Tuesday, October 30, 2012

~~Brunei~~Part 1~~

Dua minggu sebelum bertolak aku dh start buat research sikit-sikit..plan nya cam nak bawak moto jek la round kat sana nanti..tapi bila baca blog ngan LP,xde story pasal sewa moto pun..sume cite pasal sewa keta jek..so aku pun bertumpang tanya kat kawan yg selalu outstation ni.menurut member aku ni..sepanjang dia kat sana pun mmg xde nampak orang bwk moto kapcai...sume bwk keta..tak pun superbike..errrkk..biarrr betikkkk..dah la nak g berdua jek..kang nk sewa keta mahal pulak..and paling x best kat buku LP kata bus kat sana service nya teruk..sejam tunggu pun belum tentu ada bus...okeh..bad story jek dengar pasal brunei ni..tapi tak pe la..alang dah beli tiket ni...layan kan jek laaaa..

13 Sept 2012

Jam 10 mlm aku dah terpacak kat senai airport..this time aku ngan pae dapat return tiket JB-KL yang tak berapa mahal..compared ngan naik bas ke JB- TBS-LCCT pun dah lebih kurang sama kos, so kita orang pun decided amik flight je la..jimat masa, jimat tenaga..

Sampai LCCT dah lebih kurang kul 12 tgh malam…lepak kat dalam McD sambil charge handphone..sesambil sembang merapu...akhirnya keluar la idea, bahawa tema trip ni adalah CHILL-CHILL, OUT-OUT, SUKAHATI AKU LA!!...haha..sengal..dah abeh idea merepek, sampai la masa mata masing-masing dah merah..pas tu cari port baaaeeekk punya..tido kat sudut2..sampai la kul 5 pagi..rupanya tempat kitaorang tido tu main entrance tuk local departure..haha..ramai orang dok beratur sambil tengok aku tido…(malunya!!!)

Menumpang menengecas bateri sesambil menyekik..

14 Sept 2012

Pas solat subuh, terus berlari masuk departure hall..(kat surau LCCT tu aku dah bikin kecoh..hehe..nanti story lain la kisah kat surau yg buat aku mau sembunyi ni..hahaha..)

Perjalanan dalam perut kapal terbang tu mengambil masa lebh kurang 2 jam 15 min..so, apa lagi..sambung tido jek la…zzzzzz….


Kami bukan naik Royal Brunei..just jadi jiran kat epot jek..hehe..

Sesi mengisi white card kat epot

Kitaorang sampai kat Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei lebih kurang jam 9 pagi…pusing-pusing kat airport tu nak amik map ngan broucher..tapi dah abis tawaf ada 1 jek kaunter information tapi takde orang, so kami pun ke VIP kaunter nak tumpang tanya kat staff situ..rupanya staff information counter tu pergi toilet daaa…haaa..akaaakk, tahniahhh laaa, anda berjaya wat kami gabra tadii....

So lepas bertanya macam-macam soklan kat information kaunter situ, kami pun blah..akak kaunter tu suruh tunggu bas kaler purple kat depan foyer..tapi bila tunggu punya tunggu punya tunggu, bas tak datang jugak..kami pun  menapak ikut suka hati..sampai la kat depan main gate…oowh..kat airport ni ada renovation, so kaunter-kaunter sewa kereta ngan tourist agent semua di relocate kat depan main gate ni..

Sesambil tunggu bas, kami pun riki-riki harga kereta sewa kat situ.,.humangghaii sebijik keta dalam B$120 sehari…big GGGUUULLPPP!!..dah la bawak B$100 jek, MYR belum tukar pun ada la dalam RM750..(currency B$1 = RM2.52)…mahal cam duit Singapore and Korea..

Tengah aku dok leka amik broucher depan kaunter tu , tetiba pae menjerit…”kak!..bas purple!”…sesambil nampak dia dok melambai2 bas kat seberang jalan..ehh..bas tu berenti tunggu kami pulak..so, ngan beg beso gabak same saiz ngan saiz tuan,kita orang pun berlari la mengejar bas kat seberang nuuunnnnn..tambang bas intercity semua B$1..

