Masjid banyak betul kat Pulau Bawean ni..setiap tempat ada surau dan masjid..jarak antara 1 kampung ke kampung yang lain tu dalam 1-2 kilometer je..Pagi tu kami dikejutkan dengan suara tarhim dari masjid sebelah bilik..en suami terus siap-siap ke masjid..
Bagus kawasan ni, even solat subuh pun ramai jemaah termasuk jemaah perempuan kat masjid..
Lepas solat subuh berehat kejap kat bilik..rupanya ada breakfast di hantar ke bilik pagi-pagi..lepas sarapan terus ke rumah Alman dan kami bertolak ke jeti Pulau Gili dan Pulau Nako..
Sebuah bot tu kos dia 350,000 IDR, lepas tawar-tawar dapat 300,000 IDR..botman tanya nak sewa peralatan snorkelling? 1 set lengkap (jacket, fin, mask and snorkelling) tu harganya 40,000 IDR..so kami sewa 2 set..
Naik bot tu dalam 30-45 min untuk sampai ke pulau Nako..cantik betul pulau ni..
Masa kami mandi-manda ada 1 bot sampai dan mereka duduk sama dengan pondok kami..dorang bakar ikan..bau sedap betul..dah puas mandi, amik gambar.,lepas tu dorang bagi ikan yang baru di bakar..wahh betul-betul sedap..
Masa aku dok makan ikan bakar kat situ..(biasa la kan muka tak malu bab makan ni)..aku sembang dengan pakcik yang duduk sebelah aku..rupanya dia lawat anak dia..anak dia baru posting kat situ kat Jabatan Metrology..sebelum ni anak dia kat Papua setahun.baru ni je dapat tukar ke Pulau Bawean..dia kata dia balik hari selasa nanti naik flight..aku pun tanya la sebab aku pun ada cuba nak dapatkan tiket flight, tapi bila tanya penduduk local sini semua tak tau cemana nak beli..mungkin kena beli kat epot tapi jauh betul epot dari kawasan perumahan situ..pakcik tu cakap dia pun anak dia yg Jabatan Metrology belikan..1 kapal terbang tu muat 12 orang je..amazingly pakcik tu boleh cerita pasal jenis-jenis kapal terbang..kagum pulak aku..dia cakap dia baru pencen jabatan teknologi..macam level-level lecturer pun ada jugak pakcik nie..
Dari pulau Nako bot man hantar kami ke spot untuk snorkelling pulak...air nya jernih..coral masih suci takde kesan patah atau rosak kat situ..kami laki bini je yang dok snorkelling kat situ.
Sayang betul takde under water camera..macam nak usha GoPro Hero 5 pulak..eh!..😜
korang nampak apa yang aku nampak???...yesss coral dia besor-besor sihat segar bugar!!! |
Dari situ kami ke Pulau Gili pulak..terus order air kelapa dan mee Pop..biasa la kat sini mee pop tu ada kat mana-mana..
Kami tumpang mandi kat masjid berdekatan..solat zohor dan asar sekali..
Dari pulau tu kami terus pulang..agak terkejar-kejar jugak sebab nak kejar sunset dan merukyah anak bulan..
Darj jeti kami ke rumah Alman..tumpang jemur baju basah kat rumah dia terus kami ke port terbaik nak merukyah anak bulan..
Alman bawak kami jauh ke hujung pulau..sampai la kami jumpa sekumpulan anak-anak perempuan pesantren baru sampai jugak..ustaz tengah setting teropong..
Tengah set up arah dah sudut nya. |
Jadi dapat lah kami tumpang sekaki dengar ustaz tu buat penerangan..baru lah kami tau, kawasan kami berdiri tu adalah di wakafkan oleh seorang untuk aktiviti merukyah 20 tahun lepas..
Sambil-sambil dengar penerangan dari ustaz kami pun setting jugak camera ngan tripod..
Hari ni nak merukyah anak bulan untuk bulan zulhijjah 1439H..jadi kalau anak bulan nampak hari ni, lagi 10 hari kita akan berhari raya Aidil Adha..InsyaAllah..
Alhamdulillah tepat jam 17:49 anak bulan kelihatan..
Standby tunggu matahari turun |
ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!. |
Dari merukyah kami ke kedai makan untuk dinner dan terus ke rumah alman untuk ambik baju basah tadi..
Malam ni kena packing dan standby nak balik esok pagi..