeju petang tu..kalau kami nak ke epot tuk beli tiket, mcm tak patut jek sebab nya epot jauh dr town..so akhir nya kami decided beli tiket online jek la..Owh, aku cuma teringat kat depan busan station ada 1 cyber cafe..last2, kitaorang balik semula ke busan station, then g cyber cafe beli flight tiket..

Sempat naik observation deck ferry terminal tu tengok view dalama kesejukan..


Dari ferry terminal tu, kami naik bas ke busan station..actually takde la jauh sangat..aku rasa kalau tak kendong anak 2 orang depan belakang ni, larat jek nak jalan..

Sesampai jek kat depan busan station, kitaorang pegi cyber cafe kat situ..beli tiket flight untuk 3 orang ngan harga 116,700 KRW, guna airline JEJU AIR..Actually Korea ada beberapa local airlines antaranya KOREAN AIR (MAHAL giler), ASIANA, T-WAYS and JEJU AIR..memandangkan sebelum ni dah pernah beli tiket tuk JEJU - SEOUL, so agak senang la guna website dia ni..unlike T-Way yang website dia semua bahasa korean..


Selesai segala urusan beli tiket, pas tu aku teringat nak tanya pasal luggage..ye la kan kalau naik air asia luggage 15kg jek dah RM30..so mintak tolong orang cc tu translate kan..punya la seksa nak paham kan dia..lastly dia gugel dalam bahasa korea..then kami pun copy/paste dalam gugel translate..Perrh..jejuair ni siap free luggage 20kg...details kat sini..


Pas dah diprint kami punya flight itinerary..kami pun keluar la dari cc tu..kuar2 jek dari kedai tue kami nak ke busan station..busan station betul2 depan cc tu..kebetulan pulak, lampu trafic light tuk pedistrian masih lagi  hijau..maka aku pun terus jerit "JOM!!!" maka ngan gigihnya berlari la ngan kendong baby merah ngan oren tu..tetiba belum sempat sampai hujung, lampu turn merah and kereta terus pecut laju..aaahh suudaaaahh!!..aku trap kat tengah-tengah jalan..tambah sadis bila tengok ke kanan ada lori majlis pembandaran dok jirus air..

Makkkk aii!!! Terus aku terlompat-lompat kat situ..giler la kalo aku kena air tu..dah la temp time tu lebih kurang 2-5 degree jek..sejuk giler..pas tu air tu laju giler..hose bukan main besar pulak tu..kalo kena mmg free jek la aku mandi ais..driver pulak dok tengok side mirror sambil bebel kat pekerja belakang tu..terus aku signal kat driver..mintak-mintak la dia alert aku kat tepi ni..aku toleh belakang, mengharap simpati dari kawan-kawan..chiis!..dorang dok gelakkan aku sampai nangis-nangis!!..



Alhamdulillah, Doa aku termakbul akhirnya, bila driver tu tertoleh kat aku..aku wat muka kesian tengok dia..siap eye contact..waaaa!!...pas tu terus si driver jerit-jerit dalam bahasa korea kat pekerja kat belakang yang tengah jirus air tu..aku toleh pulak tengok ajushi yang dok pegang hose air tu..mengharap dia toleh kat aku jugak..tetiba bila dia ternampak aku jek, terus dia kelang-kabut tutup hose air tu..perhh..sib baik betul..lagi 2-3 kaki jek nak sampai kat aku..air sempat di off!!..phewwww!!..

Rasa nak terpengsan time tu..wahaha..baru mampu nak tergelak..

Dalam 1-2 minit pas tu lampu trafic light tuk pedistrian tu tukar hijau..maka melintas jalan la kami ngan gelak tawa tak hingat dunia..adooiiyaii..tak leh bayangkan kalau aku kena jirus tadi..!!..

