Sambungan dari sini..
Lepas berehat kejap kat bilik tu, petang tu kitaorang plan
nak ke masjid kat area Guangzhou ni jugak..aku tengok kat map buku Lonely
Planet takde la jauh sangat..so kami ingat nak jalan kaki jek la sesambil cuci
mata kat area nie..
Menurut buku LP ni, masjid yang kami nak pegi nie dikenali
sebagai “mosque dedicated to the prophet”..masjid
ini antara masjid yang terawal di bina di kawasan asia..tapi local people
panggil masjid ni as HUAISHENG MOSQUE dianggarkan dibina 1300 tahun
dahulu..masjid-masjid di kawasan China ni di bina oleh Said Bin Abi Waqqas,
iaitu pakcik kepada Nabi Muhammad SAW.
ada restaurant muslim area sini..yeaahh..
sushi jual tepi jalan macam ni jek haa..
seafood cucuk-cucuk..
lorong ni jual cermin mata jek..dari hujung jalan sana, sampai hujung jalan sini, semua kedai cermin mata..
Bila nampak kedai muslim nie jek, dah agak sure ada masjid area nie..
Itu la dia masjidnya..:)
Tengah kita orang dok amik gambar kat depan masjid
tu,terserempak dengan 2 orang gadis Malaysia jugak, tapi sekadar saling
berbalas senyum jek..kebetulan masa kami dok kat luar masjid amik gambor tu,
azan asar pun berkumandang…(tak boleh upload pulak suara azan tue, nnt aku try lagi yek)
Ya Allah walau di mana aku berada, namun seruan azan menyeru
umat Mu menyembah Mu tetap sama bunyi nya..di Madinah, di Mekah, di Korea, di
Guangzhou, di Brunei, di Indonesia..”that is the beauty of Islam”..teringat kata-kata
seorang akak dari Bahrain yang duduk kat sebelah aku di masjidil haram..
Sementara kami beriktikaf sebentar di dalam masjid, masuk seorang
local muslimah kat ruang solat wanita tue..sementara aku dok tunggu pae solat,
masuk pulak 2 orang gadis Malaysia yang aku terserempak kat luar tadi..dorang bertanya kat mana ruang mengambil wuduk…aku ngan pae menunggu 2 orang kawan baru ni
siap solat, sebab kami tolong jaga kan luggage dorang..lepas jek solat kitaorang bersembang panjang..
Dorang nie ada list tempat-tempat yang dorang nak pergi,
while kitaorang pulak clueless nak ke mana…lepas sembang kejap, aku ngan pae
pun setuju nak ikut dorang jalan..sambil tunjukkan cara naik turun metro kat
sini (selama nie dorang kemana-mana naik taxi)..
Dari masjid tu kami jalan kaki ke metro station terdekat,
pas tu ke One Link..mall ni giler banyak barang…time kitaorang sampai tu dah hampir pukul 7pm..dah banyak kedai nak tutup..sempat jugak la kitaorang singgah kat
kedai jual bedding set..banyak giler dorang ni borong, sebab dorang amik space
cargo boleh la beli banyak-banyak..apa lagi, aku ngan pae pun tumpang sekaki la
jawab nya..haha..
Mereka di belakang taxi, di balik timbunan cadar..haha..
Lepas abeh shopping…aku ngan pae ke bilik dorang ni,
sambil-sambil nak meriki-riki hotel lain..esok pagi kitaorang kalau boleh nak
masuk hotel lain laa..geli la hotel tue..huhu..
Lepas lepak kejap kat bilik dorang, kitaorang pun meround-round
tanpa arah tujuan..dok pusing-pusing tu, terserempak pulak dengan desmond…mamat
yang aku terserempak kat airport masa mula-mula sampai..Mamat ni pun tolong kami tawar-tawar kan beli barang yang
lain..best ada orang yang terror cakap mandarin nie..
Desmond tengah tawar menawar ngan auntie-auntie nie..
si minah 2 orang tu, konon paham la tue...berlakon..yok orr orr jek..
Alang-alang jumpa si desmond ni, aku tumpang tanya kot dia
ada hotel yang boleh direkemen..dia kata dia pun baru jek book bilik kat
booking.com..stay kat hotel continental..aku pun aik, continental??..tak nak la
hotel mahal-mahal…menurut si desmond ni, hotel dia tak mahal pun..tak sampai
pun RM100/day..sebab hotel continental tu ada banyak level, ada sesetengah
tingkat dah dijualkan kepada company lain..owh, cenggitu ke?..so kitaorang pun agreed
nak jumpa Desmond kat lobby hotel continental jam 12 tengahari esok..sebab aku ngan pae budget <RM50/day..so kalo per room tu <RM100 laa..
malam tu kami meround-round kat area Renmin Road (ala-ala uptown
laa)..dari situ kami pulang ke hotel Xidiwan naik tut-tut..weeeiii...besttt!!!..korang
mesti try..!!..
Pae tengah tunjuk alamat hotel..
yeaahaaaa....
4 comments:
dik, dari xidiwan hotel ke masjid huisheng tu x jauh ke?
klu bleh bagi clue skit mcmana nak ke masjid huisheng dr xidiwan tu.
Lagi satu bleh x bagi address and no tel.hotel yg Desmond recommend kan tu.
@Jom Tengok2
tak jauh sangat..kalau jalan kaki dalam 15 min..tambah sesat2 sikit jadi la setgh jam..kiki..
kalau nak senang, tulis nama masjid dan tempat2 yang nk pergi dalam tulisan cina..mntk kwn2 cina kat msia ni tuliskan pun boleh..nanti sampai sana, tunjukkan je kat driver taxi..
sorry no tepon xde, sebab semua desmond yg uruskan..tapi dia pun dapat no tepon kat booking.com
Tempahan Tiket Penerbangan Murah ke Guangzhou bagi Tahun 2016 kini dibuka.
Keistimewaan Tiket Ini:-
Harga RM650, lebih rendah berbanding harga Tiket Biasa.
Harga Tiket (Pergi & Balik) Termasuk Airport Tax + Baggage 20kg (Pergi & Balik)
Sesuai bagi Mereka yang ingin membeli barangan harga murah di China.
Untuk Keterangan lanjut Sila Sms/Whatsapp Mohammad :0177120867
Post a Comment