Wednesday, December 17, 2014

~Abah~


kenapa??...kenapa??..kenapa??...

Masa aku kecik..aku tak tau la umur aku berapa..since kepala aku start boleh ingat, aku tau-tau yang aku ni memang petah bercakap, and banyak giler benda aku menanya..memang tu adalah aku..mulut tak dok diam...ada je benda aku nak cakap..(even dah beso panjang ni pun cam tu jugak..hihi)..

Antara soalan yang aku ingat aku pernah tanya kat mama and abah..

- Kenapa kita kena makan???
- kenapa kalau berak, keluar ta*k?
- kenapa bila berak, tak keluar pun makanan, macam mana makanan tu tukar jadi ta*k?
- kenapa kena makan sayur?
- kenapa kena pegi sekolah?
- kenapa semua orang kena pakai baju yang sama bila pegi skolah (uniform)?
- kenapa..tu..kenapa..ni...

dan selalunya mama la yang jawab soalan merapu aku ni..abah??..abah senyap je sambil senyum2 bila dengar jawapan mama,..selalunya jawapan mama tu mudah di paham, sesuai la dengan tahap IQ aku time tu..

tapi bila dah besar panjang..dah remaja..dah start kerja..dah start ada ramai kawan..mama pulak yang start bertanya, kenapa...kenapa...kenapaa..

-kenapa balik lambat ari ni?
-kenapa nak pegi hiking, tak bahaya ke?
-kenapa nak amik lesen dive, tak bahaya ke?
-kenapa nak pegi sana?
-kenapa itu , kenapa ini..

dan selalunya jawapan aku, merungus dan berjalan buat-buat tak tau je, terus masuk bilik..

Sekarang, bila abah dah takde, baru aku sibuk nak rindu dia..baru aku sibuk nak rindu bau tangan dia, baru aku nak rindu tengok muka dia...





Moga abah aman disana

Al-Fatihah
Haji Ahmad Bin Haji Mat Salleh
18.05.1951 ~ 24.08.2014

3 comments: