Thursday, December 26, 2013

China - Guangzhou - day 5

Sambungan dari sini...

Pagi-pagi aku lagi aku dah siap2 nak pegi lagi kat masjid semalam..rasa macam tak puas explore masjid tue..lagi pun ada orang kirim kitab tafsir dari china..and rasa cam nak cari info pasal masjid-masjid kat area Guangzhou nie..since aku dah Xde plan apa-apa..rasanya aku nak visit semua masjid kat area sini..pagi nie since aku jejalan sorang jek aku naik taxi jek terus ke masjid tue..driver taxi tak tau masjid tu kat mana, aku tunjuk map pun dia blurr jek..tak pe la..so aku turun jek kat metro station yang aku pegi semalam..dari metro station tue aku jalan kaki sesorang ke masjid..

 Court badminton kat Guangzhou..Pagi-pagi cam nie tak ramai sangat orang main..
Dorang dok bertaichi lagi haa..nenek-nenek tua pun join, siap ada sorang bagi instruction..
Kawasan perumahan
Kedai muslim yang paling besar aku nampak kat sini.
 Kicap ABC pun ada...hehe..



Masuk jek masjid aku di sapa oleh imam yang ada bilik sendiri di depan pintu masuk masjid tue..aku pun tumpang tanya, kat mana boleh dapat kan kitab2 dalam bahasa arab?..tapi bukan main susah lagi dia nak faham..last-last aku sebut tafsir, baru dia paham..dia tunjuk kedai kat dalam kawasan masjid tu jugak..tp malang nya kitab yang aku cari takde..yang ada cuma Al Quran dan beberapa tafsir Al-Qur'an,tasbih, kopiah..aku pun keluar dari masjid dan berlegar-legar lagi kat kawasan situ..kot-kot la jumpa kedai buku muslim, tapi takde..last-last aku patah balik ke masjid dan tumpang tanya pak imam tue info pasal masjid-masjid lain kat kawasan nie..Pak imam tu bagi aku pamphlet, dia kata bagi driver taxi..nanti dorang bawak..bagus jugak sebab ada tulisan Chinese dalam map tue..aku amik masa kejap belek-belek map tue...hurm, kalau aku jalan kaki balik hotel akan lalu kat masjid lagi satu..so berbekal kan map yang imam tu bagi aku explore sorang-sorang jalan ke masjid tue..orang ramai takde la pandang pelik sangat, may be biasa nampak muka orang muslim kat area nie..
 






 Lepas penat ke hulu - ke hilir, tanya orang depan kata kat belakang..tanya orang kat belakang kata kat depan, last-last aku jumpa jugak masjid nya..masjid nie kat celah lorong pejalan kaki jek..even kereta pun tak boleh muat nak lalu..


 Ni la dia lorong yang aku dok pusing-pusing cari..haha..

masuk-masuk jek masjid ni aku terkejut..kat dalam tu ada ramai makcik-makcik tengah duduk mengadap tv , salah seorang dari depa tu dok nyanyi..laaaa..dorang dok karaoke!!..haha..lagu klasik pulak tue...aku dok amik-amik gambar and belek-belek kitab kat dalam masjid tue..












makcik ni dok sibuk menyanyi penuh penghayatan..

dalam aku dok blurr-blurr cari kitab yang kawan aku request, staff kat situ yang tengah menyapu tu, macam tau-tau jek aku ni orang Malaysia..Malay-shia..cam tu la dia sebut..last-last di bagi nya aku satu buku tafsir, tapi dalam tulisan chinese daaa..mana la kawe pahe...

 time on the way nak balik ke hotel, aku lalu deretan kedai yang jual barangan advertisement..tetiba jek nampak logo yang sangat dikenali..haha..parti apa pun, supplier sama jek..:p
ternampak kedai makan muslim, sempat singgah beli makanan lunch..

Dari masjid tu, aku jalan kaki balik hotel..okeh..time tuk mengemas..jom kita pindah hotel...yeaahooo..

Tadaaaaa..ini lah dia hotel baru kami..




 Ni la dia bilik kitaorang...beso and best..tapi yang paling superb, ada wifi giler laju kat bilik..

Lepas zohor, kitaorang join adik-adik semalam pegi shoping barang-barang computer pulak.dari hotel kena naik taxi ke sana, sebab jauh dari metro station..






 Punya la power power bank ni, sampai boleh guna tuk charge kereta..canggihhhh wooo...
 Segala macam benda ada kat mall ni..tepon zaman tok kadok jek yang takde.tepon semua yang latest jek..

 Transporatation kat China...dorang angkat monitor DELL pun guna trolley cam tu jek..ada yang siap terexcident sesama trolley dorang..pas tu kotak terus jatuh bersepah...dorang kutip balik, susun-susun..then jalan, cam de apa-apa jek jatuh kan kotak-kotak DELL...haha..nasib!

Lepas balik bilik, rehat-rehat kejap...NEXT DESTINATION....jom!!..





 Sebelum tido, sempat lagi meround kat BEIJING Lu (LU is ROAD)...kalo jalan kat sini, sila gemukkan wallet anda..hehe..kalo wallet tak gemuk, sila cuci mata macam kami je laa..hehe..tapi kami xpe, sebab badan dah gemuk pun..:p

Punya la banyak sangat jalan arini, sampai kaki dah tak larat nak melangkah dah..siap masuk kedai kasut semata nak tumpang duduk..haha..kesian pae, kena berlakon belek-belek kasut, test-test kasut, tawaf 3-4 kali kedai kasut tue..haha..
 Kepenatan balik bilik...nak tidoooo!!!!...



