Opismate aku mula-mula bagitau dia ada plan nak g Kashmir je..laju je aku cakap NAK IKUT!!!...walaupun dia may be niat nak bagitau je, tanpa niat nak ajak sekali..tp lantak la kan..siapa suruh bagitau..hehe..sama la jugak, bila aku bgtau mak aku nak pegi Kashmir, laju dia cakap nak ikut..haha..aku dah agak!..maka jadi la trip aku and mama and friends of my opismate..
Bila dah buat kira-kira budget dan survey-survey tourist guide cost...hurm, sorg budget lebih kurang RM4K jugak ni (accomodation + transport+visa+meal)..tapi aku tau tourist guide yang kami amik ni package yang all in, complete semua..jadi dah tak payah pening-pening takut ada hidden cost..sbb memang banyak sekarang orang iklan package pegi sana sini sampai harganya tak masuk akal (too cheap sampai too good to be true pulak)..
Tourist guide kami ni, bos kat opis ni yang rekemen..so agak reliable..bak kata bos aku tu " if my wife yang cerewet tu pun satisfied, and she was very happy...so i pun happy too" that simple statement buat kami agak lega la..sebab korang paham-paham sendiri la kan kalau nak ke India ni, for first time semua benda takut..nak-nak trip kami kali ni semua perempuan..
So bila trip dah semua perempuan, ko boleh la agak yang trip ni akan bertemakan trip datin-datin..ngan beg roda-roda...haha..berlainan dengan trips aku ngan husband aku, which both of us prefer back pack.
OK, bila bab nak ke India ni, benda paling utama
a) beli tiket
b) uruskan visa
Make sure sebelum buat visa, korang dah beli tiket dulu..sebab masa apply visa tu kena lampirkan skali salinan tiket flight, and itinerary yang korang dapat dari tour agent.
ok bercerita pasal beli tiket ni, since kitaorang ni dari Johor Bahru..so kitaorang ada option nak naik flight dari Singapore or dari KL..setelah bertimbang tara cost dan masa, so kitaorang decided amik flight dr Singapore..sebab cheaper dan kurang waiting time..
dari JB, naik kereta ke Singapore Changi Airport..dari situ kami naik Air India (SINGAPORE - NEW DELHI) then transit kat Delhi 3 jam then NEW DELHI ke SRINAGAR kami naik Go Air..
Tour agent kami tunggu kat airport SRINAGAR
bab visa ni, ada 2 jenis,
(1) normal visa yang tampal kat passport ko tu..yang ni mahal sikit..this type of visa memang kena buat sendiri, sebab nk kena cop jari and amik gambar kat kedutaan India..kalau kat JB ni ada kat menara TJB..and valid sampai setahun..
(2) kalau ko nk buat e-visa aku kurang rekemen, sebab e-visa ni urusan senang kat JB ni..tour agent pun boleh tolong buat, tapi bila sampai kat Imigresen India leceh sikit..beratur panjang..and valid hanya 120 hari sahaja.
korang boleh try bukak link
http://www.indiavisa.com.my/contact/obtain_india_visa.php
Panjang dah mukadimah aku..haha..
Day 1 (8th Sept 2018)
Pukul 5.30 petang aku, mama, Leez and Kak Z berkumpul kat Petronas sebelah Pekan Rabu..haa kalau orang duduk JB tau la kat situ port memang orang nak ke Singapore selalu berkumpul..
Bila aku and mama sampai kat petronas tu, sebijik Alphard dah tunggu..adik ipar aku terus transfer kan beg kami dari dalam kereta masuk dalam Alphard..terus ke Singapore.
Geng kami lagi 4 orang pulak naik lagi 1 Nissan Serena..so kami semua 8 orang..yang penting tunggu kat Changi Airport Terminal 2..
Macam biasa trafic congested nak lepas kan Tambak Johor tu..last2 kami sampai kat Changi Airport around pukul 7.30 mlm, terus beratur kat kaunter Air India untuk check in luggage..Air India ni luggage included 30kg..so korang boleh senang hati nak bawak barang banyak2..
Amik gambar luggage dulu..so senang kalau ada kes hilang ke kan..mana tauuuu... |
Lepas check in terus cari surau untuk solat Maghrib dan Isyak..and dinner skali..
Perjalanan dalam ke delhi amik masa lebih kurang 6 jam...sempat la rehat kejap sambil-sambil layan mama tengok movie...
bye-bye Singapore!! |
Pukul 2 pagi sampai kat New Delhi mamai-mamai..
Comel punya safety instruction Air India ni..gambar kartun dia pakai sareee. |
Kami berempat (kereta 1) ni pakai visa biasa...so bila sampai kat imigresen Delhi, terus beratur tak panjang sangat sebab imigresen tu terus verify and lepas je..
Untuk group lagi 1, dorang ni pakai e-visa..so beratur panjang sangat some more dorang ada form yang perlu di isi..lama sangat kitaorang tunggu dorang..
Last-last aku ngan mama jalan dulu ke terminal 2, sebab kami nak check in luggage and belum check in pun lagi.
Rupanya dari terminal 1 nak ke terminal 2 ni agak jauh jugak nak jalan..dengan beg nya lagi...dengan blur-blur direction lagi..kejap-kejap berenti tanya orang..huhu..
Alhamdulillah finally kami sempat check in luggage semua teamate..walau tiyak basah kuyup..haha
Kami naik 1st flight untuk ke srinagar, flight paling awal pukul 5.30 pagi Go Air..so tengah nak boarding tu tetiba nama mama aku tak boleh naik, dia kata mama ada letak barang terlarang dalam luggage..terkebel-kebel kitaorang kat pintu berlepas tu..
adoihaii..aku bebel-bebel la cakap dorang ni buat random pick beg mana-mana ni..so jauh betul kami kena jalan sampai ke opis, officer Go Air escort kami sampai ke dalam bilik kecik..mama aku dah panic giler, muka dah pucat, tangan dah sejuk...
rupanya dalam bilik tu memang dah ada beg mama....so mama kena bukak beg depan dorang ..rupanya ada power bank dalam luggage..kena keluarkan depan dorang and dorang disposekan..
so kami berkejar-kejar berlari-lari pulak ke departure terminal..giler jauh berlari..mujur jugak mama aku Alhamdulillah sihat walau dah 66 tahun..kesian sangat dia..nasib baik shuttle bus memang tunggu kami..selain kami berdua, rupanya ada lagi 2 orang yang lambat..
Phew alhamdulillah..mama dah bertenang dan OK masa dalam bas tu.
Leez punya risau sampai dia pun tunggu kat shuttle bas tu..hehe..Thanks babe..
Perjalanan dari New Delhi ke Srinagar cuma sejam 15 min je..sempat la tidor-tidor ayam kejap..penuh betul flight awal pagi ni..full board.
Good Morning Clouds!!! |
Ya Allah...cantiknyaaaa...nampak tak banjaran-banjaran gunung ganang tu...😍 |
Alhamdulillah..abaikan eye beg kami...😆 |
Excited faces tak sabar dah nak jejalan..
Bersambung untuk entry 2nd day