Setibanya kat busan station, kami cari locker untuk letakkan anak2 kendongan kami tu..sementara nak ke jeju ni, banyak masa lagi..so, kami nak meround busan ni dulu..Mula-mula singgah ke post office..post postcard dulu..sib baik la post office terletak sebelah jek ngan busan station..

Kitaorang abeskan masa setengah jam nak reti guna locker ni..nak siap scan cap jari la..nak masukkan no phone laa..bila dah akhirnya berjaya setelah abeh tumpang tanya semua org, baru perasan ada instruction in english kat belah kanan tu...sengal!!..haha...=.='

Di sebabkan service bus city tour tu takde ari isnin, maka kami kena la plan sendiri xtvt ari tu..Then kami ke busan station semula sebab nak tumpang tanya information kaunter macam mana nak ke Taejondae..kat busan ni, Taejongdae ni sangat glamor..untuk nature sightseeing..


Naik bas 88 or 101, boleh terus turun kat Taejongdae ni...dari pintu gerbang tu jauh jugak rupanya nak menapak sampai dalam..nasib baik la view nya cantik..layan kan jugak la sambil tangkap gambor..



Kami tiba kat ke destinasi lebih kurang pukul 11 pagi..ada di sediakan trem tu berjalan dalam tu..ada 8 stop yang korang boleh bila2 jek nak turun and naik..interval setiap trem adalah setengah jam..



So kami berenti kat hentian observation station..amik2 gambo dulu..pemandangan dia mmg awesome giler hokeh!!...pas tu jalan kaki ke light house..dari light house, kami naik trem terus ke pintu keluar..yang temple ke apa ke, kami terpaksa skip..

Kesejukkan...





 Setibanya kat pintu luar, hujan pun turun..hish..tak sangka lak dlm sejuk2 musim winter ni boleh pulak ada hujan rupanya..bertambahla sejuk..singgah kat mart situ, ada jual winter mask..hehe..terus aku beli..hidung aku dah berdarah asyik dok kena selsema jek...

Dari sini, kami terus ke busan station, amik beg then terus naik subway ke Gimhae International Airport...Kami sampai agak awal, so sempat la solat dulu kat emergency exit..then beli postcard kat epot, then departure pukul 7.05pm..dalam flight sibuk taip draft blog..hehe..kejap jek pun..flight duration dalam 45 min..lebih kurang JB-KL..hujan lebat menyambut kedatangan kami di pulau jeju..


Satu lagi masalah..disebabkan initial plan nak naik ferry and over night jek atas ferry tak jadi, maka terpaksalah kami cari hotel utk tido mlm ni...


So pae ke kaunter pertanyaaan while aku kutip luggage kami..last2 pae mintak tlg org jaga kaunter information tu kol kan hostel2 kat dalam buku tu..yang mana ada vacant, harga pun ok kami sebat jek la..Nasib baik last-last ada jugak hotel yang kosong..cuma ada bilik saiz besar harga 50 000KRW semalam..lagi pun dah kul 9 malam..takde choice lain..terpaksa sebat jugak la..naik taxi ke hostel ni cost around 5000 KRW..


Hostel ni aku highly recommended..ada listed dalam buku Lonely Planet..Global Motel..bilik nya besar and bathroomnya luas and best..

Lepas check in, kami ke mart terdekat tuk beli makanan dinner kami..berlari dalam kesejukan sebab hujan makin lebat..lepas makan and solat, dah macam tido dalam panggung wayang sebab tv bilik tu beso sangat..


Nanti kan sambungan untuk cerita kat Jeju pulak...

~JB-KL-Korea~Day 2~Part 3~

Dari busan station, kitaorg blurr-blurr nak g mana..skali kuar jek dari station tu ternampak pulak busan tour city..yang ni kitaorang memang ada buat research..since kitaorg smpai lg awal dr yg sepatutnya, maka kitaorang pun singgah la kejap kat tour center tu..nak tengok2 apa yang patut..kalau ikutkan plan asal, nak join night tour, tp drive tu kata dah fully booked, kena call for reservation..ala, kecewanya..so amik dulu pamplet nya, bincang nanti la dulu..yang penting, nak g cari hostel letak beg berat ni dulu..


lepas tu kitaorang tunjuk la map hostel kami tu kat driver bus tour tu, dia tak berapa pasti, tp sepatutnya dekat belakang busan station ni jek..

