Thursday, December 9, 2010

~~result???~~

hurm...ada berita kata result dh leh di view kat prof..adehh nebes nya...!!!...


ari ni aku dh berniat,kalo 2 subject yg aku amik tu dapat A...aku nk nazar 3 ari posa...
aku ni pelupa, kang kalo tak tulis kat mana2..alamatnya mmg selamaattttt!!!!...


mode nebes,

Sunday, November 28, 2010

~~Pesanan Buat Divers~~

Dear Diver,

You are going to visit beautiful coral reefs, rub shoulders with sharks,
meet whales, and discover the Ocean universe.

To do this you are going to spend a few days in a country
where fishermen, farmers and tradesmen live all year round.
Their traditions are different from yours.
The natural resources on which they survive are often in short supply.
Fresh water, in particular, is rare and priceless. 





The life of the country is not just the hotel you are staying at,
however pleasant. Why not use your spare time between dives
to meet the locals and listen to their stories ?
You may be astonished by their cultural heritage and hospitality.





Your purchasing power is, very often, much higher than theirs.
Do not push them to damage the sea and, in the long run,
impoverish the fishermen by buying sad souvenirs like shark teeth, shells, corals and tortoiseshells. Firmly refuse shark fin and tortoise soups, scandalously raped from the sea. These animals could disappear.

Under the water, you will be visiting a living, splendid but fragile world.
Collisions and shocks crush and kill the fixed animals which do such much
to enchant the seascapes you came to admire.
All disturbances can frighten fish which protect their eggs,
leaving their fray for the predators.
Please do not feed the fish as this disturbs the balance between species
and changes their natural behavior. 




You will expect to find all the treasures of the wild marine universe
as wonderful in the future as during your visit today.
You would like to share these joys with your friends and your children,
so be curious about everything but remain discrete and attentive
and watch out for clumsiness !
Your behavior today will ensure that future generations of divers
can enjoy this marvelous world and the thrills of meeting sharks and whales
in an underwater adventure as colorful as yours.
 







Pictures Courtesy of Hasina and Azhar (SpehereDiver, Mabul Island)




Source : http://www.longitude181.com/


Rindu mau dive,

Saturday, November 27, 2010

~~Berakhir!!~~

hurmm...semalam last paper final exam,,,lega giler...aman kepala..cuma tinggal submit assignment paper quality..pas tu hantar proposal tu project next sem..


so, ada sebulan cuti..nk start blogging balik ler..dh lama sunyi sepi blog aku ni..


so, plan nya nk sambung tusen pasal diving..update le story mori skit..then nk cite pasal trip2 lepas yg aku p sepanjang 2010. (ramai yg request ni)..rupanya ada ramai silent reader blog aku ni..


errmm, tp bila mau start ekk..hehhe..


Alhamdulillah...lega giler..merdekaa!!!.:)

Sunday, November 21, 2010

~~Exam!!!~~

pejam celik pejam celik kejap jek dah bulan Nov..maknanya dh 4 bulan aku jadi student balik..huhuhu..cepat nya masa berlalu..

Since bulan Nov ni start ler study week di ikuti exam week..

aku yg cuma amik 2 paper jek pun dh start nebess..Aku amik paper Quality Engineering and Safety Management..

Next Tues (23 Nov 2010) my first exam, paper Quality Engineering...then 26 Nov 2010 paper Safety Management...harap2 dapat flying colours..

Doakan ler kejayaan saya yek..

In nebes mode, 

Tuesday, November 9, 2010

~~diving trip musim tengkujuh??~~

haa..skang ni tgh musim tengkujuh sedang melanda area pantai timur termasuk la pulau-pulau kat area mersing nun..Musim tengkujuh diantara bulan Nov -  Jan every year..bot-bot kecik cam bot pelancong, bot nelayan tak di galak kan bersiar-siar melancong-lancong skang ni sbb laut bergelora and hujan..


kalo yg nak dive pun tak le best sgt pun sbb strong current (buek penat jek) and visibility pun low..so, wat pe nk p dive, kalo tak nampak apa yang nk di tengok kan...


Hari ni si Hasina dok cite pasal kes bot karam kat Tenggol..aiseh..mangsa2 sume nya diver..sib baik la takde kemalangan jiwa..ok la..aku copy/paste story tu ye..



KEMAMAN 7 Nov. – Jaket keselamatan serta pengalaman menyelam berjaya menyelamatkan 15 pelancong dan seorang tekong bot daripada mati lemas semasa bot mereka naiki karam pada kedudukan 10 batu nautika (18.5 kilometer) dari Pulau Tenggol, Dungun petang semalam.


Mereka termasuk seorang wanita hamil, Noraini Sosilawati Siregar Suffian, 30, dan anak lelakinya, Mohamad Daniel Aiman, 4, yang terpaksa terapung kira-kira 16 jam sambil berpaut sesama sendiri dalam kesejukan dan cemas dilambung ombak dalam kepekatan malam dan hujan lebat.


Mereka yang dilaporkan hilang lewat petang semalam akhirnya berjaya dikesan oleh Pasukan Gerakan Marin (PGM) berada pada kedudukan 16 batu nautika (29.6 kilometer) ke selatan pulau itu dan diselamatkan kira-kira pukul 10 pagi ini.
Kejadian penuh dramatik itu bermula kira-kira pukul 6.30 petang ketika ribut dan hujan lebat, selepas 20 minit bot mereka bertolak dari Pulau Tenggol menuju ke Kuala Dungun untuk pulang ke Kuala Lumpur.


