Sambungan dari sini..
16 Sept 2012
Lebih kurang pukul 9 pagi, amoi tokey kereta tu pun
sampai…lambat sikit dari waktu yang sepatutnya..sebab banyak info dia nak tp,
kami tak leh nak reply..soalan pertama dari kitaorang..”boleh bawak kereta
pergi MIRI tak??.”..malangnya jawapan amoi tu amat mengecewakan..sebab kereta
yang >3 hari di sewa baru boleh bawak ke MIRI..adddoooiii..tak pe la..kita
manfaat kan kat Brunei jek la..
Ini la dia kuda putih kami untuk 2 hari..best keta nie!..
Pemandangan Kampung Ayer dari atas kubu tue...baru perasan kat kampung ayer tu ada sekolah rupanya..
then kami terus ke MUARA..ingat kan nak skodeng dive shop kat sini..sebab
menurut abang tour agent ari tu, kalau nak dive Cuma ada kat MUARA jek..On the way nak ke Muara, kami lalu pulak depan Malay
Technology Muzium..hurm, cam tak de jek dalam peta..bunyi cam menarik, so
kitaorang pun singgah jek la…muzium ni terbahagi kepada 4 section..ada pasal
bedil jek (meriam), pasal kampong ayer jek..yang lain 2, tentang masyarakat dan
adat resam rakyat Brunei..agak menarik jugak laa..
Eh...ada jugak keta savvy ku kat sini...bangga jugak sehhh..
Dari muzium tu, perjalanan di teruskan..tapi Nampak ada
jetty yang cantik pulak..berenti laaggiii..haha..kan tema nya, chill-chill,
out-out,sukahati aku laa…sempat jugak kami menyembang dengan pakcik-pakcik yang
tengah memancing kat situ..pakcik tu kata, “kamu ni terlambat la, baru sebentar
tadi ada buaya timbul di sini”..alaaa..buaya lagi kee??..tak pelaa..:p
Buddyku tengah bz amik gambo...
Akhirnya tiba pun kitaorg kat tempat yang di tuju…Bandar
Muara ni kecik jek..cam KUKUP...abeh pusing, pun tak jumpa pun dive
shop!..huhuhu..:(
ini lah pantai pertama yang aku pernah sampai, boleh nampak platform minyak..haha..selalu nampak kapal kontena jek..jakun gilos..
sempat singgah lunch dulu kat medan selera pantai muara nie..harga makanan kat sini sangat murah..jangan diconvert ke MYR, sebab depa2 ni pun earn dalam $B..
dari muara kami singgah masuk town ke Masjid Sultanah
Bolkiah..golden dome okeh!..ko hade??!!!!..haha..kat brunei jek..tu pun tak leh
bawak masuk camera dalam masjid..huhu..
Seusai kami solat Jamak dan Qasar Zohor dan Asar kat masjid
ni, kami pun meround laa kat masjid ni...sangat ramai pelancong kat kawasan
masjid ni…masjid antara tempat yang mesti pergi bila sampai Brunei..maka ngan
kuda putih, terus bertolak ke Seria…yeeeeehaaaaa!!!!...
Kitaorang sampai area Seria lebih kurang pukul 4.30
petang…benda pertama aku jakun, Nampak pump minyak atas darat!!..its
everywhere!...giler laaaa!!!..
Terus ke Pusat Sains Shell Brunei…lebih kurang cam
petrosains laa..but quite simple..kitaorang sampai masa tu lebih kurang pukul
4.30ptg..kebetulan ari tu ada Jamuan Hari Raya, so staff sume tengah
sembang-sembang and ada catering staff tengah sibuk kemas-kemas kat kemah..tapi
aku ngan pae selamba jek main masuk dalam pusat sains tu..baru jek 10 min kami
kat dalam, tetiba lampu semua ditutup..laaa, dorang tak perasan pun kami berdua
kat dalam..actually, dorang macam tak ready untuk menyambut kedatangan pelawat,
so dorang cakap dah tutup..even kat entrance tulis tutup kul 5.30 ptg..:p
Dari situ, kitaorang ke monument 1 billion barrel..Monumen
ni di buat sempena pengeluaran barel minyak yang ke 1juta…kejadian tu pada
tahun….baca la sendiri kat plag tu..hehe..Takde apa pun yang menarik sangat kat sini..kecuali tepi
laut yang kami dah puas melepak time kat muara tadi..tapi sebab takde hala tuju
sangat, kita orang pun melepak jek melayan angin petang kat situ..
Dari situ, baru la nak memulakan operasi skodeng bilik hotel..padahal hari dah mula gelap..patah balik ke pekan SERIA, mak aii…satu mlm
hagenya B$150..memang tak de punya nk amik bilik mahal cam tu…kalo ikutkan aku
nak tido jek dalam keta, tapi driver Ferrari (boatman semalam) cakap kat Brunei
ni tak boleh tido dalam kereta..boleh kena tangkap ngan polis..so bila aku
observe, mmg takde orang berpeleseran pun kat area ni…walau area ni memang tepi
pantai, tapi pas maghrib memang dah tak de orang..semua orang hilang…Cuma
nampak ada kat kedai makan jek...hishh..macam mana ni??..kena cari bilik jugak
laa jawab nya ni..huhu..