Lepas tu dalam kami dok jalan blur-blurr tu, ajushi driver taxi pulak datang  tanya kami nak ke mana..kitaorang tunjuk lagi map hostel tu ke driver taxi tu, dia kata dekat2 ni jek..atas bukit tu haa..so ngan gigihnya, kitaorang melintas jalan ngan beg 15kg sorang..jalan sampai ke atas bukit, pas tu sampai ke atas bukit, tanya pekerja kedai, dia kata bawah bukit dekat blakang busan station..maka turun bukit semula ke busan station, sampai la terjumpa ajushi yangh agak fasih jugak la englishnya..bagi direction sebelah ngan busan station, yang ni boleh agak di percayai gak la sebab dia belek betul2 map kami tu..dia kata sebelah jek dengan busan station ni..so, kami pun guna laluan bawah tanah, tembus ke seberang sana..


pas tu, kami pusing2 lagi sampai la last2 jumpa ajushi yang tak reti bahasa english tp bila kami tunjuk jek map tu, dia terus bukak gps kat enpon dia.perh giler gigih ajushi ni carikan kami jalan..yang ni baru betul...dia tunjukkan gps kat henpon dia, dia cakap '2 blok'..pas tu tangan di hayun ke kiri..ngan penuh bergaya tangan dia hayun..ok2!!..'Kamsahamidaaaa"...kami pun tunduk ramai2 kat dia..haha..dah sejam cari baru la jumpa hostel nya..

PusanInn..harga semalam 16,000KRW sorang..kalo yang amik sebilik sorg kena 32,000KRW la..hostel ni kitaorang pilih ikut recommendation kat TripAdvisor..lerrr, bila dah sampai kat depan pusan inn ni, rupanya straight jek dari busan station, dalam 200 meter jek jaraknya..gigih menapak naik bukit, turun bukit rupanya sebelah ni jek..yang best bilik ni ada pc siap ngan tenet yang tahap laju giler..


Kitaorang tak sure pulak ada extra charge tak kalau guna tenet ni, so kami gunakan dengan sangat minimum la..takat inform family yang kitaorg dah selamat sampai..and update yang penting2 jek..

Lepas melantak roti penyek cicah curry dlm tin kat bilik, solat..kami singgah kat reception, mintak dia tolong checkkan tiket ferry ke jeju untuk esok..bila org kaunter tu call, xde sapa pulak angkat..mungkin sebab hari ahad..office tutup..tapi dia kata boleh jek walk in..so kami pun senang hati..sangat berharap dapat pegi jeju naik ferry esok..

our lunch...wanna some??

aku buat byk research pasal ferry ke jeju..perjalanan hampir 12 jam..naik kul 7pm dari busan dan akan sampai jeju pukul 7 am..harga kalau tgk LP, 32,000 - 170,000KRW...so sgt besar rangenya kan..byk source aku baca tak rekemen naik 3rd class, sbb sgt tak selesa tuk perjalanan dalam ferry sejauh tu..so, bila dengar orang kaunter hostel cakap macam tu, maka aku sangat la lega..Insyallah ada harapan aku dapat naik ferry..kami pun kuar dari hostel tu tuk jalan2 ngan senang hati..

So, kami pun ke busan station, nak join tour city dia..ada byk route type yang boleh dipilih..sekali route harganya 10,000KRW tapi kalau ada KTX tiket boleh dapat diskaun 20%.tp untuk city tour ada 2 route, boleh amik 2 route for 8000KRW..setiap jam..boleh baca detail kat sini..