Tekong bot, Mohd. Zulfadli Yahya, 29, menyedari bot yang mereka naiki itu bocor selain mengalami kerosakan enjin.


Keadaan menjadi semakin tidak terkawal apabila bot berkenaan dipenuhi air menyebabkan mereka semua memutuskan untuk terjun ke dalam laut dan berpaut dalam satu kumpulan sebelum bot itu tenggelam dalam tempoh tidak sampai 10 saat.
Mohamad Daniel yang terkapai-kapai terpaksa dipegang dan disambut secara bergilir-gilir di kalangan mangsa bagi menyelamatkannya daripada lemas.


Mangsa yang terdiri daripada sembilan lelaki, enam wanita serta seorang budak lelaki. Mereka ialah Salman Mohd. Kassim, 42; Muhamad Aman Muhami, 36; Azhar Ahmad, 45; Mazli Abd. Malik, 33; Mohd. Zulkifli Mat Daud, 33; Loo Kit Choong, 54; dan Badrulhisham Shariman, 40.


Lain-lain mangsa ialah Ayud Haida Sulaiman, 35; Dr. Anis Shafina Mahfuz, 29; Noraini Sosilawati, Norazimimah Abdul serta dua lagi yang hanya dikenali sebagai Maria dan Aida.


Mereka merupakan pelancong dari Kuala Lumpur yang bergerak dalam beberapa kumpulan ke Pulau Tenggol pada Jumaat lalu untuk mengikuti aktiviti menyelam skuba sebelum dijadual pulang petang semalam.


Komander PGM Wilayah Timur, Asisten Komisioner Mohd. Salleh Mat Jani berkata, dalam kejadian itu, tiga daripada mangsa mengalami kecederaan kritikal termasuk dua beranak iaitu, Noraini Sosilawati dan Mohamad Daniel Aiman.


“Ketika ditemui, kesemua mangsa berada dalam satu kumpulan sambil berpaut dan terapung di tengah-tengah laut dan mereka berjaya diselamatkan sebelum dibawa ke jeti Pangkalan PGM di Kemaman kira-kira pukul 11.15 pagi ini,” katanya kepada pemberita di pangkalan itu hari ini.


Beliau memberitahu, sejurus tiba di pangkalan itu, kesemua mangsa diberi rawatan serta merta sebelum dibawa ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut.
Mohd. Salleh berkata, sebelum kejadian itu berlaku, kesemua mangsa dilaporkan mengunjungi Pulau Tenggol secara berasingan sebelum membuat keputusan untuk pulang serentak dengan menaiki sebuah bot jenis D-Guardian (Catamaran) TKT 00467 P yang berukuran 27 meter panjang.


Katanya, sejurus pihaknya menerima panggilan telefon kira-kira pukul 8.10 malam tadi mengenai kejadian itu, gerakan mencari dan menyelamat mangsa dilancarkan segera oleh pasukan PGM, Maritim Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia serta Jabatan Bomba dan Penyelamat selain menggunakan sebuah helikopter.


“Sehinggalah ditemui, kesemua mereka selamat. Mujurlah mangsa memakai jaket keselamatan selain tenang, berpaut sesama mereka di tengah laut sebelum diselamatkan,” ujarnya.


Sementara itu, Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjalankan operasi menyelamat kerana mereka telah bertindak dengan pantas dan berkesan sehingga semua nyawa dapat diselamat.



Sejujurnya aku kagum ngan semangat mangsa2 ni..dorg tak panik and bekerjasama antara satu sama lain..aku tak boleh bayangkan kalo aku salah dorg daripada mangsa tue...Huhuhuhu..sure panik lebih..


and yg penting jugak, bot tu ada sedia kan jaket keselamatan..huiihh..skang ni, bukan sume bot ada jakat..and kalo ada pun brp ketul jek yg ada compared ngan penumpang yg naik..


Alhamdulillah...semua selamat...semoga kita boleh amik ikhtibar and belajar dari pada tragedi nie..


Full artikel : 16 mangsa bot karam selamat


saya sedang menahan kemaruk diving sempena musim tengkujuh,

Saturday, November 6, 2010

~~Pertandingan Header Tercantik!!! ~~

hahha..dok umah ngan badan sakit ni syok jugak rupanya..leh belek2 blog-blog orang..belek sana, belek sini tebaca lak pasal ada Pertandingan Header Tercantik!!! ......anjuran alienelliz ... hadiahnya adalah top up...berapa hage..herm...katanya rahsia...ala tak kisah lah brp pun hage nya..yang penting try dulu kan...mana tau leh termenang lak..:)




Aku dok syok2 baca terma dan syarat rupanya tarikh tutup pertandingan nya 6 Nov 2010..ler ari ni la ehh..herm perlu lincah buat entry pasal pertandingan ni..entah dr mana ler idea datang, yg penting jari aku still dok maintain menari atas key board yekk..


header aku ni biasa2 jek..bukan nya ada lip-lap pun..tp semua gambar ni, aku experience sendiri..gambar bubble tu, aku yg amik sendiri..masa tgh dive kat Pulau Aur..guna camera ehsan cik Hasina Terebus..pas tu gambar diving tu, dive instructor yg amik kan...time ni aku dive kat Pulau Mabul..aku and my diving buddies, salah sorg nya Luvis Phuah...aku berharap suatu hari nanti, kawan baik aku si Aleya pun boleh join xtvt menyelam ni...


korg yg aku dh tag nama dlm post ni, jom la join pertandingan ni jugak...


boleh menang ke header saya ni?? (^^)

~~sakit sana~~sakit sini~~

arakian lama nya aku dok membela lemak2 tepu aku kat badan nie...tetiba last week jin sukan dh sampuk aku kot...so, aku boleh dengan tidak sengaja nya terjogging...cite pasal aku tetiba boleh rajin terjogging ni aku ada masuk entry kat ~~sakit kaki~~.


