Friday, February 24, 2012

~JB-KL-Korea~Day 7~

sambungan dari sini..

Pagi tu lepas jek sembahyang subuh kami terus bersiap untuk check out..memandangkan flight kami pukul 8.30am dari Jeju international airport, pukul 7am lagi kami dah terpacak depan hostel menunggu taxi..Dari hostel kami tu takde la jauh pun nak sampai ke epot..dalam 10-15 min...Tapi lebih baik sampai awal daripada missed flight kan..:p


Setibanya kami kat epot, terus check in luggage..sementara tunggu time boarding tu sempat la kami sarapan kopi ngan biskut Oreo..then terus masuk boarding hall...Flight duration Jeju International Airport - Gimpo International Airport mengambil masa sejam..


This time tak perlu kelang kabut lari-lari sebab takut train stop yek..pengalaman ngeri betul la time tu..kami tiba kat Gimpo International Airport lebih kurang pukul 9.35am..dari epot kami terus naik subway ke Jangno-3-ga..mulanya nak check in kat hostel yang sama (Sunshine Guest House)..tapi rasanya macam kurang puas ati dengan service and condition bilik kat situ..so kami decided nak try tanya-tanya hostel-hostel yang berhampiran..

Dengan sepontan nya kami masuk hostel yang terletak betul-betul bersebelahan dengan Sunshine Guest House tu..Namanya GREEN FIELD MOTEL..harganya pun lagi murah dari sunshine..kalau kat sunshine satu bilik untuk 2 orang 36,000KRW...di Green Field Motel cuma 30,000KRW..malangnya takde wifi di motel ni..tapi wifi dari sunshine buleh dapat (bertentangan jek pun bangunan nya kan)..hehe..

Lepas letak barang2 and rehat seketika, kami pun nak ke Itaewon...kami perlu tukar 3 kali train..di Itaewon ada kawasan muslim and ada masjid kat situ...menarik!!...so, kami pun bergigihan ke sana..kena tukar train sampai 3 kali pun tak pe..

Sebaik saja kitaorang keluar dari subway station, kami ternampak sekumpulan remaja lelaki yang muka ngan gaya macam orang malaysia..so, kami pun pergi la tegur kumpulan tu..owhh..rupanya mereka student dari UTM yang buat GOP (Global Outreach Program)....lerr..student dari uni sama ngan aku..dah la pulak tu, sama fakulti pulak..FKM..chiyok la korang..

Kebetulan rupanya kitaorang plan nak menuju ke masjid yang sama...apa lagi, kitaorang pun join la group GOP ni...mereka terdiri daripada 16 orang student (semua nya lelaki) dan sorang pegawai pengiring..siap ada sorang pemandu pelancong (student malaysia yang dok study kat korea)..

Waktu kitaorang tiba tu lebih kurang pukul 11.30am..tak ramai lama lagi dah nak masuk waktu zohor...jadi kami pun amik wuduk dan masuk ke dalam masjid..di dalam masjid tu ramai betul muslimin dan muslimat yang sedang mengaji..lepas menunaikan solat sunat masjid, aku hanya duduk di belakang sambil memerhatikan wanita-wanita dari negara lain mengaji dan ada yang sedang solat..sejuk hati rasanya..



tak lama lepas tu azan berkumandang..di ikuti dengan khutbah,...pada awalnya aku pelik, kenapa lama sangat tazkirah..tetiba, aiiihh ari ni kan ari jumaat..Ya Allah..1st time seumur hidup berada dalam masjid di waktu orang berkhutbah jumaat..Alhamdulillah..khutbah yang di sampai kan dalam bahasa english ada sikit2 campuran bahasa arab..tapi apa yang ingin di sampaikan amat mudah difahami dan menusuk dalam jiwa..Korang boleh rujuk pasal Korea muslim kat sini..waktu masuk waktu solat di korea boleh di cari dari link ni..