Ini ler tiket nya..dpt diskaun sbb ada tiket KTX..maka harganya cuma 8,000KRW..

best nya bas ni..kalau musim winter bas 2 tingkat ni berbumbung sebab sejuk..tp kalau musim lain, bumbung terbukak..So kami amik city tour jek dulu...sebab yang lain dah tak sempat..tour yang kami amik ni pun sama jek laluan tuk night tour..kul 3pm bas bertolak..

Excited faces..hehe...

Laluan pertama ni kami guna laluan Taejongdae Tour, sebenarnya kalau korang dah naik bas ni, then nak turun kat mana-mana bus stop pun buleh..then naik jek la next bus..tp disebabkan kami ni naik pun dh bas ke 3 terakhir maka tak buleh la turun sesukati..naik jek dulu round2..pilih spot2 yang best jek dulu..riki-riki dulu la kan..sebab kami nak kejar second route city tour bas ni..rugi la dah bayar tuk 2 route..

 Selesai 1st route dia akan kembali ke busan station semula..dari sini kami bertolak ke 2nd route..best woo..memandangkan mamat dlm KTX tadi segeskan kami ke kawasan pantai nama Haeundae Beach, maka sampai jek kat bus stop tu, kami turun..

wahhh cantiknya!!..ngam2 time tu nak sunset..tp malangnya matahari tak turun kat depan pantai ni..tapi tak pe..banyak burung2 jinak2 kat sini..siap ada persembahan tradisional kat tepi pantai..kitaorang sempat masuk aquaria kat busan ni..per entry 19,000KRW..tapi sebab kami amik package ngan 3D skali, maka total up 22,000KRW..
aku dok gigh nak amik gambar bila burung terbang atas kepala konon..hurrm..last2 dpt ekor jek laa...dpt sayap jek laa..sib baik tak dpt "sebenior free" burung tu bagi..:p

Tak tau la tarian tradisional apa yang dorang tengah buat ramai2 dalam kesejukkan ni..

Tiket tayangan 3D..kungfu panda..tengok waktu tayangan dia...hehe..19:27..tepat2 time tu..ada bunyi alarm..

Night view of Haeundae Beach..

ternampak building ni siap ada kereta mini minor kat top..cool giler..kiranya boleh park mana2 la tu..
thumbs up laa...

Puas meround kat dalam tu, kitaorang balik ke busan station naik train..sempat singgah kejap kejap kat China town..dekat jek dengan hostel kami….Pae beli sehelai sweater ngan harga 29,000KRW..tak boleh tawar pulak tu..siap ada signboard “one price only”..hehe..

perut dah berbunyi..nak makan apa malam ni?..so kami singgah la 24hrs mart kat tepi busan station..nampak ada nasi instant..pas tu nak makan ngan lauk apa?..tanya2 kat orang kaunter, vegetarian food tp dia tak paham..so aku cuma tanya NO GOGI??..*tp bila pronounce akan jadi macam no KOGI*..tp dia macam blurr2 pulak..tengah dok sesi ayam ngan itik bercakap tu, ada sorang ajushi dok toleh-toleh tengok aku..so aku pun tanya, 'excuse me sir, can u help me?'..pas tu dia pun cakap 'yes'..owh..maka aku pun senyum dengan penuh harapan..

Harapan moga ada la makanan sedap sikit malam ni..haha...alang2 ajushi tu boleh cakap english..abeh makanan dalam mart tu yang xde gambar daging kat packaging aku suh dia translate kan..last2 mlm tu aku pilih nak makan nasi octopus..hehe..sounds nice kan..harga 3,300KRW..masuk microwave 3 min stgh..senyum panjang aku sementara tunggu 3min stgh..hehe..abeh jek bunyi teett..teett..teett..terus aku kuarkan, masukkan dalam plastic, pastu ajak dorang yg lain lari balik hostel..sbb tak nak bg makanan sejuk..haha..dah mcm budak2 dpt gula2..

 top : Night view of busan station
bottom left : me and pae kesejukkan..
bottom right : menanti ngan tak sabar makanan masak dlm microwave family mart tu..