2 hari pas tue (rabu) aku ngan arabella, boleh pulak p main badminton..xtvt mendera en. babat dan pn lemak di badan aku ni..tak tau la berapa byk dorg terbakar malam tue..dh ler malam tu 1st time main badminton, p pulak 2 org jek..amik ko, aku kena belasah dek anong ni sampai 5 set..sume aku kalah..tak pe la, anong ni pun aku dh melantik dia jadi coach aku..kang kalo aku menang, terpaksa pulak aku fired kan jek coach aku tu..ngeh2..:)






balik dr main badminton, aku dh letih..tp sebab badan melekit sesambil nk kering kan peluh tu, aku dok layan FB..berchat lak ngan si cik Hasina Terebus..minah ni memang player badminton pun..dia bagi la aku tips suh makan panadol dulu mlm ni sblm tido...so, sok takde la suffer sakit badan...pas mandi manda, sembahyang..seperti di segeskan, aku pun telan panadol terus zzz....


sok pagi2, bangun tido mmg ada la sakit sikit2..tp tu sakit kesan jogging..takde la sakit tangan ke bahu ke..so aku pun happy2 p la keja..ngan energetic nya..sakit sikit2 kat kaki tu ada la..alaaa, tak kan la nk manja sangat kan..:)


ari kamis lak...aku join team mate aku p main bowling..best giler la..skor aku dh tak leh maintain cam dulu..dh berzaman tak main..bola bowling pun dh berhabuk..layan kan main bowling sampai 4 games jek..




pagi Jumaat tu bangun..adehh sakit tangan...gerak skit jek, adeh sakit kaki....gerak lebih2 jek, sakit punggung...berjalan tu pun dgn penuh derita..seharian dok kurung dalam  bilik, layan lappy jek la..meminimizekan movement..sakit giler ni..sib baik la cuti Public Holiday sempena Deepavali..tak tau la cam ne kalo kena ari keja..balik umah parent pun dok berkurung dlam bilik jek..:(


so, pagi sabtu ni ada sikit lega.,.pepagi dh turun melepak menyembang ngan mama kat dapur..sesambil menyembang mama tolong urut tangan..menjerit2 ler ..adeh ni dh kes terbalik ni..patut aku yg urut mama, tapi ari ni mama lak yg urut aku..herm, takpe lar..bila lagi nk manja-manja kan...


cik arabella, bila lagi nk p bakar en. babat dan pn lemak di ikuti konco-konco nya skali...cik selulit juga perlu di pasti kan di bakar cukup2..hahha..


p/s : info pasal daiman bowling ni Daiman Bowling, Johor Bahru




mari membakar en babat and pn lemak,



Tuesday, November 2, 2010

~~sakit kaki!!~~


bulan posa lepas, aku bukan main berkobar-kobar nak p cari kasut sport..hanya di sebabkan aku timbang berat badan, ada kurang 2 kg...:)

maka petang tu, terus berdezuupp aku p cari kasut sport kat Jusco Bukit Indah..kuar masuk butik Nike, Al-Ikhsan, New Balance...tgh pikir2 nk pilih yg mana..tetiba teringat lak..aku ni kan slalunya hangat-hangat tahi ayam jek..kalo bab-bab mengurus badan ni...kejap jek la semangat berkobar-kobar aku tu..

maka dalam pada nk memilih kasut tu, aku decide..nk cari kasut sport hage around RM50 jek...kalo aku berjaya turun >5kg, aku reward kan kasut sport branded..tak kira la Nike ke, Adidas ke, New Balance ke..konon-konon pemangkin ler tue..(poyo kan)...wahahha..;p

maka, sambung la aktivity meround shopping complex tu lagi..dgn aim nya telah di tukar..iaitu mencari sport shoe berhage arond RM50..pusing punya pusing..ternmpak la kedai kasut yg tersorok skit...ada diskaun 75%..cantik ahh..

pilih punya pilih..jumpa pun kasut yg hage RM49 hinggit...biasa la kan..kalo dh ada sale banyak cam tue, sure la size yg tinggal pun thah apa2 jek..maka pilih punya pilih..last2 aku amik jugak kasut hage RM59..cun jugak la design nya..

balik keja...dengan alasan penat maka terkubur la hasrat nk jogging petang tu..begitu la hari yg berikut2 nya..sampai la tau2 dh cuti raya posa...masuk musim raya, cam biasa la, di ikuti ngan musim open house lak..

sempena cuti raya sampai 2 minggu maka berlambak la kena buat assgnment ngan test...balik keja jek..pas mandi, solat...terus berkurung kat library..maka, terkubur la niat nk jogging..