So, dari Seria kami ke Pekan Belait…Actually Belait adalah
Daerah yang terletak bersebelahan dengan Miri..dah hampir ke sempadan
Malaysia..tapi malangnya, sebab si kuda putih ni tak boleh cross boarder, so
without choice terpaksa la menginap kat area sini jek..kitaorang pusing dari
satu hotel ke next hotel..hotel yang paling murah pun dah harga B$108..aku rasa
sangat tak berbaloi..last- last kitaorang parking kereta, and jalan kaki kat
keliling town tu sebab tak nak miss any budget hotel (dengan penuh berharap ada
budget hotel la) abeh celah kedai kami lalu..sampai dah nak patah kaki menapak,
takde hotel yang murah pun..hostel lagi la tak ada.. badan dah berlengas, kaki
dah lenguh, badan dah letih..terbayang kan shower and katil jek ni..
akhirnya kami sampai kat 1 hotel yang receptionist nya
perempuan..hotel tu kebetulan dah full house, kalau tak full house aku tak
mampu tido kat situ, harganya B$180 semalam..dah takde choice aku tanya kat
receptionist tu, kot-kot dia tau ada hotel murah murah kat area ni..last-last
dia cadangkan aku pergi ke Rumah Penginapan Kerajaan..dia kata tourist pun
boleh tinggal kat situ..satu malam B$60 je…mata aku terus terbuntang..boleh
try!...manatau kot kot ada rezeki..tu jek harapan yang aku ada…
Pusing punya pusing nak cari Rumah Penginapan tu pun satu
masalah..abeh sume gerai tepi jalan aku tumpang Tanya mintak direction..lepas
sesat dekat sejam, minyak kereta pun dah start merah, akhir nya jumpa pun..aku
terus lompat turun kereta, while pae tunggu dalam kereta jek…nak Tanya dulu ada
bilik kosong tak..dari kereta nak ke pintu masuk tu, aku tak berenti berenti
berdoa…"tolong la hambaMu ini, Ya Allah…"
Mula- mula masuk jek, aku nampak pakcik yang dah agak
berumur jaga kat kaunter reception tu..Terus aku kasi salam..
Aku : pakcik ada bilik kosong tak?
Pak cik : bilik ada kosong..ada 5 bilik..tapi esok pagi-
pagi ada gerombolan dari singapura akan sampai..kalau kamu masuk, nanti tukang
pembersih tak sempat bersihkan bilik, nanti mereka sudah sampai..
Aku dalam hati : (Alhamdulillah ada harapan nie..)..kalau
saya nak menginap di sini malam ni, boleh masuk tak?
Pakcik : tak boleh..nanti esok pagi pembersih masuk kerja
pukul 8 pagi, tak sempat bersihkan bilik..lagi pula kamu perlu hantar surat
permohonan dulu kalau mau menginap di sini..
Lantas pak cik tu masuk office, amik contoh surat rasmi dari
UKM, Malaysia..surat permohonan nak stay kat rumah penginapan ni,..
Pakcik : perlu sediakan surat sebegini..sambil tunjukkan
surat tue..
Aku baca surat tu, owhh..group UKM ni nak stay sampai 6
hari, 15 bilik..
Aku : tapi pakcik, saya dengan kawan itu pagi2 esok selepas
subuh kami keluar..jam 7.30pagi kami keluar sebab kami mau ke seria jam 8.30
pagi..saya nak tinggal satu bilik jek…saya dengan kawan dah cari hotel, tapi
sangat mahal..kami ni siswa sahaja, tak mampu bayar bilik hotel
mahal-mahal..(sambil buat muka penat,letak muka kat kaunter)
Pakcik: kamu dari mana ni?
Aku : dari Malaysia..
Pakcik : pakcik tau kamu dari Malaysia…kami tinggal di mana
semalam.?
Aku : semalam tinggal di Bandar Seri Begawan..ari ni baru ke
seria, kemudian ke sini..esok pagi-pagi kami checkout, then balik ke Bandar
Begawan..flight balik ke Malaysia jam 3.50 petang..
Pakcik : kamu naik apa ini?
Aku : sewa kereta..memandu..
Pakcik : mana bisa…kamu perlu ambil 2 bilik..kawan kamu
lelaki kan..
Aku dalam hati : (bila masa pulak aku cakap kawan aku lelaki
ni?????)..kawan saya perempuan jugak pakcik..
Pakcik : masa mungkin kamu memandu dari Bandar sampai ke
sini..mesti kawan kamu lelaki…
Aku : (adooi…2 jam jek kot drive dari Bandar Begawan sampai
sini)..tapi pakcik bilik nya ada tak?..boleh kami menginap?..saya juga siswi
dari Malaysia..
Pak cik : pakcik perlu tanya pegawai dulu..
Terus pakcik tu amik tepon, dial no…aku pun apa lagi..terus
lari keluar ke kereta…panggil pae..
Kelang kabut pae park kereta then masuk dalam opis tu
jugak..
Sebaik kami sampai kat kaunter tu , pakcik tu still dok
bercakap dengan pegawai nya..
Pakcik cakap kat tepon : mereka siswi dari Malaysia..esok
pagi-pagi mereka check out..petang nya sudah pulang Malaysia..(sambil dia toleh
tengok aku menekan kan beberapa kali perkataan siswi..)
Aku hanya mampu mengangguk, mengiakan percakapan nya..
Sebaik letak telepon, pak cik bagi kami form, “boleh check
in” katanya..…Pheww..Alhamdulillah..
Selesai Mandi, solat..kami bersiap nak keluar pergi makan,
sempat kami singgah kat kaunter menegur pakcik tue…”jangan pulang lewat yaa,
jam 12 tengah malam, pagarnya di tutup”..haha…cam kat hostel Uni pulak…”baik
pakcik, kami keluar makan jek..”
Selepas perut kekenyangan, kami tidur di tilam empuk dan
bilik ber-ekon dengan penuh selesa..Alhamdulillah..:)
Bersambung..