 Pemandangan dalam public bas..siap ngan lagu dari siaran RTM..lagu-lagu tahun 80an..

so kami pun naik bas nak ke PUSAT BELIA…menurut buku LP, pusat belia ni sediakan hostel ngan harga B$10 jek sehari..tapi hostel nya sangat simple, 4 orang sebilik..selepas 45 min dok berblurr-blurr dalam bas..sambil dengar lagu zaman 80an..penuh pulak orang Indon dalam bas tu..akhirnya, kitaorg pun sampai la pusat belia tu..

Pusat Belia ni located kat sebelah main road..senang jek nak cari..

sampai jek depan pintu opis tu, dah ada seorang Filipine dok depan pintu opis tu…dia pun tengah tunggu officer Pusat Belia ni...hurm, kat depan opis tu ada tampal notification pusat belia ni ditutup 14-18 Sept 2012 sempena majlis perkahwinan diraja..hissh...tengok date kat jam di tangan..hish lagiii...(garuk kepala)..

aku pun naik tingkat atas, then terserempak dengan beberapa jejaka kat situ..(jejakaaaa??..ganteng amatt..haha)..then aku tanya la pasal nk check in kat hotel ni..sib baik la bahasa tak jauh beza, senang sikit nak communicate..so dorang pun turun tingkat bawah and call kan staff yg duty..(ada contact number kat pintu opis tu).rupanya memang hostel ni tutup..adooiii..aku pun mintak direction untuk ke resthouse yang ada dalam buku LP tu..nasib baik tak jauh dari pusat belia ni..boleh menapak jek ke sana..by the way, Brunei sangat panaaaasssssss….

Owh yek..kat sini pejalan kaki cam diva…yek DIVA!!..ko lintas la jalan kat mana pun..automatic kereta yang berkilat2, confirm aku tak mampu nak beli tu akan berenti bagi laluan..haaa…DIVA tau!!..

Sampai kat Rest House tu dah risau dah,.berapa la harga bilik nya ni..bilik yang sangat simple harganya B$38 sehari..toilet pun kat luar bilik..so kalau aku ngan pae share sebilik..cost untuk sorg B$19 (RM47.50)..boleh la kann..mmg budget pun dalam RM50 sehari..so, masuk jek bilik..mandi-mandi…turun nak cari makan..perut dah keroncong..


Pictures courtesy of my partner

Kat hujung lorong hotel ni ada nampak macam pasar tani..so ingat kan nak cari la local food kat sana..pusing punya pusing..takde makanan pun..Cuma jual barangan basah jek..lepas amik gambar, kami pusing-pusing lagi kat main road..sampai la kedai makan nama A’cafĂ©..ada wifi ngan HBO kat sini..perhh, memang syok la nak melepak kat sini..sebelah kedai makan ni ada Watson, singgah beli payung lagi haaa…panas gilerrrr!!!....

Lunch set kami berdua...benda putih ni namanya ambuyat..aku tak tau macam mana mau makan..siap mintak staff kat restaurant tu buat demo..rupanya ambuyat ni dicucuk ngan chopstick then pusing2 sampai la ambuyat ni melekat kat keliling chopstick tu, pas tu cicah ngan sambal belacan..then, ngaaapp terus masuk mulut..haa..ambuyat ni di buat dari tepung beras..so dia cam agak melekit-lekit sikit, tambah rasa pedas2 sambal belacan tu, tekak aku boleh terima sikit la..kalo makan ambuyat saja, rasa cam sgt tak best.

Lepas makan, kitaorang sempat singgah kat tour agent, located kat level bawah jek dari hotel kitaorg ni…nasib baik salah seorang staff yang kerja kat situ pun orang Malaysia…asalnya orang Sabah, tp pernah merantau sampai ke JB..so panjang lebar la menyembang dengan dia…dia pulak bagi suggestion, pergi jek sendiri kat tempat-tempat ni..kalau amik dengan agent, memang mahal..pas tu di bagi range harga sebenar..hehe..maka kami pun menconteng2 la map yang ada tu..