entah apa jadi ngan aku semalam..tetiba teringat la kasut aku dh 2 bulan beli..tak pakai-pakai..dr bulan posa sampai la dh musim haji..still dalam kotak, still dalam bonet keta...so, balik keja..tukar baju..kul 6.30pm baru la aku kuar bilik...parking keta kat tasik UTM tu..sarung la kasut baru tu...berjogging2 keliling tasik tue..azan maghrib, ngam2 aku complete 3 round tasik..balik bilik, mandi, solat..p study kat library pulak..haha..bukan main energetic lagi..:p





pagi ni aku nk bangun tido, kaki dh sakit..pas sembahyang subuh, sambung zzzz lagi...liat nya nk bangun pagi ni..huhuhu..

sepanjang ari ni..aku takde mood and kaki aku sakit...so, niat murni aku nk jogging lagi ari ni terkubur..lagi pun balik keja pun lambat skit tadi...agak2 nya bila aku akan g jogging lagi ehh??...hahha..;p

sedang sakit kaki,




~~senyap.sunyi.sepi~~


Salam..lama betul aku tak menghupdate kan blog aku ni..sunyi sepi tul..tak sangka dekat sebulan aku tak update apa-apa..ramai jugak yang bertanya..ingatkan blog aku ni takde sapa pun baca…rupanya ramai gak silence reader..hehehe..tak sangka pulak..:)

Bukan ler sengaja tak update blog ni..tapi bulan Oct, betul2 bulan bz laa..banyak tul assignment laa..test laa..yang leh wat aku sampai termimpi-mimpi soklan test..wahaha..

zaman aku study wat degree dulu pun tak se struggle aku study skang ni…zaman degree dok bz ngan kelab rekreasi je…Kelab Rekreasi Unisains glamor ngan nama KRU...sibuk plan macam-macam program nk mendaki jek..bukan bz ngan study pun..sbb tu result degree yg addoooooo jek…sib baik la takde kantoi paper, takde extent…;p

skang ni lak..bz ngan keja, ngan belajar..tu la zaman tak sambung belajar, balik keja leh tengok tv syok2 jek…layan FB..layan CSI..berangan..ada masa nak buat home made facial..tgk wayang..shopping…meround-round shooping complex sesuka ati..

skang ni no more le..weekend balik umah parent..weekdays lak terperuk la kat dlm hostel..dok diam2 belajar (errkk..sesambil main FB and mahjong titan..hihihi..)..kalo rasa nk cuci mata, boleh la p lepak kat library..haahaha..;)

23 Nov 2010 nnt aku dh final exam paper quality engineering..26 Nov 2010 pulak ada paper safety management..wish me luck yek..harap-harap dapat result yg flying colors..Insyallah…


my safety class mate and Prof Dr Abdul Rahman
courtesy of Mobin for this picture

saya yang masih belum biasa ngan schedule hidup baru,

sign



Monday, October 11, 2010

~~Aku bersalah!!!~~


huhuhu...balik umah mama ari Ahad lepas, mama bising...sbb badan naik lagi...alahai mama ku sayang..nk buek cam mano...anak dara mama ni tgh terbuka selera besa padang bola...lagi dok tension, lagi la kuat makan..huhuhu..

Balik dr umah mama terus g PSZ (library UTM)..sbb ada study group..sesambil buat tutorial, bukak FB sat..sekali ternmpk ada msg kat wall post ajak g jejalan mlm nie..hurmm menarik jugak kan...

so, pas smbhyg asar kat bilik aku...aku, anong and pae pun memulakan xtvt berhuga-huga...mula nya plan nk g City Square jek...nk tgk wayang...aku ler yg jadi driver..maklum la anak dara lagi 2 org nun bukan org JB..nk cilok2 ni kang terkial2 lak..(ye ke..lebih kurang jek sume ni..cam pelesit kalo dpt stering...;p)

Dalam perjalanan tu, cam biasa la kan..kalo dh anak2 dara berkumpul nama leh senyap..pott pett pottt pettt....tetiba terkeluar lak cerita pasal aku ternmpk gambar Mee Bandung ngan udang banyak giler kat wall Leez (our opismate)..

Sembang punya sembang last2, baik2 nk masuk parking kat CS tu..terus kitaorg tukar plan..nk g cari jugak Mee Bandung yg di promote oleh Leez...yg aku tau, leez bagitau kedai nya kat Kampung Melayu, depan Esso, sebelah kedai moto..

cam boleh agak la tempat nya..sampai2 kat esso tu..lalu la depan kedai moto..ehh sblh kedai moto ni ada kedai makan..ada signboard kecik jek "MEE BANDUNG MUAR"...kedai  nya biasa2 jek..takde la grand2 pun..ye la kot..yg nie..

Kitaorg pun order Mee Bandung Special ngan Udang..korg boleh pilih nk udang/ayam..mesti la pilih udang kannn....


lokasi kedai makan ni betul2 depan Stesen minyak esso..
kalo nk parking keta, kat Esso tu jek..



Ni la Mee Bandung nya yang sebelum ternoda..yummyyy!!!

 salah sorg judge...(^^), Pae aku takde lak gambar ko..
sila publish, nnt aku copy masuk dlm blog yee..



