Friday, January 21, 2011

~~Advance Open Water~~

dah tak sabar mau upgrade lesen Open Water aku ni....


kenapa aku nk upgrade kan lesen Open water aku ke Advance Open Water??...haa...sbb teringin sangat nk buat wreck dive, nite dive ngan navigate sendiri mau p mana time dive nnt...


kepada yg tak follow blog aku, so tak tau apa tu Open Water License laa...upgrade lesen ke Advance Open Water la...sila click sini!!..


kalo  nk tau lebih lanjut pasal Advance Open Water, sila baca la article yg aku cilok dr Utusan kat bawah ni..:P


oopsss sebelum tu meh kita tgk gambar2 yg boleh buat aku meronta-ronta mau buat wreck dive..





kalo korg rasa tu dh cool..cuba tgk yg ni pulak...




haaaa...ada lagi yg super cooooooolll.....




cam mana dorg angkut keta tank zaman nippon ni pun tak tau ler...


pose cam ni caaareee gak kan...(dh standby nk berangan ni)... ;p


kalo korg rasa benda-benda ni kat obersea jek, mmg korg silap besar lerr...hehe..


wreck dive byk kat malaysia ni, generally kat area Borneo..esp kat Labuan, Sabah..



So, jom p amik lesen diving reramai jom!!... :)

ok..ok..cukup dh sesi membelek gambar...
ni ler artikel yg cite pasal Advance Open Water...check it out...


ARKIB : 25/09/2010

Teruskan hingga skuba lanjutan





Menyelam pada kedalaman melebihi 18 meter memerlukan seorang penyelam skuba itu mempunyai selaman lanjutan selain beberapa kursus khusus lain.


MUNGKIN ramai yang tertanya-tanya jika sudah mempunyai lesen selam skuba laut terbuka, kenapa kita masih perlu untuk mendapatkan lesen selam skuba lanjutan? Walhal ia dilihat satu kelompok kursus yang hampir sama.


Malah, ada penyelam skuba yang sudah menyelam lebih 20 tahun masih tidak 'melangkah ke alam' selam skuba lanjutan kerana lebih selesa dengan apa yang dia ada.


Ini termasuk ungkapan nakal yang turut mengaitkan mengenai 'tanggungjawab 'jika seseorang itu mempunyai lesen selam skuba lanjutan.


Manakan tidak, sebagai pemilik lesen selam skuba lanjutan, seorang itu mempunyai tanggungjawab yang lebih tinggi berbanding penyelam skuba laut terbuka.


Ini berikutan kursus selam skuba lanjutan turut merangkumi beberapa aspek yang tidak diajar semasa penyelam skuba mengikuti kursus laut terbuka.


Ini termasuk selaman dalam, selaman waktu malam dan selaman navigasi.


Aspek-aspek ini penting bagi seorang penyelam skuba dalam melakukan selaman tidak kira di kawasan selam yang biasa dikunjungi atau di kawasan selam baru.


Dengan pengetahuan mendalam terhadap pelbagai aspek yang diajar di dalam kursus selam skuba lanjutan, penyelam mampu menguruskan diri sendiri dan penyelam lain dalam menjalankan aktiviti mereka.


Lebih menarik, melalui selama skuba lanjutan, selain diberi kebenaran untuk menyelam sehingga 30 meter berbanding hanya 18 meter bagi penyelam skuba laut terbuka, mereka turut boleh menyertai pelbagai kursus khusus yang mampu menceriakan aktiviti selam skuba mereka.


Antara yang paling mendapat sambutan ialah fotografi dasar laut, pemuliharaan marin dan selaman kapal karam.


Tiga bidang khusus itu sering mendapat sambutan disebabkan melaluinya, penyelam mampu melakukan pelbagai aktiviti tidak hanya menyelam biasa malah bagi fotografi dasar laut, dengan kelengkapan yang semakin murah sekarang, ia menjadi antara tujuan utama penyelam skuba menyertai aktiviti ini.


Berbalik kepada tanggungjawab sebagai penyelam lanjutan, selain mampu menyelam lebih dalam berbanding penyelam baru dan penyelam asas, mereka juga bakal dilengkapi dengan pengetahuan menyelam waktu malam dan juga navigasi selaman.


Menyelam pada waktu malam memerlukan kemahiran tertentu disebabkan selain kita berada pada persekitaran yang berlainan, kita juga perlu menggunakan peralatan khas termasuk lampu selam skuba yang bersesuaian.


Tanpa menerima tunjuk ajar yang betul, tidak semua penyelam skuba mampu menyelam pada waktu malam.


Berbeza ketika selaman pada waktu siang yang membolehkan penyelam skuba nampak kawasan persekitaran, menyelam pada waktu malam membataskan pergerakan.


Ini termasuk ada ketika penyelam skuba mengalami kekeliruan orientasi.


Belum lagi penyelam skuba itu terkena nitrogen narcosis yang akan membuatkan mereka berhalusinasi ketika selaman.


Semua itu akan diajar dalam kursus lanjutan bagi membolehkan seorang penyelam skuba menimba pengalaman dan keyakinan.


Selain itu, selaman dalam juga tidak boleh dilakukan oleh sebarangan penyelam disebabkan ia memerlukan penyelam skuba melakukan beberapa aspek penting dalam melakukan selaman itu.


Ini berikutan, penyelam skuba itu perlu melakukan aspek keselamatan secara berperingkat bagi mengelakkan mereka terkena penyakit tekanan tinggi atau DCS.


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai selam skuba lanjutan dan kursus khusus, lawat www.idc-kul.com.my atau hubungi Pengarah Kursus, GoPro PADI Sea Monkey, Arnold Yap di 012-3881748 atau 03-78859658.


Untuk insurans Selam Skuba DAN, hubungi info@divetenggara.com atau melawat laman web www.divetenggara.my.


Source : Utusan Malaysia Online - Rekreasi




wahhhh...sangat lama aku tak dive kan..siap ada yg tegur, putih skit kulit aku skang ni...hahaha..


don't worry..tak lama lagi rentung balik ler..hehe..musim tengkujuh dah nak abis..nnt mula la aku skodeng2 tempat2 best...


timing cun, poket pun cun, AL pun ada, line clear...apa lagi terus zzaaaassss jek... :)








saya yg dah rindu mau bllluuupppp!!!....bllluuupppp!!!...bluuppppp!!!!...








2 comments:

Hasina Terebuzzu said... Best Blogger Tips

1 - anda sgt poyo!

2 - anda nk cara di celah2 bilah kipas andalah xkan menjadi! Aahaahha...

3 - yo yo ooo jer anda! Ahahaha

YanTie AhMad said... Best Blogger Tips

1-cik hasina jeles..
2-cik hasina amikkan la gambar saya
3-jom la cik hasina wat adavance jugakkk