Sunday, October 27, 2013

~~Brunei~~Part III~~



Sambungan dari sini..

16 Sept 2012

Lebih kurang pukul 9 pagi, amoi tokey kereta tu pun sampai…lambat sikit dari waktu yang sepatutnya..sebab banyak info dia nak tp, kami tak leh nak reply..soalan pertama dari kitaorang..”boleh bawak kereta pergi MIRI tak??.”..malangnya jawapan amoi tu amat mengecewakan..sebab kereta yang >3 hari di sewa baru boleh bawak ke MIRI..adddoooiii..tak pe la..kita manfaat kan kat Brunei jek la..

Ini la dia kuda putih kami untuk 2 hari..best keta nie!..


Pemandangan Kampung Ayer dari atas kubu tue...baru perasan kat kampung ayer tu ada sekolah rupanya..

then kami terus ke MUARA..ingat kan nak skodeng dive shop kat sini..sebab menurut abang tour agent ari tu, kalau nak dive Cuma ada kat MUARA jek..On the way nak ke Muara, kami lalu pulak depan Malay Technology Muzium..hurm, cam tak de jek dalam peta..bunyi cam menarik, so kitaorang pun singgah jek la…muzium ni terbahagi kepada 4 section..ada pasal bedil jek (meriam), pasal kampong ayer jek..yang lain 2, tentang masyarakat dan adat resam rakyat Brunei..agak menarik jugak laa..









Eh...ada jugak keta savvy ku kat sini...bangga jugak sehhh..


Dari muzium tu, perjalanan di teruskan..tapi Nampak ada jetty yang cantik pulak..berenti laaggiii..haha..kan tema nya, chill-chill, out-out,sukahati aku laa…sempat jugak kami menyembang dengan pakcik-pakcik yang tengah memancing kat situ..pakcik tu kata, “kamu ni terlambat la, baru sebentar tadi ada buaya timbul di sini”..alaaa..buaya lagi kee??..tak pelaa..:p


Buddyku tengah bz amik gambo...

Akhirnya tiba pun kitaorg kat tempat yang di tuju…Bandar Muara ni kecik jek..cam KUKUP...abeh pusing, pun tak jumpa pun dive shop!..huhuhu..:(

 ini lah pantai pertama yang aku pernah sampai, boleh nampak platform minyak..haha..selalu nampak kapal kontena jek..jakun gilos..


sempat singgah lunch dulu kat medan selera pantai muara nie..harga makanan kat sini sangat murah..jangan diconvert ke MYR, sebab depa2 ni pun earn dalam $B..

dari muara kami singgah masuk town ke Masjid Sultanah Bolkiah..golden dome okeh!..ko hade??!!!!..haha..kat brunei jek..tu pun tak leh bawak masuk camera dalam masjid..huhu..
Seusai kami solat Jamak dan Qasar Zohor dan Asar kat masjid ni, kami pun meround laa kat masjid ni...sangat ramai pelancong kat kawasan masjid ni…masjid antara tempat yang mesti pergi bila sampai Brunei..maka ngan kuda putih, terus bertolak ke Seria…yeeeeehaaaaa!!!!...









Kitaorang sampai area Seria lebih kurang pukul 4.30 petang…benda pertama aku jakun, Nampak pump minyak atas darat!!..its everywhere!...giler laaaa!!!..




Terus ke Pusat Sains Shell Brunei…lebih kurang cam petrosains laa..but quite simple..kitaorang sampai masa tu lebih kurang pukul 4.30ptg..kebetulan ari tu ada Jamuan Hari Raya, so staff sume tengah sembang-sembang and ada catering staff tengah sibuk kemas-kemas kat kemah..tapi aku ngan pae selamba jek main masuk dalam pusat sains tu..baru jek 10 min kami kat dalam, tetiba lampu semua ditutup..laaa, dorang tak perasan pun kami berdua kat dalam..actually, dorang macam tak ready untuk menyambut kedatangan pelawat, so dorang cakap dah tutup..even kat entrance tulis tutup kul 5.30 ptg..:p




Dari situ, kitaorang ke monument 1 billion barrel..Monumen ni di buat sempena pengeluaran barel minyak yang ke 1juta…kejadian tu pada tahun….baca la sendiri kat plag tu..hehe..Takde apa pun yang menarik sangat kat sini..kecuali tepi laut yang kami dah puas melepak time kat muara tadi..tapi sebab takde hala tuju sangat, kita orang pun melepak jek melayan angin petang kat situ..