Assistant judge...:)

Otak-otak pun ada..Rm0.50/pcs               

Selepas di noda...dlm mee ni ada terselit sotong getah di potong kecik2..
udang ada 7 ekor..bedal udang pulakkk!!...RM6/mangkuk

suka sangat mug dia..mug kat sini sume unik2..RM1 tuk air teh o limau panas

Berdasarkan judges punya komen, makan nya best, udang nya segar, hage murah, cawan cantik, air rasa standard laa..cuma kena kurangkan rasa manis skit jek pada mee bandung tue..hehhe..

pas belasah mee bandung, alang2 dah sampai Kampung Melayu..tak sah la kan kalo tak pekena ABC..kalo kat JB ni, ABC kampung Melayu ni la yg terbest skali..dari zaman aku skolah rendah..sampai la skang nie..mmg kat sini la tempat kitaorg g beli ABC..


ABC special..siap ada ice cream..RM3/mangkuk


3rd judge..pae...:)

Kat sini ada 2-3 gerai yg jual ABC tapi yg aku selalu pegi kat AZMI, Medan Selera Kampung Melayu..aku dah bagi cop SIRIM version aku sendiri..ABC paling best in JB.. ;p

selesai adegan melantak..perut dh kenyang..baru la aku teringat pesanan mama ku..alamak...baru la aku rasa bersalah lak..makan tak ingat!!!!...

Ye..saya bersalah sebab telah melantak sampai perut ku sendat..cam ne nk kurus niee???...anong and pae aku tak nk kawan ngan korang!!...nnt kita kita gemuk ramai2!!!...

ehh, eli bagi email ckp sushi king ada promo RM2 laaa...bila mau pegiii??..




saya yang bersalah pada perut saya and pada mama saya....;p







Sunday, October 10, 2010

~~Ada apa dengan 10.10.10??..boipren pujaan aku kawin ari ni!!~~

herrmm..ada apa dengan nombor 10.10.10??..maknanya hari ni la kan...sama jek dengan hari-hari lain..jawapan nya cuma, sebab nombor tu unik and akan ada sekali jek spanjang zaman nie..


so, apa kena mengena nya??..boipren encem pujaan hati ku kawin ari ni!!!!!!!!!!...waaaaa..sedih nya!!!.. :'(


nak buat cam ne..kami takde jodoh...


dah le pulak tue, Majlis gilang gemilang perkahwinan dia akan ada live menerusi Gua.com, Buletin Utama and NONA...diperkatakan akan menjadi majlis perkahwinan "WEDDING OF THE YEAR"...gempak giler kan...



suka ar gambar ni..simple tapi nice..(^^)

yg ni pun cantik...


Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan pasangannya, Dr. Halina Mohd Yunos..
Aku mendoakan kalian berbahagia ke akhir hayat... 

kalo nk baca details / tgk live : Pahlawan_Melayu_Di_Istana_Kayangan


saya yang frust :(

Saturday, October 9, 2010

~~Apa tanda ahli neraka?~~

Apa tanda ahli neraka?

(Memiliki barang mewah yang korang rasa bangga tapi nobody care, mungkin petanda bahawa korang adalah ahli neraka, mungkin..)

Tanda korang ahli neraka (jika tak bertaubat)
1.Korang berhutang dengan Along
Hutang dengan kakak sulung korang yang bernama Along takpe, tapi jika korang berhutang dengan Along, korang akan miskin di dunia kerana riba(bunga) Along sangatlah tinggi, dan korang juga akan miskin di akhirat kerana Allah melaknat mereka yang terlibat dengan riba, eh, korang bukan miskin di akhirat, tapi akan diazab.., dan mungkin didunia juga korang akan diazab, seperti dikurung oleh Along dalam bilik bawak tanah minum air paip dan makan roti 
expired, sebelum anggota badan yang penting dipotong-potong..

Maka nasihat aku, jangan jadikan diri kita ni sehina hina manusia dalam islam bila kita sanggup berhutang dengan Along kapir yang bunganya berjalan mengikut kiraan hari…, nak beli perabot, nak beli TV LCD, nak beli patung bangau untuk letak tepi kolam kecik dalam pagar rumah,, tak payahlah nak berhutang dengan Along,.., carilah jalan lain.., kita orang islam, dah tahu Along itu haram, buat apa nak berhutang jugak.., Allah laknat, tak selamat dunia akhirat, tak berbaloi kena potong tangan atas kesalahan bukan hudud, cukuplah kerandut zakar dipotong waktu kecik, sila ambik pengajaran dan bertaubatlah..
2.Ada Kad Kredit tapi tak laku sebab dah kena block.

Jangan emosi dulu, akupun ada Kad Kredit, bagi aku kad kredit adalah untuk orang bijak yang malas bawak duit atas factor keselamatan atau menjimatkan masa dan belanja tanpa dikenakan cukai tahunan atau riba kerana bayar pada tarikh sebelum riba bermula, tetapi bagi mereka yang slow dan mudah diperbodohkan, mereka akan belanja sampai habis limit kad yang melebihi pendapatan bulanan dan bayar bulanan hutang dengan jumlah paling minimum… (itu yang bayar, yang tak bayar lagi bangang)

Bila korang berhutang guna kad kredit, maka riba akan berjalan, apatah lagi korang berhutang untuk beli perkara sampah seperti (masukkan sendiri barang mewah yang korang banggakan tapi takde siapa pedulipun).., dan riba kad kredit adalah riba yang paling tinggi dalam semua riba yang di’halal’kan oleh kerajaan., sendiri mahu ingat!