Ngan map yang penuh kat tangan, kitaorang masuk bilik hotel..konon-konon nya nak menelek la map tu..last2 map yang menelek muka kitaorang…zzzz..tido kepenatan…

Malam tu, lepas hujan berenti, kitaorg pun meround la kawasan sekeliling hotel tu..pegi dinner kat hujung jalan (tak ingat nama tempat tu)..pegi water front, pegi Mall (mampu window shopping jek la)..then menapak sampai ke Masjid Omair Ali..

Air ABC ni sangat sedap..ABC dorang bukan guna Ice yang disagat..tapi guna air+air batu cam ni..


Night view of  Masjid Omar Ali..Kubah masjid diperbuat daripada emas hokeeeehhh!!!...

Bila kami dah abeh meround kawasan tu, ingat kan nk sambung exploring lagi, di sebabkan jam baru pukul 9 mlm....tp bila lihat sekeliling, jalan dah start lengang..semua kedai dah tutup…

Time on  the way balik ke hotel dari masjid Omar Ali tu, kalau rujuk kepada map, kami akan lalu TOWER CLOCK..bukan main lagi kitaorang cari..rupanya, menara jam nya memang depan mata..boleh consider menara ke kalo tinggi cam ni jek??..mushkil aku..haha..

tengah on the way nak balik hostel, ternampak ada a few restaurant yang still bukak..yang dok melepak kat situ pun semua pelancong..kat sini ada restaurant yang ala-ala cam barr, tp takde minuman keras jual kat sini…maka tak perlu risau pasal orang mabuk-mabuk kat sini..aman damai jek kawasan ni..

Our supper..sedap gilerr..

To be continue..

8 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

best nyer... tima kasih bagi kad kat aku hari tue...

YanTie AhMad said... Best Blogger Tips

haha..golden dome...:)

ALynn said... Best Blogger Tips

Salam. . .xjumpe pun sambungan brunei part III. . .Ker mmg xde. . .Next year my husbnd n i pln ke brunei. . .Tp cm high cost jer sgala benda kt sana. . .

YanTie AhMad said... Best Blogger Tips

@ALynn

eh..sorry kak..kerbengkalai sikit story nie..draft dah ada, tinggal nk tepek gambar jek..nnt saya sambung yek..InsyaAllah..:)

Unknown said... Best Blogger Tips

Assalamualaikum dan salam sejahterasemua....

Jom ramai-ramai jalan-jalan & shoping di Kota Bandung

Utk Harga Pakage Bandung City Tour 3 hari 2 malam utk 6 org keatas
Pakage : Transport (Apv Suzuki) & Hotel 2 star + Sarapan Pagi (zodiak 2 star)
RM180 /per pax boking 20 pax free 1pax

1 day : Bandung City Tour (Shooping)
2 day : Bandung City - Tangkuban Perahu Tour @ Kawah Putih Tour - Bandung City Tour (Shooping)
3 day : Bandung City Tour (Shooping

Untuk Harga Pakage Bandung City Tour 4 hari 3 malam utk 6 org keatas
Pakage : Transport (Apv Suzuki) & Hotel 2 star + Sarapan Pagi (zodiak hotel 2 star)
RM220 / per pax boking 20 pax free 1pax

1 day : Bandung City Tour (Shoping)
2 day : Bandung City Tour - Tangkuban Perahu Tour @ Kawah Putih Tour - Bandung City Tour (Shooping)
3 day : Bandung City Tour (Shooping)
4 day : Bandung City Tour (Shooping)
** Jika mahu ke Trans Studio Bandung juga boleh

Program Free & Easy
Kunjungi web kami
Www.tourmalaysiabandung.com
Www.baladewatour.com
W.a. +6282216910022
+6281251200062
lieder : Agus Priyo Utomo

Anonymous said... Best Blogger Tips
This comment has been removed by the author.
Anonymous said... Best Blogger Tips

Ambuyat tu dibuat bukan dari tepung beras tapi dari tepung sagu.

YanTie AhMad said... Best Blogger Tips

owhh ye ke??..tak tau pulak...nampaknya macam tepung beras..terima kasih for your info..:)