Dari situ, baru la nak memulakan operasi skodeng bilik hotel..padahal hari dah mula gelap..patah balik ke pekan SERIA, mak aii…satu mlm hagenya B$150..memang tak de punya nk amik bilik mahal cam tu…kalo ikutkan aku nak tido jek dalam keta, tapi driver Ferrari (boatman semalam) cakap kat Brunei ni tak boleh tido dalam kereta..boleh kena tangkap ngan polis..so bila aku observe, mmg takde orang berpeleseran pun kat area ni…walau area ni memang tepi pantai, tapi pas maghrib memang dah tak de orang..semua orang hilang…Cuma nampak ada kat kedai makan jek...hishh..macam mana ni??..kena cari bilik jugak laa jawab nya ni..huhu..

So, dari Seria kami ke Pekan Belait…Actually Belait adalah Daerah yang terletak bersebelahan dengan Miri..dah hampir ke sempadan Malaysia..tapi malangnya, sebab si kuda putih ni tak boleh cross boarder, so without choice terpaksa la menginap kat area sini jek..kitaorang pusing dari satu hotel ke next hotel..hotel yang paling murah pun dah harga B$108..aku rasa sangat tak berbaloi..last- last kitaorang parking kereta, and jalan kaki kat keliling town tu sebab tak nak miss any budget hotel (dengan penuh berharap ada budget hotel la) abeh celah kedai kami lalu..sampai dah nak patah kaki menapak, takde hotel yang murah pun..hostel lagi la tak ada.. badan dah berlengas, kaki dah lenguh, badan dah letih..terbayang kan shower and katil jek ni..

akhirnya kami sampai kat 1 hotel yang receptionist nya perempuan..hotel tu kebetulan dah full house, kalau tak full house aku tak mampu tido kat situ, harganya B$180 semalam..dah takde choice aku tanya kat receptionist tu, kot-kot dia tau ada hotel murah murah kat area ni..last-last dia cadangkan aku pergi ke Rumah Penginapan Kerajaan..dia kata tourist pun boleh tinggal kat situ..satu malam B$60 je…mata aku terus terbuntang..boleh try!...manatau kot kot ada rezeki..tu jek harapan yang aku ada…

Pusing punya pusing nak cari Rumah Penginapan tu pun satu masalah..abeh sume gerai tepi jalan aku tumpang Tanya mintak direction..lepas sesat dekat sejam, minyak kereta pun dah start merah, akhir nya jumpa pun..aku terus lompat turun kereta, while pae tunggu dalam kereta jek…nak Tanya dulu ada bilik kosong tak..dari kereta nak ke pintu masuk tu, aku tak berenti berenti berdoa…"tolong la hambaMu ini, Ya Allah…"

Mula- mula masuk jek, aku nampak pakcik yang dah agak berumur jaga kat kaunter reception tu..Terus aku kasi salam..
Aku : pakcik ada bilik kosong tak?
Pak cik : bilik ada kosong..ada 5 bilik..tapi esok pagi- pagi ada gerombolan dari singapura akan sampai..kalau kamu masuk, nanti tukang pembersih tak sempat bersihkan bilik, nanti mereka sudah sampai..
Aku dalam hati : (Alhamdulillah ada harapan nie..)..kalau saya nak menginap di sini malam ni, boleh masuk tak?
Pakcik : tak boleh..nanti esok pagi pembersih masuk kerja pukul 8 pagi, tak sempat bersihkan bilik..lagi pula kamu perlu hantar surat permohonan dulu kalau mau menginap di sini..
Lantas pak cik tu masuk office, amik contoh surat rasmi dari UKM, Malaysia..surat permohonan nak stay kat rumah penginapan ni,..
Pakcik : perlu sediakan surat sebegini..sambil tunjukkan surat tue..
Aku baca surat tu, owhh..group UKM ni nak stay sampai 6 hari, 15 bilik..
Aku : tapi pakcik, saya dengan kawan itu pagi2 esok selepas subuh kami keluar..jam 7.30pagi kami keluar sebab kami mau ke seria jam 8.30 pagi..saya nak tinggal satu bilik jek…saya dengan kawan dah cari hotel, tapi sangat mahal..kami ni siswa sahaja, tak mampu bayar bilik hotel mahal-mahal..(sambil buat muka penat,letak muka kat kaunter)
Pakcik: kamu dari mana ni?
Aku : dari Malaysia..
Pakcik : pakcik tau kamu dari Malaysia…kami tinggal di mana semalam.?
Aku : semalam tinggal di Bandar Seri Begawan..ari ni baru ke seria, kemudian ke sini..esok pagi-pagi kami checkout, then balik ke Bandar Begawan..flight balik ke Malaysia jam 3.50 petang..
Pakcik : kamu naik apa ini?
Aku : sewa kereta..memandu..
Pakcik : mana bisa…kamu perlu ambil 2 bilik..kawan kamu lelaki kan..
Aku dalam hati : (bila masa pulak aku cakap kawan aku lelaki ni?????)..kawan saya perempuan jugak pakcik..
Pakcik : masa mungkin kamu memandu dari Bandar sampai ke sini..mesti kawan kamu lelaki…
Aku : (adooi…2 jam jek kot drive dari Bandar Begawan sampai sini)..tapi pakcik bilik nya ada tak?..boleh kami menginap?..saya juga siswi dari Malaysia..
Pak cik : pakcik perlu tanya pegawai dulu..

