Friday, January 23, 2015

~Misi melawat saudara ~ Pulau Belitung ~ Day 3~

sambungan dari sini..

Pagi-pagi ni en somi dah buat demo menebar roti canai..dia ajar kazen-kazen dia cara menebar...kelakar pun ada..aku ni menebar pun tak jadi-jadi...bila di tebar, bukan nya jadi makin besar, tapi makin kecik, last-last jadi seketul..haha..




bila dah selesai buat roti canai, en somi pun suh aku buat sikit kuah kari...dorang tercenggang dengar karrrrriii??..garuk kepala!!..emm..takkan tak tau kari kotttt...so, kazen-kazen ni bawak kami ke pasar..suh cari sendiri serbuk kari..kahkahkah..lawak pun ada jugak..abes semua kedai jual rempah-rempah kami cari..siap orang kedai tanya kami dari mana??..ada rupa cam orang india kot..hik hik hik..orang kedai kata, dorang buat sendiri rempah kari tu, tak pakai serbuk kari.. 









bila dah abes satu pasar kami pusing, kita orang pun lepak kat kedai kopi depan pasar tue, en somi still tak puas ati..kedai-kedai tepi jalan semua dia pegi jengok..siap kedai jual lauk nasi padang pun dia masuk..last-last jumpa pun kedai yang jual ala-ala macam kari..rupanya orang sana panggil OPAR....lor, but still masakan opor tu diaorang tak guna serbuk kari, dorang buat sendiri rempahnya..(rempah ni dorang panggil bumbu)..


Bila kami on the way balik ke rumah dari pasar, memang kami perasan dari semalam banyak betul warung kopi kat sepanjang jalan kawasan tu..rupanya kawasan tu memang dikenali sebagai kawasan "1001 warung kopi" siap ada statue kat tengah-tengah round about..tapi menurut kazen-kazen kami tu, orang yang melepak kat situ bukan nya makan pun, minum kopi secawan (IDR 3,500 = RM1) duduk bersembang sampai 5 jam..bersembang je lebih..haha..sesuai la tu kalo en somi turunkan ilmu buat roti canai, bukak warung kecik boleh jugak buat niaga..

 Dari lubuk hati nok paling dalam...perrggghhh!!!
 warung similar macam ni everywhere..

 Sekolah..classic sangat kan..

sampai-sampai rumah je, aku ajak en somi meround keliling rumah tu, maklumla rumah betul2 dekat dengan pantai..boleh dengar bunyi ombak memukul pantai..kalau kat bandar, dok dengar bunyi motor mat rempit, tapi kat sini dok dengar bot nelayan lalu layang kat muara sebelah..nyaman sangat..tapi pantai nie tak sesuai kalau nak mandi, kalau nak mandi kena pegi kawasan lain.. aku pun tak tau kenapa, meh kita check it out..

 Meround-round belakang rumah mak cik..Nice view!!..

 Nampak macam meriah je kat belah sana tu..ajak en somi jalan-jalan area sana..hihi..
Kawasan perkampungan rumah makcik..
 waaahhh..cantik-cantiknya bot dorang ni..


 Rumah papan macam mana pun, tetap ada parabola ni haaa...

 Pakcik nie tengah buat kapal nelayan sendirian...kalau kapal ni siap nanti boleh la dijual..boleh la dapat dalam RM2000-5000.
 Celah-celah rumah papan, tetiba ada rumah batu cantik ni..
 seronok betul kanak-kanak ni dok main..
  Dari jauh lagi aku dah nampak ada orang dok mancing, ingat kan pakcik pakcik..bila dah dekat, rupanya perempuan laa..

 Yang lelaki reramai dok sembang sambil tengok member buat kapal

 Pakcik tu kata, kayu balak ni dia jumpa seketul..mungkin hanyut dari kalimantan..so, dia buat la kapal ni..boleh jugak jual nanti..
nampak tak betapa sempitnya kapal ni, badan cam aku ngan laki aku memang takde harapan nak muat laa..haha..


 On the way nak balik, ternampak ada majlis perkahwinan...
 Pakaian tradisi pengantin Belitung.
 Ada hiasan tanda ada orang kawin kat depan rumah...masa aku pegi sabah/serawak pun nampak benda ni jugak kat umah pengantin sana..

Kusyuk betul budak2 ni main..bila dia nampak aku dok pegang camera, cepat-cepat dia tarik baju dia turun..laaa, bdk ni tak pakai seluar...kahkahkah..
 Jumpa makcik bukak stall depan rumah..ada maggi masak telur..sedapppp...


balik je dari meround keliling kampung, si kazen dah tunggu kami kat rumah..rupanya banyak plan dia nak bwk kami meround ari ni..lepas makan dan solat, terus berdezup naik motor jejalan..

 ni la dia alat yang dorang guna untuk tangkap ikan..local people semalam dok buat depan umah..kejap je dah siap bbrp bijik..
 Ni la umah makcik kami..
 Anak nya yang ke 2 dengan her cute baby..
 Sebelum jalan, jangan lupa isi minyak dulu..kat sini, cam ni la dorang isi minyak.
Kawasan yang ada bot kami jejalan tadi, namanya PANTAI SERDANG...
OWWHHH...hihi..main redaaahhh jeee..



 Ternampak kedai ni tepi jalan, cepat2 snap gambar..nanti nak mintak singgah...try makan murtabak version belitung pas ni..



 

 dari atas bukit..kami ke pantai nyiur melambai pulakkk..weeeeeee..



  



Menurut kazen, 4 arca ni la yang glamor dia belitung
a) Batu satam - aku tak tau lanjut pasal batu ni, tapi menurut dorang batu ni boleh jumpa kat Belitung je..
b) Warung kopi...okeh, yang ni memang merata-rata ada warung kopi, siap ada arca.
c) Belalang beach..pantai yang kami ada ni..
d) Bot kat pantai serdang yang kami pergi pagi-pagi tadi..



Dah dekat-dekat nak maghrib, kitaorang naik balik bukit tadi, sebab nak tengok anak bulan (hilal) untuk 1 Rabiul Awwal 1436H..
 Bukan salah camera women, kami dah menari2 menepuk-nepuk sebab banyak sangat nyamuk kat atas tue..:p
Cuma Dini je yang nampak anak bulan nya, bertuah betul si dini ni.. kami yang bertiga lagi, tak nampak-nampak..takde rezeki kami..
Turun-turun je dari bukit tadi...terus singgah kat warung MURTABAK INDIA TADI...Dinner timeeee!!!
Lepas pekena murtabak telur, singgah kat warung Bakso & Mee ayam pulak...
Kalau datang Indonesia, mesti try minum air TEH BOTOL..actually ni jasmine tea..wangi bau air ni..

Lepas makan kenyang-kenyang, kitaorang singgah kejap kat toko barang cenderahati..


 Ini la dia rupa batu satam ni..aku tak tau sangat details pasal batu satam ni..nanti kita riki-riki lagi..yang penting batu ni orang local banyak buat loket, ada yang dah siap di "ikat" guna silver dan emas..ada yang buat perhiasan..tapi batu-batu ni takde la besar sangat macam batu jed..dan harga nya takde la mahal sangat..kalau batu sahaja (tak di ikat dengan emas/silver) ada yang dalam lingkungan RM50 - RM200 (bergantung pada saiz)

 

barangan kraftangan pun banyak kat kedai ni..

Balik dari sopping sikit-sikit untuk buat ole-ole..terus pulang ke rumah...zzz..

0 comments: