Tuesday, November 9, 2010

~~diving trip musim tengkujuh??~~

haa..skang ni tgh musim tengkujuh sedang melanda area pantai timur termasuk la pulau-pulau kat area mersing nun..Musim tengkujuh diantara bulan Nov -  Jan every year..bot-bot kecik cam bot pelancong, bot nelayan tak di galak kan bersiar-siar melancong-lancong skang ni sbb laut bergelora and hujan..


kalo yg nak dive pun tak le best sgt pun sbb strong current (buek penat jek) and visibility pun low..so, wat pe nk p dive, kalo tak nampak apa yang nk di tengok kan...


Hari ni si Hasina dok cite pasal kes bot karam kat Tenggol..aiseh..mangsa2 sume nya diver..sib baik la takde kemalangan jiwa..ok la..aku copy/paste story tu ye..



KEMAMAN 7 Nov. – Jaket keselamatan serta pengalaman menyelam berjaya menyelamatkan 15 pelancong dan seorang tekong bot daripada mati lemas semasa bot mereka naiki karam pada kedudukan 10 batu nautika (18.5 kilometer) dari Pulau Tenggol, Dungun petang semalam.


Mereka termasuk seorang wanita hamil, Noraini Sosilawati Siregar Suffian, 30, dan anak lelakinya, Mohamad Daniel Aiman, 4, yang terpaksa terapung kira-kira 16 jam sambil berpaut sesama sendiri dalam kesejukan dan cemas dilambung ombak dalam kepekatan malam dan hujan lebat.


Mereka yang dilaporkan hilang lewat petang semalam akhirnya berjaya dikesan oleh Pasukan Gerakan Marin (PGM) berada pada kedudukan 16 batu nautika (29.6 kilometer) ke selatan pulau itu dan diselamatkan kira-kira pukul 10 pagi ini.
Kejadian penuh dramatik itu bermula kira-kira pukul 6.30 petang ketika ribut dan hujan lebat, selepas 20 minit bot mereka bertolak dari Pulau Tenggol menuju ke Kuala Dungun untuk pulang ke Kuala Lumpur.


Tekong bot, Mohd. Zulfadli Yahya, 29, menyedari bot yang mereka naiki itu bocor selain mengalami kerosakan enjin.


Keadaan menjadi semakin tidak terkawal apabila bot berkenaan dipenuhi air menyebabkan mereka semua memutuskan untuk terjun ke dalam laut dan berpaut dalam satu kumpulan sebelum bot itu tenggelam dalam tempoh tidak sampai 10 saat.
Mohamad Daniel yang terkapai-kapai terpaksa dipegang dan disambut secara bergilir-gilir di kalangan mangsa bagi menyelamatkannya daripada lemas.


Mangsa yang terdiri daripada sembilan lelaki, enam wanita serta seorang budak lelaki. Mereka ialah Salman Mohd. Kassim, 42; Muhamad Aman Muhami, 36; Azhar Ahmad, 45; Mazli Abd. Malik, 33; Mohd. Zulkifli Mat Daud, 33; Loo Kit Choong, 54; dan Badrulhisham Shariman, 40.


Lain-lain mangsa ialah Ayud Haida Sulaiman, 35; Dr. Anis Shafina Mahfuz, 29; Noraini Sosilawati, Norazimimah Abdul serta dua lagi yang hanya dikenali sebagai Maria dan Aida.


Mereka merupakan pelancong dari Kuala Lumpur yang bergerak dalam beberapa kumpulan ke Pulau Tenggol pada Jumaat lalu untuk mengikuti aktiviti menyelam skuba sebelum dijadual pulang petang semalam.


Komander PGM Wilayah Timur, Asisten Komisioner Mohd. Salleh Mat Jani berkata, dalam kejadian itu, tiga daripada mangsa mengalami kecederaan kritikal termasuk dua beranak iaitu, Noraini Sosilawati dan Mohamad Daniel Aiman.


“Ketika ditemui, kesemua mangsa berada dalam satu kumpulan sambil berpaut dan terapung di tengah-tengah laut dan mereka berjaya diselamatkan sebelum dibawa ke jeti Pangkalan PGM di Kemaman kira-kira pukul 11.15 pagi ini,” katanya kepada pemberita di pangkalan itu hari ini.


Beliau memberitahu, sejurus tiba di pangkalan itu, kesemua mangsa diberi rawatan serta merta sebelum dibawa ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut.
Mohd. Salleh berkata, sebelum kejadian itu berlaku, kesemua mangsa dilaporkan mengunjungi Pulau Tenggol secara berasingan sebelum membuat keputusan untuk pulang serentak dengan menaiki sebuah bot jenis D-Guardian (Catamaran) TKT 00467 P yang berukuran 27 meter panjang.


Katanya, sejurus pihaknya menerima panggilan telefon kira-kira pukul 8.10 malam tadi mengenai kejadian itu, gerakan mencari dan menyelamat mangsa dilancarkan segera oleh pasukan PGM, Maritim Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia serta Jabatan Bomba dan Penyelamat selain menggunakan sebuah helikopter.


“Sehinggalah ditemui, kesemua mereka selamat. Mujurlah mangsa memakai jaket keselamatan selain tenang, berpaut sesama mereka di tengah laut sebelum diselamatkan,” ujarnya.


Sementara itu, Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjalankan operasi menyelamat kerana mereka telah bertindak dengan pantas dan berkesan sehingga semua nyawa dapat diselamat.



Sejujurnya aku kagum ngan semangat mangsa2 ni..dorg tak panik and bekerjasama antara satu sama lain..aku tak boleh bayangkan kalo aku salah dorg daripada mangsa tue...Huhuhuhu..sure panik lebih..


and yg penting jugak, bot tu ada sedia kan jaket keselamatan..huiihh..skang ni, bukan sume bot ada jakat..and kalo ada pun brp ketul jek yg ada compared ngan penumpang yg naik..


Alhamdulillah...semua selamat...semoga kita boleh amik ikhtibar and belajar dari pada tragedi nie..


Full artikel : 16 mangsa bot karam selamat


saya sedang menahan kemaruk diving sempena musim tengkujuh,