Terus pakcik tu amik tepon, dial no…aku pun apa lagi..terus lari keluar ke kereta…panggil pae..
Kelang kabut pae park kereta then masuk dalam opis tu jugak..
Sebaik kami sampai kat kaunter tu , pakcik tu still dok bercakap dengan pegawai nya..
Pakcik cakap kat tepon : mereka siswi dari Malaysia..esok pagi-pagi mereka check out..petang nya sudah pulang Malaysia..(sambil dia toleh tengok aku menekan kan beberapa kali perkataan siswi..)
Aku hanya mampu mengangguk, mengiakan percakapan nya..

Sebaik letak telepon, pak cik bagi kami form, “boleh check in” katanya..…Pheww..Alhamdulillah..
Selesai Mandi, solat..kami bersiap nak keluar pergi makan, sempat kami singgah kat kaunter menegur pakcik tue…”jangan pulang lewat yaa, jam 12 tengah malam, pagarnya di tutup”..haha…cam kat hostel Uni pulak…”baik pakcik, kami keluar makan jek..”



Selepas perut kekenyangan, kami tidur di tilam empuk dan bilik ber-ekon dengan penuh selesa..Alhamdulillah..:)

Bersambung..

3 comments:

Cik-Anne said... Best Blogger Tips

haii,

bape sewa keta sehari kat Brunei...

YanTie AhMad said... Best Blogger Tips

@Cik-Anne
yang kami dapat tu harganya B$50 per day, tapi verification credit card B$300.

Unknown said... Best Blogger Tips

Assalamualaikum dan salam sejahterasemua....

Jom ramai-ramai jalan-jalan & shoping di Kota Bandung Indonesia

Pakage untuk 6 orang keatas

Utk Harga Pakage Bandung City Tour 3 hari 2 malam utk 6 org keatas
Pakage : Transport (Apv Suzuki) & Hotel 2 star + Sarapan Pagi (Hyper InnHotel)
RM180 / seorang

1 day : Bandung City Tour (Shooping)
2 day : Bandung City - Tangkuban Perahu Tour @ Kawah Putih Tour - Bandung City Tour (Shooping)
3 day : Bandung City Tour (Shooping

Untuk Harga Pakage Bandung City Tour 4 hari 3 malam utk 6 org keatas
Pakage : Transport (Apv Suzuki) & Hotel 2 star + Sarapan Pagi (Hyper InnHotel)
RM220 / seorang

1 day : Bandung City Tour (Shoping)
2 day : Bandung City Tour - Tangkuban Perahu Tour @ Kawah Putih Tour - Bandung City Tour (Shooping)
3 day : Bandung City Tour (Shooping)
4 day : Bandung City Tour (Shooping)
** Jika mahu ke Trans Studio Bandung juga boleh

Program Free & Easy
Kunjungi web kami
Www.tourmalaysiabandung.com
Www.baladewatour.com
W.a. +6282216910022
+6281251200062