Suasana selepas sembahyang Jumaaat

selepas solat, kami berjalan dan makan di salah satu kedai muslim di situ..di sebabkan kekurangan pekerja ada sorang jek yang mengambil order, orang yang sama jugak la buat air, orang yang sama jugak la masak..so, sementara menunggu makanan sampai, aku sempat meround kat area situ..beli roti kat kedai bakery sebelah..masuk grocery muslim market..

sedap jugak la kacang-kacang ni..tapi sangat manis..
My lunch...Nasi ngan Sup Daging..sedapp...

Keluar dari restaurant tu, kami meround-round kat area tu..sempat lagi beli sikit-sikit ole-ole untuk bawak balik ke malaysia...


lepas habis bershopping, time tu lebih kurang pukul 3 petang..kami dah takde plan nak pegi mana..so, aku pun bukak buku LP..tengok ada night route..di cadangkan kami berjalan ikut route dalam buku tu start pukul 6 ptg..tapi aku agak-agak kalo kul 6 ptg baru nak jalan, mau nya mati beku bila sampai..so, may be buku ni di tulis merujuk kepada waktu secara am..kalo winter ni, pandai-pandai la budget sendiri..alang-alang kami dah kat setengah route, kami pun follow la buku tu cadangkan nak ke mana..


pegi ke namsan park then naik ke Seoul Tower..hurmm ..menarik ni..so, kami pun bergigihan berjalan ke sana...naik bukit curam sampai la kami tiba kat Hyatt Hotel..pas tu jalan lagi sampai la kami tiba di Namsan Park..hurrm..kat sini pun sama macam Halim Park..pokok kering kontang..pas tu kami ikut route tu naik bukit nak ke Seoul Tower..

Pond yang dah beku..


Bergigihan jalan naik bukit..tetiba teringat ada sorang blogger naik ke Seoul tower takde la susah cam ni sekali..entah-entah ada bas kot..kami dok sembang masa berenti berehat sebelah toilet..tengah kami dok sembang bas pun lalu...laaaa..ni kan bas yang kita nampak time kat Hyatt tadi..lepas tu di ikuti 3-4 bijik bas lagi..bila kami tahan, driver dia jeling jek laa..tak berenti pun...mana mau berenti kalo dok tahan bas kat tengah hutan..haha..


sayup-sayup jek nampak Hyatt Hotel..padahal kat situ la kami start tracking ni haa..


 Electric Bus pun kena isi minyak ke??..hehe..cam ni rupanya dia cas electric nya..ooowhhh!..
Kalo tau ada bas dari Hyatt hotel tu, baik naik bas jek...takde la sampai sakit2 kaki mendaki bukit..excersice musim sejuk katanya..chiiyyokk!!!...ehh silap!!..aja-aja fighting!!..

dengan usaha gigih kami., akhirnya sampai pun kat seoul tower..penat tu aku takde la rasa sangat..tapi sejuk tu yang tak tahan!!!...

dalam banyak2 kunci kat situ, aku suka yang "i wish i was rich"..giler cool!!.."i wish I am rich too dude!"
Nak jugak letak kan..haha..sugarmami, kami dah tunaikan ur wish..:)
 Sunset kat puncak Seoul Tower
 Tumpang minum kopi panaskan badan kat dalam cafe situ..

Time malam, ada laser show kat Seoul Tower tu..imagine dorang buat show ni using laser..cool giler!!
Sempat pose sengal2 dalam kesejukan kat situ..;p

Turun dari Seoul Tower, kami naik bas ke Namdaemun Market..sebab kat sign board bas route tu ada tulis Accessories Special Shopping Center...Bila kami sampai jek, kedai dah banyak tutup...aku rasa sebab waktu tu cuaca sejuk sangat, so tak ramai pelanggan sebab tu di tutup awal...


