paper cutting yang aku simpan sampai skang..date : 18 Mac 2010...
So, bila geng-geng diver dok seminggu ajak g dive..mula-mula ajak g pulau tioman, aku wat tatau jek..malas la pegi tioman...tapi sebab full house, dorang tukar venue, nak ke pulau tenggol lak..aku wat bodo jek...skali pun cancel gak sebab full house, then tetiba si Chip ajak g Pulau Bidong...aku terus BIDONG???...bape cost??..RM275 tuk 3x dive..aku pun terus, OKEH!..AKU JOIN!!..sebenarnya dalam kepala tak pikir pun additional cost yang lain-lain..accomodation la, transport la, sewa gear laa...haha..gelojoh!
Tu la dia lokasi Pulau Bidong..Pulau Bidong ni ada sejarah nya..pulau ni menjadi tempat pelarian vietnam tinggal masa zaman vietnam tengah berperang..jap aku kopipes kat wiki yek..
Pulau Bidong ialah sebuah pulau kecil di Terengganu , Malaysia . Ia terletak 45 kilometer di luar pantai bandar Terengganu dan Merang di Laut China Selatan.
Pada 8 Ogos 1978, pulau Bidong telah dijadikan tapak peralihan pelarian perang oleh kerajaan Malaysia dan Komisioner Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dengan penempatan 121 pelarian Vietnam pertama. Sejak itu sehingga 1991, pulau ini menjadi tempat perlindungan bagi pelarian Bot yang melarikan diri daripada pemerintahan Komunis dari Vietnam .
Menjelang Januari 1979, terdapat 18,000 pelarian Vietnam di pulau Bidong dan menjelang Jun 1979 pulau ini pernah menempatkan sehingga 40,000 pelarian Vietnam dan yang lain-lain sebagai tapak peralihan semasa Perang Vietnam.
Selain daripada pelarian Vietnam, ia turut menempatkan pelarian Kemboja pada akhir 70-an, yang lari daripada regim Khmer Rouge.
Laluan mereka daripada Vietnam dipenuhi ancaman dan bahaya kerana bot pelarian adalah kecil, sesak, dan sering menjadi sasaran lanun. Mereka menjadi mangsa rompakan, diperkosa, dicacatkan, dan dibunuh. Beribu-ribu pelarin mati di laut sebelum sampai ke pantai Bidong.
Ketika ia ditutup pada 1991, kira-kira 250,000 pelarian berada di kem sebelun diterima kebanyakannya oleh Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan Perancis. Selepas kem ditutup, banyak pelarian telah dihantar pulang ke Vietnam .
source ; Wiki - Pulau Bidong
23 March 2012
Setelah menghapday kan diri dari keja..sampai-sampai bilik hostel jek, terus packing barang-barang..fin, mask, snorkel, pointer, dry bag, baju sikit, duit, tiket bas, sun glass, sun block..kul 2.30 aku dah terpacak kat sri putri tunggu bas ke KL..sib baik la ada yang tolong hantar kan...kendong fin ngan backpack kecik yang dah lusuh tu, pakai selipar jepun jek..
sampai KL, lebih kurang kul 6.30 ptg, Aliya si bayang-bayang collect aku dari TBS..then, melepak ngan aliya and hasina kat giant sementara tunggu siti dari Ipoh sampai..alamak, ketapi dia boleh lak ada prob kat slim river..maka sementara tunggu si Siti, kitaorg sempat la masuk karok dulu sejam..layan kan jek laaaaaa..
Lebih kurang kul 10 kami ke KL central pick up Siti kat sana, then terus shoot ke pantai timur...jalan agak jam nak keluar dari KL, kul 11mlm kami baru masuk highway LPT..sampai karak aku sempat terlelap sampai la kat Kuantan baru tersedar..then terus layan kan driver F1 si hasina tu menyembang...haha..elok la tu, driver memang kaki cilok...yang co-pilot pulak tukang support..pukul 4am kami dah sampai area merang..tapi nk cari kan homestay ni, kami tersilap-silap simpang sikit sampai tersesat..nasib baik la si chip hantar wassap location dia, then terus jek link ngan kami punya BB GPS..haha..canggih rupanya tepon aku tu..:p
Pas masuk rumah jek, terus terlena...zzzz....
24 March 2012
Pagi tu lepas sembahyang subuh, aku terlelap balik..lebih kurang kul 8am, terus bangun siap-siap nak naik bot pulak..sib baik chip dah belikan kitaorang bekpas..make nasi kerabu pagi-pagi,,memang tema pantai timur la!!..
Our breakfast view...
hall of the bungalow..
Boatman tolong angkut kan barang..
Excited faces
From left : Dzumie Chip and his wife, diba, Hasina and siti
Dive sites kat Pulau Bidong..
Pemandangan kat jetty Pulau Bidong
mula-mula turun jek dah ternampak tengkolok ni...macam yg atas kepala agung kat duit tu..
Penunggu lori ayam!!..
sesat underwater..alamak, signboard dah karat pulak..hissh..cam mana nak pegi paris ni??
2nd dive spot, kami ke Kerah Island..kat sini banyak coral..unlike kat 1st dive spot tadi, pasir jek yang ada..
sembunyi tepi coral..
school of fish!..
nudi!!..
safety stop pun sempat posing lagi..;)
3rd dive spot, boatman cadangkan kami dive kat lighthouse, tapi kami tak nak sebab nak dive lagi kat 1st dive spot...haha...tak puas pulak amik gambo tadi...aku leka ngan lorry sampai tak perasan lak ada bas kat sebelah tu...haha..boat man pun setuju, layan kan jek kami ber4 ni..so, kami return ke Heritage LAGI...tapi time ni laut dah surut, so a bit cloudy..
4 of us..:)
hepp..heepp..cikgu dok ngajar ni..anak murid dalam bas sekolah jangan nak gaduh2..nanti kena babap kang..
My bubbles...blluuppp!!..blluppp!!...bllluupp!!!...
Shrimp ni kecik giler...halus jek..hasil tangan cameraman yang skillful ni..
Jumpa pun akhirnya tepak sirih ni..okeh dah ada gambo cam dalam paper...baru pueh ati!..haha
Lepas puas menyelam..amik gambo macam-macam, tapi sebab visibility tak berapa cun, tak syok gak nak mengpose kat pintu gerbang tu..then kami pun naik la ke surface...lepak kejap kat jetty pulau bidong tu..sib baik diba tolong amik kan aku pasir sikit..hehe..dapat la sebotol...:)
Lebih kurang pukal 5 petang kami dah sampai kat homestay semula..lepas tulis log book, aku sempat meround kat pantai depan homestay tu..sangat rekemen la kat kawan-kawan kalau nak datang sini..layanan pun best..
bye..bye..pulau bidong!!...
Chip dok beriya menulis luahan perasaan dalam log book nya..
apa ke benda thah yang panjang sgt di tulis tu..:p
keropok lekor tu terbaeekkk!!!..memang sedap giler!!..
keropok lekor tu terbaeekkk!!!..memang sedap giler!!..
tu la dia homestay nya..feels like home!..
Jejalan kat area homestay tu..
apa-apahal, sila roger lisa..ni kad dia..
lebih kurang pukul 6.30 petang, kami keluar dari homestay tu..aku balik ke JB naik bas malam tu jugak dari Kuala Terengganu, Siti pulak balik ke Ipoh..yang lagi 3 orang tu, balik ke KL ari ahad...dorang nak borong sakan dulu kat area KT..
byeeee...jumpa lagii!!!...
underwater pictures courtesy of Dzumie Chip.