Friday, March 27, 2015

~Banda Aceh ~ Day 1~

Perjalanan dalam perut kapal terbang dari Kuala Lumpur selama lebih kurang 2 jam tak terasa.kerana kami syok tidur sepanjang perjalanan...maklum laaa, sampai KLIA2 jam 3.30pagi then nak sambung tido kat surau, sejuk sangat pulak.. Last2 sampai ke subuh aku tak dapat tidor..<mata panda>

 So sesampai je kat airport banda aceh tu, sementara tunggu beratur nak chop passport, aku sempat call hotel, tanya je kot la ada sediakan epot transfer...nasib baik awek di sana bagitahu yang perkhidmatan epot transfer disediakan secara gratis (FOC)...waahh terus la aku suruh dorang jemput kami kat epot..

Semua baju-baju barang berat masuk beg en somi, beg aku cuma ada telekung, 2 set snorkel, toiletries kecik2..kiki..
 Pemandangan depan epot..cantik betul gunung-ganang tue..

 Actually aku booking hotel ni pun thru booking.com masa kat KLIA2 subuh tadi masa aku terkebil-kebil tak leh tido.. Rumah Hotel PMI (Palang Merah Indonesia)..kalau kat Malaysia ni dipanggil hotel Bulan Sabit Merah..Kadar sewanya IDR300,000 (lebih kurang RM84)..bagi aku selama aku travel kat Indon, ni la hotel paling mahal aku booked..sebabnya aku kan x berapa sihat,so aku nak bilik yang selesa dan tak de naik-naik tangga..yeah,kat malaysia kalau bilik harga RM 84 cuma  dapat sewa hotel shop lot kot.. Tapi kat sini,dengan harga macam tu boleh dapat bilik yang siap econ,ada tv,bilik air sendiri dan wifi super laju..

 Screen shot booking.com..

Lepas berehat dan tido sekejap (tido lagiii)..agak-agak hampir waktu zohor, kami pun keluar hotel untuk ke Masjid Baitulrahman..ikutkan map yang diberi adik receptionist hotel ni, masjidnya dekat je lebih kurang 1km..so kami ingat nak jalan je..tapi bila dah keluar aku tahan je becak (macam beca kat malaysia ni, tapi guna motosikal instead of basikal) yang lalu depan mata..ke masjid yang tak berapa jauh tu, kami di charge IDR 15,000..(agak mahal jugak rasanya utk jarak yg cinonet je)..


Kami tiba kat masjid baitulrahman ngam-ngam azan zohor pun berkumandang...alhamdulillah sempat la nak solat zohor berjemaah kat sini..bila duduk kat dalam masjid tu tetiba rinduuu sangat kat masjid nabawi dan masjidil haram...

Kat depan masjid ni, jual macam-macam makanan..siap ada jual cincin batu permata bagai..dah macam kat masjid nabawi..





 


Agak lama kami beriqtiqaf di dalam masjid tu..sampai perut dh bunyi minta di isi baru la teringat kami belum makan sedari tadi..

Kami jalan2 sekeliling masjid tu, banyak betul kedai emas hokehhh..murah pulak tue.. 1gram lebih kurang ~RM133..aku ni dah terambang mata tengok loket..kikiki..

Akhirnya kami sampai kat 1 kedai makan yang sangat femes kat sini...adik receptionist rekemenkan, pakcik becak pun rekemenkan..maknanya memang orang sini tau la kedai tu..

Bagi aku keadaan kedai tu dan deco nya memang menarik untuk lepak.selain kebersihan memang di jaga..tapi macam biasa la kan,everything comes with price..harganya agak mahal (lebih kurang harga makanan kat malaysia)tapi rasanya memang double thumbs up...sedappp hokeeehhh..pedas giler..




Lepas makan kenyang-kenyangan..kitaorang teringin la nak ke musium tsunami aceh yang listed in must go place bila sampai sini..naik la becak lagi..jaraknya dekat je (tak sampai 500m)  tapi kan ngan panas terik nie, macam sempat jugak la nak lencun  baju..tambah pulak transportation cost kat sini murah and memang dh ada pak cik becak tunggu depan kedai tu..mula2 kami tanya harga dia kata IDR15,000..tengah kami cakap2 tu tetiba lalu labi-labi..kitaorang angkat tangan nak tahan, tapi tak berenti pulak..labi-labi ni harganya IDR5,000 sorang, ke mana-mana..since labi-labi tu tak berenti, pakcik becak tu terus kata IDR 10,000 pun boleh la utk 2 orang...yeaahh..

Sebaik sahaja kami turun dari becak dan bayar upahnya, baru la kami jalan-jalan sekeliling luar museum tu, cantik architecturenya..bila dh sampai kat pintu, eh kunci..siap ala label "closed" lagi di gantung kat pintu utama museum tu...aiiikkk??...terus kami tanya pakcik yang berniaga batu permata kat perkarangan museum ni, memang museum ni tutup setiap hari isnin...laaaa..




En suami pun tanya la kat pakcik tu kat mana makam-makam ulama kat banda aceh ni,dia kata makan sheikh kuala..tak jauh dari sini..pas tu di tawar dirinya nak tunjukkan tempat makam tu kat kami..siap cakap bayar la upah seikhlasnya..aku dah rasa macam nak kena scam je..aku diri je tepi..malas nak menyampuk..last-last pakcik tu kata dia tunjuk jalan, tapi mintak upah IDR40,000..then upah becak pulak mintak IDR 60,000..aku macam kurang setuju je ngan cadangan tu..tengah kami berdia berbincang, ada pelanggan datang ke tempat pakcik tu, dan dia pun blah untuk melayan customer tu..

Abang becak masih lagi follow kami, dia kata dia boleh bawakkan kami ke semua tempat attraction kat banda aceh nie dengan harga IDR 60,000...en suami tanya la kat abang becak tu kot dia tau kat mana makam ulama, dia cakap dia tau..okeh, terus kami ber3 naik becak dan tinggal kan pakcik tue..:p

Our ride of the day...\m/

Dari museum tsunami yang tutup tu, kami di bawa ke kapal PLTD yang terdampar di tengah-tengah kampung..jarak dari kawasan ni nak ke laut adalah 5km (jauh giler kotttt)..

Baru je kami sampai, amik gambar sikit2 tetiba dengar announcement suruh kosongkan kawasan tue..aku cakap ngan en somi.."tengok tadi dah melepas kat museum tsunami,ni baru je sampai sini, dah kena halau lagi"..kami pada mulanya nak buat endah tak endah, macam supermarket halau customer kul 10 tu kan..sempat lagi soping sambar sehelai dua baju sebelum kena halau kan...tetiba dengar pak guard jerit "kamu tu, lekas turun..nanti lepas solat asar datang lagi sini"..sambil dia tegak berdiri memandang kami dengan tegas..so aku ngan en somi pun bergegas la turun dari kapal tu..bila dah sampai bawah en somi mintak maaf ngan pak guard tadi..pak guard cuma kata "kawasan ni di tutup bila masuk waktu solat..nanti lepas solat dibuka lagiii.."...en somi pun puji la tindakan menghormati waktu macam ni..lantas pak cik tu jawab "kami tak nak tsunami datang lagi"..terkedu aku dengar jawapan nya..Alhamdulillah aku sebut dalam hati..bala datang dan di ambil pengajaran..



Anchor pun lebih besar dari orang ni haa..berapa kilo la hagakkknyaaaa..


Lama kami menunggu..15min sebelum pak bilal membaca ayat-ayat Al-Quran sebelum adzan, kami dah mula di halau..kemudian dengar bacaan ayat Al Quran..di ikuti azan dan solat jemaah..hampir 1 jam kami menunggu kat luar (kami dh jamak takdim dan qasar di masjid baitulrahman tadi)..sempat jugak la kami sembang dengan penjual yang berniaga di perkarangan tu..macam-macam pengalaman semasa menghadapi tsunami sempat kami dengar..tapi aku setuju dengan ayat adik muda yang sempat kami sembang tadi.."setiap orang bercerita lain-lain pengalaman nya..semua orang tidak sama..ada yang kata ombak kuat berenti sebentar,bila dh lari baru ombak kuat lalu..aaahh banyak la cerita, tapi  semua tak sama"...apa yang pasti,mereka bangkit dari kesusahan bersama..orang yang berpengalaman menghadapi tsunami dan survived, tentu mereka mempunyai mental yang kuat untuk bangkit kembali..

menurut budak ni, dia sekeluarga terselamat dari ombak kuat tsunami dah rumah mereka hampir roboh, sebaik air tenang mereka hanya ada kapal PLTD ni untuk menumpang teduh, semua penduduk yang terselamat, melangkah mayat-mayat dan berkumpul tinggal di dalam kapal ni sehingga bantuan sampai..cam tu la lebih kurang cerita nya..kalau aku kat tempat dia, tak tau la macam mana nasib aku kann..

Bila dah bukak je, kami pun apa lagggiii...serbuuuuu...ramai rupanya dah standby kat depan pagar nie..siap ada rakaman dari stesen tv apatah..



Orang dari rancangan TV apa thah, dok interview staff-staff yang kerja kat sini..aku terphoto boom dorang..kikiki
 Dari puncak kapal ni, aku kira-kira ada lebih 12-15 kubah masjid yang aku nampak..banyak betul masjid kawasan ni..


 mamat- bertatoo ni sama2 serbu naik kapal ni after asar tadi...melihat penampilan dorang ni, en somi selamba ajak bersembang..
 tembok ni ada ukiran masjid-masjid yang selamat dan kapal PLTD ni yang menjadi tempat penduduk sekeliling menyelamatkan diri..


Dari sini kami ke kawasan kapal atas rumah...yang ni aku tak pernah dengar..agak jauh jugak la kawasan tu, sempat kematu jugak la bontot ni duduk atas becak tue...






Lepas amik gambar kat rumah atas kapal tu, en somi ajak abg becak pegi makam ulama..tapi akhirnya dia bawak kami ke tanah perkuburan mangsa tsunami..mereka semua di tanam dalam satu liang.. Di asingkan lelaki dewasa, perempuan dan kanak-kanak..bercampur segala agama dan bangsa..



selepas kami luangkan masa sekejap kat sini, hari dah hampir gelap dan perut pun dah berkeroncong ghazal..ajak si abg becak bawak kami makan malam.."kalau dapat tempat nampak sunset lagi baikkk"..aku request..





Tengah kami bersembang sementara tunggu makanan, en somi cakap sama abg becak nak tengok rumah dia.."boleh tak kalau nak lawat keluarga kamu lepas makan ni?.."tapi keluarga saya susah".."sebab ko banyak kali kata keluarga ko susah la aku nak tengok rumah ko, susah sangat macam mana tu?"..."boleh bang" jawab si abg becak..

Lepas makan, kami singgah di masjid berhampuran untuk solat jamak maghrib dan isyak..masjid baitul rahim..salah satu masjid yang terselamat semasa tsunami 11 tahun lalu..


Seusai solat, sambung lagi naik becak..nampaknya banyak stall kecik2 kat tepi laut ni dh tutup pulak, baru je aku ingat nak singgah bawak ole-ole bila melawat rumah abang becak nie..

Ni la keadaan rumah abg becak..dari jalan utama, amik susur kecik sampai la ke bangunan 2 tingkat usang ni, yang tak ubah macam hostel kat universiti..lorong kecik yang kiri kanan ada bilik.. Rupanya keluarganya duduk dalam salah satu bilik sini..satu bilik yang di sewa IDR 250,000 sebulan (lebih kurang RM70)..dalam bilik sempit yang muat sebijik katil single dan sebijik tv kecik, mereka tinggal suami isteri serta anak lelaki kecik mereka berusia 4 tahun, ibu abg becak ni dan adik lelaki mereka..(4dewasa, 1kanak-kanak)..aku terdiam..tak sampai hati nak amik gambar keadaan dalam bilik sempit tu..dapur, hanya la ruang kecik kat luar bilik yang semua org ada dapur masing-masing..tandas share kat luar yg aku pun x tau kat mana lokasinya..

 Dari main road, lalu celah2 rumah orang..tetiba ada ruang masuk..bau macam-macam bercampur sebati..
Akhirnya kami sampai kat corridor ni, kiri kanan ada bilik, sekeluarga tinggal dalam bilik yang saiznya lebih kurang bilik hostel tuk 2 orang..Masa aku dalam bilik tu, aku tak sanggup nak amik gambar, takut mengecilkan hati tuan rumah..

Menurut si isteri mereka baru je pindah ke aceh ni since bulan jan ari tu (means dah hampir 3 bulan la mereka duduk dalam bilik ni)..sebelum ni mereka kerja kat medan..si isteri kerja kat kilang,manakala si suami jadi dispatch boy..tapi kilang tu contract 3 tahun je..abes contract dorang semua di berhentikan..tu la dorang balik ke aceh dan mulakan hidup baru.. Yang mana sampai sekarang si isteri belum dapat kerja, dan si suami terpaksa sewa becak (IDR 20,000 sehari, kos minyak sendiri tanggung) untuk menyara keluarga..(pendapatan sebulan x sampai 1juta IDR)..

Si isteri agak ramah dan cantik jugak orang nya..aku tanya la dia dah berkesempatan ke jalan-jalan kat sini..di jawab belum..spontan aku ajak dia ikut kami round kat pasar aceh..yang aku rasa mesti belum tutup waktu nie..laju je isteri dia jawab nk ikut..(aku dah agak dahhh)..kalau dh biasa kerja tetiba kena terperap kat rumah je, mesti la bosan kan..

Malam tu kami round kat pasar aceh..sempat jugak aku sopping beli skirt sehelai (sebab yg muat tu je, kalau muat byk helai, mau berhelai-helai aku beli)..round kat sopping mall pasar aceh yang baru bukak tu, sebab ramai sgt orang kat situ..rupanya ada pertandingan batu permata..agak rambang mata jugak la tengok batu-batu cantik kat situ..tapi last-last tak beli apa jugak sebab dorg jual batu je, yang loket dan cincin tu jenis chrome or silver (aku allergy)..

Dari pasar aceh, kami di hantar pulang ke hotel..tidur keletihan setelah seharian berjalan..

Bersambung...