Kalau korang diistihar muflis kerana kad kredit, aku tak tahu nak cakap apa.., ok, aku tahu:

wahai si bengong, bayarlah hutang cepat cepat dan bertaubatlah jika tak nak masuk neraka..
3.Pinjam duit kawan dan melengah-lengahkannya.
Pinjam duit kawan, adik beradik, saudara mara, adalah tidak salah, Nabipun berhutang, lagipun pinjaman sebegini takde riba, sangat bagus.., tapi jika korang tangguhkan bayar hutang sehingga menyusahkan kawan, adik beradik, saudara mara, PTPTN dan MARA, maka ingatlah, apabila kawan, adik beradik, saudara mara, PTPTN dan MARA yang korang lengah-lengahkan hutang tu mati tanpa sempat korang bayar, maka bersedialah untuk bagi pahala korang pada mereka jika korang jenis solat awal waktu, tapi jika korang jenis solat lengah lengah, sama macam bayar hutang lengah lengah, maka bersedialah untuk ambik dosa mereka dan masukklah korang ke dalam neraka dibakar doa laknat PTPTN, MARA, YAYASAN, kawan, adik beradik, dan saudara mara…

Berdosa dengan Allah, ada peluang untuk diampunkan, tapi bila mati dengan bawak hutang maka sengat besar seksanya diakhirat.., sudahlah hidup didunia orang benci, mati pulak masuk neraka, bengong!
(tolong jangan marah aku guna perkataan bengong sebab mereka memang bengong kerana berhutang untuk hidup mewah tapi lupa nak bayar sehingga menyusahkan orang lain, memang bengong,)
4.Ambik rasuah.

Ni lagi satu masalah besar dalam Negara selain dadah, denggi, dan pembakar bendera ditepi jalan.., arghh, aku malas nak cakap banyak, sebab selalu keluar iklan dalam Tv iaitu mereka yang rasuah akan di penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan, dan aku tambah, korang juga akan masuk neraka!

Nabi bersabda dalam hadith yang diriwayatkan at-Tirmizi bermaksud: "
Penerima dan pemberi rasuah akan ditempatkan di dalam api neraka.
(Untuk rujukan: No telefon BPR: talian bebas tol 1-800-88-6000)
5.Jarang balik kampung

Orang tua dikampung sangat rindu pada korang, tapi korang sebab belanja besar dalam hidup beli barang mewah yang korang banggakan tapi takde siapa pedulipun, akhirnya hujung bulan takde duit, lalu setahun dua kali balik kampungpun payah.., kenapa?

Alahai tak kan tak tahu, nak balik kampung, naik kereta minyak mahal, duit tol lagi, minyak hitam lagi nanti jika kereta rosak, duit lagi, sampai kampung, kena bagi duit lagi kat mak ayah.., akhirnya korang jarang balik, mak bapak kecik hati, dan menangis sambil tonton sitcom cerita indon yang banyak kisah anak derhaka, yang mengingatkan mereka juga ada anak derhaka macam korang, dan korang tahu bila korang balik?

Lepas jiran bagitahu mak bapak korang dah jadi mayat barulah nak balik.., itupun sebab nak tolong jual tanah arwah mak bapak, memang boleh jadi ahli nerakalah anak macam ni..

Sementara mak bapak masih hidup, baliklah kampung ziarah mereka, jika takde duit, cerita betul-betul, mereka nak tengok korang depan mata.., sejukkan mata mereka, tapi jika korang sibuk cari harta dunia sehingga lupa ziarah mereka, lupa makan minum mereka, lupa kain baju mereka, lupa kencing berak mereka, lupa ayam itik mereka, maka koranglah yang Nabi cakap, mereka yang celaka kerana tidak mendapat keampunan dibulan Ramadan sebab mak bapak mereka tak dapat manfaat dari anak-anaknya.

Kata korang:, mak, saya tak boleh balik kampung, kerana saya ada masalah kewangan, minyak mahal, tol lagi, lagipun saya kena bayar banyak bil dalam hidup seperti TV astro full package, tiket wayang setiap minggu, yuran gymnasium, bil api tiga phase (sebab rumah korang ada aircond), yuran langgangan Reader's Digest, yuran kelab kereta jelajah Malaysia takde kerja sebab hidup seribu tahun, kelab golf, clubbing dan (isilah perkara yang mak bapak korang tak pernah buat tapi korang buat siap bayar lagi), memang bengong!
6.Ada kerja tambahan sehingga takde masa nak buat amalan sunnat...

Aku hairan kepada mereka yang dah kerja makan gaji, lepas tu buat kerja tambahan dan bangga dengan apa yang mereka buat, bagi aku, jika korang dah kerja makan gaji, tapi kena buat kerja tambahan, maka itu bermakna pengurusan kewangan korang tak betul, yelah, sebab bila korang banyak hutang beli barang mewah yang korang banggakan tapi takde siapa pedulipun, maka dah tentu korang kena buat kerja tambahan, sehingga tinggal solat berjemaah, tinggal kuliah ugama, tinggal kerja dakwah.., apa yang nak dibanggakan?

