Friday, November 2, 2018

Kashmir Trip - Day 2 (Srinagar)

Sambungan dari sini..

Day 2 (9th Sept 2018)

Alhamdulillah urusan check beg takde masalah..lepas amik beg je terus kena isi form arrival kat kaunter berhampiran situ..Airport Srinagar ni kecik je, so pergerakan kita semua ada yang memerhati..nak-nak muka kita as tourist ni memang senang nak cam..

Officer kat situ terus suruh isi form kat kaunter arrival kat situ..agak banyak jugak soalan yang kena di jawab..so baik simpan elok-elok boarding pass tu..

lepas isi segala information tu, so kami pun keluar..our tourist guide kami dah tunggu dengan transport.

Terus di bawa kami check in hotel dan breakfast..

Lepas breakfast kenyang-kenyang, mandi, rehat kejap..

Tengahari tu baru kami keluar jalan-jalan...

Lembu kat sini memang sempoi,...kat mana-mana pun dorang boleh duduk..tengah jalan pun boleh..

First check point kami hari ni ialah Majlis paling lama kat sini..masjid ni dah berusia beratus tahun lamanya..ukiran nya sangat kemas dan classic.






Dari masjid ini, kami ke masjid JAMIA pula..masjid ni pun dah berusia beratus tahun..yang uniknya masjid JAMIA ni, dia mempunya beratus batang tiang kayu pines.tiada paku digunakan untuk membina masjid nya..Masjid ni besar giler sampai muat 5000 jemaah..!







tu la dia transport kami sepanjang kat sini..and tourist guide kami yang kacak tu..>.<

nextttt....

Kat kawasan Kashmir ni, mostly rumah dorang size macam ni..rumah 3 tingkat..tourist guide cakap, tingkat atas sekali selalu jadi tempat family reunion or majlis-majlis keramaian..

Next destination....PARI MAHAL..

PARI MAHAL ni tempat historical..terletak di kawasan tinggi..so dari sini, boleh nampak view whole DALL Lake..korang boleh nampak betapa besar nya DALL Lake tu..patut la DALL lake tu jadi tempat yang sangat penting kat Kashmir ni..kami  baru lalu lalang je kat DALL lake ni..belum singgah lagi..






Next..

Ni sebenarnya tempat local pepople picnic...HEritage Mughal Garden Shalimar...

Time kami sampai ni actually masih summer..tapi summer kat sini pun sejuk 16-23C..so sedang-sedang elok cuacanya..

Bunga pun tengah kembar mekar-mekar sampai geram aku tengok..nasib baik tak boleh petik..

Penuh camera aku gambar-gambar bunga kat sini..tapi aku tepek sikit2 je untuk tatapan reader ye..
kang banyak penuh gambar je blog aku ni..hehe

Air sungai kat tengah ni betul-betul dari pergunungan kat belakang tu..sejak yaa amaaattt la air nyaaa..tapi memang segar sparkling gitew..








Belakang tu dah banjaran himalayan..

Kemudian dah lapo, kami di bawak lunch..

Package kami ni ingat kan makanan di sediakaan..(i mean dorang tentukan menu kita)..rupanya bila lunch, dia bawak ke restoran yang best-best kat sini pas tu bagi buku menu..order la apa korang nk order..1st day pulak kat sini, so tak boleh nk budget portion dorang ni.,.dah sampai, Ya ROBBI..penuh pinggan macam 2-3 orang makan...>.<"

Ada yang bertanya, sedap ke makanan kat sana...Aku jawab sedapp sangat, sekiranya korang jenis makan kari..kiranya macam kat syurga..wahaha..kalau jenis tak makan kari memang korang order je la nasi goreng...




Next..

Kali ni kami ke another Taman bunga..

Entry fees masuk taman-taman bunga ni semua dah included dalam package kami..

 




 Berlatar belakang kan Banjaran Himalaya
 

Kashmir ni terletak kat kawasan tinggi..jadi takde la lautan untuk dorang picnic macam kita kat Malaysia..ada jugak sempat sembang dengan parents yang dok picnic kat sini..dorang cakap tak lama lagi dah nak winter, nanti kawasan ni sejuk..so sekarang ni waktu paling sesuai la nak family outing..best je tengok dorang lepak-lepak makan ramai-ramai..


Lepas trip jalan-jalan taman bunga ni..kami balik..esok trip ke GULMARG!!..Junaid pesan suruh kami pakai baju tebal sikit, takut tak tahan sejuk..

tak sabar nak jalan esok..

0 comments: