Friday, November 2, 2012

~~Tanjung Piai National Park~~The Southern Most Tip of Main Land~~

okehhh..hold kejap cerita pasal Brunei..kita kembali ke cerita tempatan..

Selaku orang JB, bila kengkawan aku tanya kat mana tempat menarik nak jejalan kat JB ni...aku mesti blurrr..apa yg best??..selain shopping mall yang berlambak-lambak, danga bay yang tengah dok tutup sebab construction, Legoland yang baru nak bukak (tapi hage tiket mahal kott)..then aku tak tau apa nak seges..selain activity wajib iaitu makan..makan...and makannn..

Jadi, bila ada geng YU.TI.EM aku ajak pergi Tanjung Piai, mesti la aku ON jek kaann..nama jek org JB, aku pun tak pernah sampai lagi kott...(buat malu jek)..sat naaa..aku tepek gugel map kat sini..


Okeh cite mukadimah pepanjang pun tak guna..meh kita cite pasal trip ni..

Arakian pepagi hari Ahad, di temani kicauan burung kat kolej-kolej..kitaorang pun bertolak la dari YU.Ti.EM ke tanjung piai..cam tak susah sangat nak cari tempat ni sebab banyak sign board kat sepanjang perjalanan..so, tak perlu GPS, cuma  perlu kemahiran membaca signboard jek...hehe...Perjalanan selama hampir sejam tu takde la boring sebab ramai kepohchi-kepohci dalam kereta..

Kami sampai kat Taman Negara tu lebih kurang jam 12 tengahari..cuaca memang panas hari tu..cun-cun la untuk kitaorang makan bekalan yang mak aku buat kan..iaitu puding custard..(sempena ada orang request la ni)..ngan keropok lekor, Kuala Terengganu marriii!!..

Sebelum meredah taman negara, makaaaannn dduullluuu!!....
 cuaca sangat baik..panas terik, windy and nice blue sky..


Mercu Tanda Taman Negara Tanjung Piai.

Bila masuk jek taman negara, as always entree fee nya RM5 untuk dewasa..RM3 tuk kanak-kanak..basically tempat ni ada 3 platform yang korang boleh pegi..
a) Jetty (Melacca Strait)
b) Penghujung Selatan
c) Fishing Platform.

Our Tickets..
Model of this Taman Negara..tu la dia location 3 main platform..

Ada proper path untuk laluan orang ramai dan sepanjang jalan tu, ada pokok paya bakau dengan pelbagai spesis flora and fauna kat tepi..and ada byk info available untuk pengunjung blurr-blurr cam aku ni..


Ni antara spesis yang dapat di shoot..ketam kaler merah..


mula-mula kami terus ke platform penghujung selatan...subhanallah..cantiknya view!!..


 posing paling sopan..:p

 suka sangat warna biru langit masa ni..

lepas puas berposing-posing tengah panas tu, kami ke jetty (melacca strait) pulak...kat sini takde yang menarik ati sangat..selain sebijik jetty ngan pemandangan laut..may be sebab dah kepenatan berjemur tengah panas tadi kottttt..biasa la time jadi supermodel, memang tak ingat penat,panas, dahaga..hahaha..


Tak tau la accurate ke tak distance kat board ni..??

Kami tinggalkan Taman Negara Tanjung Piai lebih kurang jam 2.30petang..dengan perut dah nyanyi lagu dangdut minta diisi..seusai mengerjakan kewajipan dan mengisi perut..kami pun ke next destination..Pulau Kukup National Park!!...yeaaahhh!!...lets rock!!

Tapi baru jek on the way, hujan lebat mencurah bumi....haaaaa..dalam hujan lebat tu, gigih jugak kitaorang mencari office Taman Negara kat area Kukup..akhirnya jumpa pun...malangnya, dah pukul 5petang laaaa..opis dah tutup, tapi still ada staff yang tengah gigih bekerja dalam tu..sempat la dia brief sikit-sikit pasal Taman Negara Pulau Kukup tu...."sila datang next time yek" kata staff kat opis tu..yok laa..Insyallah..=(

Bila on the way balik tu, hujan dah reda..kami pun singgah jap kat Taman Rekreasi Sungai Rambah..ada small park kat situ..


ingat kan nak tunggu sun set, tapi memandangkan cuaca mendung..awan pun sangat cloudy..so kitaorang pun pulang ke pangkuan Yu.Ti.Em terchentaaa...

Next Mission : Pulau Kukup National Park!..
kecewa ari ni akan dibalas!...
Insyallah...^.^v





7 comments:

zila@akulovetravel said... Best Blogger Tips

saya dah sampai tapi tak tau pasal national park ni..termissed laaa

YanTie AhMad said... Best Blogger Tips

rugiiii...rugiiii...rruuugiiiii!!....sila pegi lagi yekk....cantik scenery nya...:)

Azizan Zolkipli said... Best Blogger Tips

Pernah berkayuh basikal sampai ke situ, seronok ! Cuma sayangnya, pokok2 bakau di kawasan tu makin lama makin kurang.

Entah kenapalah ia sedikit sedikit mati ? Adakah kerana pencemaran minyak dari kapal2 yang berlabuh berhampiran situ ?

Azizan Zolkipli said... Best Blogger Tips

Ehhhh chopppp Yantie. Korang tak beli sijil udah sampai sana ke ? Kan ada jual di kedai cenderahati pejabat perhutanan tu, lawa ooo sijilnya ...

Razila said... Best Blogger Tips

Owh!! teringin nk ke Tanjung Piai =)

YanTie AhMad said... Best Blogger Tips

@Azizan Zolkipli

pasal pencemaran tu mungkin jugak la..sedih kan kalau tak diselamatkan..

masa pegi ari tu, kaunter sijil tu tutup..huhu.:(

YanTie AhMad said... Best Blogger Tips

@Love Razila

sila...sila...cantik viewnya...:)