Balik kerja terus bukak kedai burger, orang azan magrib, korang potong timun, orang azan isyak, korang potong bawang, orang mengaji, korang potong roti, orang berdakwah, korang potong stim, dengan berkata:

“Hamka, salahkah umat Islam mengumpul harta dengan cara yang halal? Bukankah ada hadith: "Beribadatlah kamu seolah esok hari kamu akan mati dan bekerjalah seolah kamu hidup seribu tahun lagi". Bukankah dengan kekayaan kita boleh membela agama kita?, ingat Hamka, bekerjalah kamu seolah olah hidup seribu tahun”

Woi mangkuk, jika korang sedang bekerja atau sedang buat kerja dunia, tiba tiba dengar azan berkumandang, maka segeralah solat bagi wanita dan segeralah ke masjid bagi lelaki kerana korang bekerja di ibaratkan seolah olah hidup seribu tahun, maka boleh buat lain kali, boleh tangguh!, banyak masa lagi daa..,

Tapi oleh kerana korang beribadat macam esok dah nak jadi mayat, maka korang kenalah segera bersolat serta merta, jangan berlengah lagi, nak mampos???... huh! tinggal esok lagi dah nak mampos, tapi masih sibuk besarkan dunia.. oh

Aku ulang: kita dah nak jadi mayat esok, maka kita tidak boleh tangguh sebarang perintah Allah, misalnya jika kita dengar azan, maka kita kena segera ke masjid, untuk solat berjemaah…, dan jika dah memang kita ada peluang untuk hidup seribu tahun lagi, maka kita kena relexs dan bersabar jika kerja dunia tu tak berjaya atau tak menjadi, kerana kita ada banyak masa lagi tu..!!, seribu tahun lagi ape?!!! ..he he he, relekslah brother.. he he he.

Pesan aku, Tak salah buat kerja tambahan, buat overtime, tapi buat bila perlu sahaja, bukan kena buat tiap tiap hari atau jadi ‘terpaksa buat’, yang mana jika tak buat, maka takde duit nak bayar bil, itu yang tak betul.., itu yang jadi kerja 16 jam sehari, ibadat entah ke mana, usahkan masa untuk ibadat sunnat, solat jemaahpun dah takde, kalau datang solatpun tak nampak muka sebab berbungkus kain kapan dan duduk depan sekali sebelum naik kereta mayat..

Tingallah kedai burger, nyam nyam sedapnya makan oblong burger..
7. Kedekut nak mampos.

Zakat yang dibayar hanyalah zakat fitrah, dan sedekahpun biasanya RM seringgit, tapi dalam diri rasa dah banyak bagi pada Allah, maka bila adik beradik susah, atau jiran susah, atau ada fakir miskin mintak tolong, terus ungkit, aku dah banyak bagi sedekah kat masjid, (RM seringgit seminggu), pergi jumpa Along!

Orang kedekut tak ke manapun, duit banyak akhirnya jadi hak waris, badan jadi hak ulat, dan korang masuk neraka, tak ke manapun.
8. Suka bertanya bila gaji nak masuk (bagi mereka yang makan gaji)

Tak salah bertanya, tapi jika gaji masuk 25 haribulan, 26 haribulan, dah bayar hutang dengan semua gaji, kedai burgerpun tak beberapa laku, maka 27 haribulan dah tanya, errr, bila gaji masuk? Tak ke ahli neraka? Sebab jika korang ahli shurga korang akan Tanya, bila zohor nak masuk? Faham!

Akupun tanya jugak pada 22 haribulan, bila gaji masuk?, dan jika mereka cakap, esok lusa masuk, maka aku terus pergi membeli belah keperluan rumah sebab tak nak bersesak sesak dan biasanya sebelum 25 haribulan pasaraya lengang dan barang murah..

Err, gaji dah masuk ke? Bulan lepas punya potongan KWSP tak habis lagi, woha!
9. Marah bila bercakap bab duit.

Aku tak tahupun korang ada masalah kewangan, aku tanya sahaja,
“apa kata hujung minggu ni kita pergi berkelah di Pulau Kapas?”terus korang marah kerana anggap aku hina korang yang ada hutang Along, kredit kad, kedai burger tak boleh tutup hujung minggu lau beremosi dengan aku. Marah marah..

Relaklah brother, gua lupa lu ada kedai burger yang kena operasi setiap malam untuk bayar hutang along sebab beli beli barang mewah yang lu banggakan tapi takde siapa pedulipun, ada TV plasma, Astro, tapi tak tengok sebab terpaksa jual burger, siapa peduli? Bodoh lagi apa?

Gua pergi dulu Pulau kapas, lepak homestay sana dua hari, minggu depan nak pergi langkawi pulak.., jangan emosi bro, nanti gua tag gambar gua pergi melancong di singapura dalam facebook lu..

Jangan marah-marah bro, nanti masuk neraka!

Ada masa, kita pergi iktikaf di masjid, apa?!, tak boleh iktikaf sebab takde duit? Bengong!
10. Guna duit raya anak dan tidak berniat nak ganti balik.
Pelik?, lepas raya kenapa lu banyak bawak duit RM seringgit bila belanja?

(Malas nak tulis karangan cerita ini)
11. Takde akaun tabung haji.