Malam tu, makan something new and dapat pergi jejalan kat pantai yang best..siap bwk balik pasir..

Lepas solat, sempat tulis a few postcards..then, terus tido..zzzzz..nak mimpi naik ferry ke jeju island..:)


Tuesday, February 14, 2012

~JB-KL-Korea~Day 2~Part 2~

sambungan dari sini..

Rupanya mamat encem korea 2 orang pun nak ke busan, tapi dorang seges supaya share beli tiket ngan dorang..kalo 4 orang beli 1 tiket, dapat harga diskaun..144,300KRW tuk 4 orang naik KTX...kalau sorang naik KTX harga 57,700KRW, 2 jam setengah jek..hurm, aku tak nak la naik KTX, mahal..

 Perjalanan kami dari Seoul ke Busan...
Ini lah table perbezaan naik KTX vs regular train..
kalau naik KTX cuma 2h 40 min, kalau naik regular 4h 10 min..

pas tu dia translate kan price board tu, kalau ke busan naik regular train pun dh 42,700KRW, 5 jam..kalo naik bas pun lebih mahal harga tapi 7 jam..hurmm, harga subway 900KRW per entry, kalo ada transit baru la ada aditional cost, kalau naik bas 1,100KRW skali naik..so kalau dorang kata naik bas lagi mahal, aku rasa make sense jugak..

tapi sekarang kitaorang 3 orang, and dorang 2 orang..so total ada 5 orang..macam mana?..dorang kata, dorang nak tetap nak bayar utk 2 orang, kalo kitaorang x nak share, xpe la..dia tunggu orang lain..dorang student, so harga ni tak boleh la mahal-mahal..lagi pun sehari ada banyak trip KTX ni dari seoul ke Busan..takde dorang heran pun kalo kami ni tak nak..:p

Kaler oren tu untuk KTX trip..punya la banyak trip ke busan..pukul 9.30am, 9.45 am, 9.50 am..

So, kitaorang pun dok bincang2..hurm, last2 kata sepakat, kita share jek total cost semua tu..means, (144,300KRW/2+57,700KRW)/3 orang..bertolak kul 9.45am..pukul 12 noon dah boleh sampai sana..


So, kita orang pun agree, bagi duit kat dorang..dorang tolong belikan tiket..sementara nak tunggu pukul 9.45am, kitaorang pegi beli kopi nak panaskan badan, 2 mamat korea tadi pegi merokok jap..

Bila aku ngan pae keluar dr family mart, mamat korea 2 orang tu terkejut tengok kopi kitaorang..dorang kata kopi mahal..2000KRW, mmg mahal pun ..tp tak tau mana nak amik yang lain..dia orang kata, tak pernah minum kopi mahal kitaorang tu...tp memang sedap laa...boleh jek cari kopi harga 700-800KRW..wahaha..terasa sengal!..=.='

Naik KTX, rupanya seat kami  yang ber4 tu memang kena duduk menghadap..owh..macam ni rupanya..salah sorang mamat korea yang encem, mintak excuse sebab nak tido..sorang lagi pulak layan kami sembang..macam2 la sembang..pemandangan kat luar pun cantik giler..aku sibuk nak amik gambar, pae layan mamat oppa dia tu menyembang..sejam menyembang, mamat tu mintak excuse nak tido jugak..dorang ngantuk sebab malam td tak tido..melepak ngan kawan-kawan..so, aku ngan pae pun study pasal planning tour kat busan..

 Inilah dia seat untuk 4 orang..cheaper seat..


Pemandangan di luar...awesome giler..
cuba tengok kat monitor tu..speed train ni 301km/h..giler laju la..

Sebaik tiba kat busan station, mamat korea 2 orang tu pun bangun dan kami berpisah kat station tu sahaja..

Finally, sampai pun kat Busan Station...Alhamdulillah...phewwww!!...:)

To be continued...