Monday, December 16, 2013

CHINA – GUANGZHOU – DAY 4 – Part 11


Sambungan dari sini..

Lepas berehat kejap kat bilik tu, petang tu kitaorang plan nak ke masjid kat area Guangzhou ni jugak..aku tengok kat map buku Lonely Planet takde la jauh sangat..so kami ingat nak jalan kaki jek la sesambil cuci mata kat area nie..

Menurut buku LP ni, masjid yang kami nak pegi nie dikenali sebagai “mosque dedicated to the prophet”..masjid ini antara masjid yang terawal di bina di kawasan asia..tapi local people panggil masjid ni as HUAISHENG MOSQUE dianggarkan dibina 1300 tahun dahulu..masjid-masjid di kawasan China ni di bina oleh Said Bin Abi Waqqas, iaitu pakcik kepada Nabi Muhammad SAW.


 ada restaurant muslim area sini..yeaahh..

 sushi jual tepi jalan macam ni jek haa..
 seafood cucuk-cucuk..

 lorong ni jual cermin mata jek..dari hujung jalan sana, sampai hujung jalan sini, semua kedai cermin mata..

 Bila nampak kedai muslim nie jek,  dah agak sure ada masjid area nie..


Itu la dia masjidnya..:)
 
Tengah kita orang dok amik gambar kat depan masjid tu,terserempak dengan 2 orang gadis Malaysia jugak, tapi sekadar saling berbalas senyum jek..kebetulan masa kami dok kat luar masjid amik gambor tu, azan asar pun berkumandang…(tak boleh upload pulak suara azan tue, nnt aku try lagi yek)










 Ya Allah walau di mana aku berada, namun seruan azan menyeru umat Mu menyembah Mu tetap sama bunyi nya..di Madinah, di Mekah, di Korea, di Guangzhou, di Brunei, di Indonesia..”that is the beauty of Islam”..teringat kata-kata seorang akak dari Bahrain yang duduk kat sebelah aku di masjidil haram..

Sementara kami beriktikaf sebentar di dalam masjid, masuk seorang local muslimah kat ruang solat wanita tue..sementara aku dok tunggu pae solat, masuk pulak 2 orang gadis Malaysia yang aku terserempak kat luar tadi..dorang bertanya kat mana ruang mengambil wuduk…aku ngan pae menunggu 2 orang kawan baru ni siap solat, sebab kami tolong jaga kan luggage dorang..lepas jek solat kitaorang bersembang panjang..

Dorang nie ada list tempat-tempat yang dorang nak pergi, while kitaorang pulak clueless nak ke mana…lepas sembang kejap, aku ngan pae pun setuju nak ikut dorang jalan..sambil tunjukkan cara naik turun metro kat sini (selama nie dorang kemana-mana naik taxi)..


Dari masjid tu kami jalan kaki ke metro station terdekat, pas tu ke One Link..mall ni giler banyak barang…time kitaorang sampai tu dah hampir pukul 7pm..dah banyak kedai nak tutup..sempat jugak la kitaorang singgah kat kedai jual bedding set..banyak giler dorang ni borong, sebab dorang amik space cargo boleh la beli banyak-banyak..apa lagi, aku ngan pae pun tumpang sekaki la jawab nya..haha..

 Mereka di belakang taxi, di balik timbunan cadar..haha..

Lepas abeh shopping…aku ngan pae ke bilik dorang ni, sambil-sambil nak meriki-riki hotel lain..esok pagi kitaorang kalau boleh nak masuk hotel lain laa..geli la hotel tue..huhu..
Lepas lepak kejap kat bilik dorang, kitaorang pun meround-round tanpa arah tujuan..dok pusing-pusing tu, terserempak pulak dengan desmond…mamat yang aku terserempak kat airport masa mula-mula sampai..Mamat ni pun tolong kami tawar-tawar kan beli barang yang lain..best ada orang yang terror cakap mandarin nie..

  Desmond tengah tawar menawar ngan auntie-auntie nie..
si minah 2 orang tu, konon paham la tue...berlakon..yok orr orr jek..

Alang-alang jumpa si desmond ni, aku tumpang tanya kot dia ada hotel yang boleh direkemen..dia kata dia pun baru jek book bilik kat booking.com..stay kat hotel continental..aku pun aik, continental??..tak nak la hotel mahal-mahal…menurut si desmond ni, hotel dia tak mahal pun..tak sampai pun RM100/day..sebab hotel continental tu ada banyak level, ada sesetengah tingkat dah dijualkan kepada company lain..owh, cenggitu ke?..so kitaorang pun agreed nak jumpa Desmond kat lobby hotel continental jam 12 tengahari esok..sebab aku ngan pae budget <RM50/day..so kalo per room tu <RM100 laa..

malam tu kami meround-round kat area Renmin Road (ala-ala uptown laa)..dari situ kami pulang ke hotel Xidiwan naik tut-tut..weeeiii...besttt!!!..korang mesti try..!!..
 
 


 Pae tengah tunjuk alamat hotel..
 yeaahaaaa....