Kitaorang mana ada duit nak daftar pergi haji, nanti kitaorang kaya, kitaorang tak mainlah pergi haji dengan pekej murah, kitaorang akan pergi haji dengan syrikat swasta, pekej perdana, RM30 ribu, berkemah dipadang arafah dalam bilik air cond, makan nasi lemak walaupun di tanah arab dan beriktikaf dihotel mewah, sekarang kitaorang takde pendahaluan RM1300, kitaorang tak mampu, lagipun rumah kitaorang ada astro, TV plasma kat dapur dan TV LCD kat ruang tamu, DVD player lagi, sound system surround, mana mampu daftar tabung haji, tayar spare kereta punya rimpun tak sport, (yang lain semua dah sport). Lagipun duit bulan ni nak beli patung bangau betina untuk letak tepi kolam kecik dalam pagar sebab kesian patung bangau jantan yang selama ni sekor sekor duduk tepi kolam, dia kesunyian..,

Haji adalah rukun islam, jika takde niat nak pergi, boleh masuk neraka…, tapi bangau tu kesunyian, Nabi adam dalam syurgapun kesunyian, bila takde Hawa, bangau saya lagilah kesunyian..

(adegan seterusnya terpaksa didelete kerana aku sedang mematahkan leher bangau kesunyiannnya agar tidak kesunyian lagi)
12. Mencuri
Ini memang bengong ganda dua puluh tiga (masukkan soud effect guruh)!, orang yang hutang dengan along ‘lebih baik’ dari korang yang mencuri, aku pernah nampak dalam CCTV seorang wanita bengong yang curi susu anak dalam pasaraya sorok celah kain, harga RM 22 ringgit untuk satu kilogram, susu tu dah jadi haram, anak makan benda haram, dan maka bapak boleh masuk neraka, bodoh!
13.Mintak derma kon nak buat masjid.

Kat Malaysia ni ramai yang mintak derma konon nak buat masjid, tapi rupanya duit tu masuk poket sendiri untuk memiliki barang mewah yang korang rasa bangga tapi nobody care..

Memang masuk neraka!
14:Menipu dalam jual beli.

Contoh: Penipu akan datang pada korang dengan muka manja dan berlagak insan kamil lalu pujuk rayu korang gores satu kad, korangpun sebagai pemuda-pemudi yang menghafal rukun negara, tolak cara baik, tapi penipu tabah lalu buat muka kasihan bagitahu bos dia akan bagi dia 50 sen kat dia sebagai upah jika korang gores, (penipu kena pandai berlakon, semua pelakon menipu dalam wataknya) korang sebagai insan yang baik dan berhati perut mulia pun cepat rasa kasihan, korangpun goreslah.., bila korang dah gores, dia pun akan buat muka terkejut, (pelakon yang berkebolehan melakonkan pelbagai watak)
“wah, cik adik dah menang besar, 1. 5 juta bla bla bla,”
Lepas tu tepon member dia bagitu korang bertuah, lepas tu datanglah bos dia (juga seorang pelakon handalan) puji dan kagum dengan ‘rezeki’ korang, lepas tu korang kena beli barang dia dalam harga RM 3000, baru layak cabutan bertuah hadiah bernilai 1. 5 juta he he he…, member aku yang lurus dan sudah simpan duit nak kahwin, tapi masih cinta dunia dah terkena penyakit wahan.

Lalu beli barang rumah yang tak berguna seperti ‘air cond’ mudah alih (kipas letak air batu) yang mana jika kos asal adalah dua tiga ratus kot tapi dia kena bayar RM 3000, lepas tu bila buat cabutan bertuah dapatlah set pinggang mangkuk tak bermutu.., aku pun tak paham, lebih kurang gitulah member aku cerita.. ish ish ish.. siapa mangkuk dalam cerita ni? siapa yang jadi mangkuk bertingkat dan siapa yang jadi mangkuk hayun?

Pergi masuk neraka!
15.Membunuh orang kaya di dalam kebun

Menculik, memaksa lakukan transaksi wang jutaan ringgit, pukul hingga mati, bunuh, bakar mayat atas zink, dan buang mayat ke sungai.

Korang memang layak masuk neraka! Tak payah cakap banyak.
16.Membunuh diri.

Malas dah nak tulis, akhir zaman ni, dah ada orang islam yang bunuh diri sebab masalah duit, lepas tu masuk neraka, apa punya hampeh daa…
17…. (berhenti minum air kejap)
Arghh, aku mula mula nak tulis sepuluh bab sahaja, tapi masuk nombor 17 ada banyak lagi ilham datang, maka aku stop sampai sini, korang sambunglah sendiri.. aku dahaga..

Akhir kata:-

Tak salah jadi miskin, Nabipun miskin, dan sahabat bagindapun ramai yang miskin, dan orang miskin akan masuk shurga lebih awal dari orang kaya, jadi aku bukan nak cakap jadi miskin itu salah, yang salah bila kemiskinan kita menyusahkan orang, itu yang salah..,

Alang-alang dah jadi miskin, biar mati masuk shurga, tapi jika jadi miskin dan masuk neraka, itu yang payah.., itu yang bengong!

Dalam hadith bagitahu, bilangan orang perempuan masuk neraka adalah 20 nisbah satu, iaitu untuk 20 orang perempuan, satu lelaki akan masuk neraka,

Jika diteliti, orang perempuan memang banyak yang bengong sebab mereka sebenarnya mudah masuk shurga, iaitu jaga solat, akhlak dan aurat, maka masuklah mereka ke dalam shurga, tapi sebab bengong, solat dilengahkan, akhlak buruk, dan tak jaga aurat, maka masuklah 20 orang perempuan itu dalam neraka.

Tapi yang lebih bengong lagi adalah lelaki yang nisbah satu tu.., yang terdiri daripada 17 senarai diatas. memang ngok!

Sekian.

Source : ~Kereta Mayat~