Kat sini aku sempat beli winter jacket (maklum la yang pakai ni, jacket pinjam..:p)..mula-mula ahjuma tu letak harga 75,000 KRW, tapi aku ni kan kaki tawar menawar..ngan bahasa ayam-itik tu pun gigih jugak la menawar..abeh tembus calculator dok tawar harga..haha..last-last dapat jugak harga 55,000 KRW..hurm..sikit kalah la sebab aku aim nak beli ngan harga 50, 000KRW..haha..kalah tipis!!!..

Balik dari sana Namdaemun kami terus ke hostel..selepas mandi dan solat...terus zzzzz....

Bersambung...

~JB-KL-Korea~Day 6~

sambungan dari sini....


Pagi tu lepas makan bekpas..kitaorang terus check out..nak terus ke atas ari ni..mesti korang pening kan..kat mana la kami ni..kejap-kejap angkut beg..dah la berat..hehe..jap2 aku tepek map jeju kat sini..

Day 1 kat jeju ni, kami guna laluan kaler hitam...then kami stay kat seowipo, kat area selatan..
Day 2, konon nak hiking Hallasan, to disebabkan cuaca tak elok so semalam kami berjalan2 kat area Seowipo jek...
ari ni 3rd day, kami check out dari Jeju Hiking Inn kat area Seowipo ni nak ke Utara pulak, Aimnya nak ke Jeju International Airport..Line biru tu laluan tuk ari ni...

Dengan memikul beg berat tu, kitaorang daki bukit ke tourist information center..sampai-sampai jek kat kedai tu..TUTUP!!..yer, setelah naik bukit pikul beg berat-berat tu, rupanya information center tu tutup..may be sebab awal sangat lagi..so, ada la ajushi yang berselisih dengan kami time tu, so, kami pun tumpang la tanya..

Tak sure la ajushi tu paham ke tak apa yang kami tanya, tetiba dia tahan taxi..aik apa kes ni...pas tu tetiba suasana jadi kecoh bila ajushi tu beleh bertekak pulak dengan driver taxi tu...dalam dok kami terblurr-blurr tu, tetiba driver taxi tu suruh kami naik..lerr..nak naik ke???..disebab kan tak nak mengeruhkan keadaan, kami pun naik ngan muka blurr-blurr...

Dalam taxi tu, kami bertanya la apa kenapa kecoh-kecoh...tapi bila dirver taxi tu terangkan, lansung aku tak dapat tangkap apa yang dia nak bagitau..sesambil drive tu, berusaha dia nak terangkan kat kitaorang..tau-tau jek sampai semula kat world cup stadium..aikk, ni stadium yang kami sampai semalam..ler kat bawah ni ada stesen bas ngan taxi yang sangat besar..padahal, semalam bukan main seksa nak tahan taxi sampai kena berjalan dalam ribut salji....poyo!..~~

Disebabkan awal pagi, information center kat stesen bas tu x bukak lagik. Driver cab yang kami naik punye le risau kami sesat, sampai bising-bising dia mintak tolong orang lain tolong kami. MasyaAllah.. tak pe la ajushi.. kami okey... jangan risau... Tak sampai 10 minit lepas tu information center pun bukak. kami pun bertanya la apa2 yang patut dan trus naik bas ke destinasi seterusnye. Oleh kerana kami ni bawak beg yang agak berat dan orang asing...Bile sampai jer kat tampat yang kami nak pergi tu, driver bas akan pastikan kami turun...siap tunggu lama kasi kami masa..ye la kan setiap orang dari kami ni pikul anak depan belakang..

Turun2 jek bas, mak aii sejuk nya..cari locker nak tumpang letak barang kat area tu..tapi tak ada pulak..tourist informationm center pun belum bukak..so, kitaorang pusing-pusing kat area tu sampai la pae pegi turun tangga pergi ke satu-satunya kedai yang bukak..tatau dia cakap apa, tetiba dia jerit dari kedai tu.."Meh turun sini, leh tumpang letak beg"..

So aku ngan member sorang lagi pun bergigihan turun tangga..tumpang letak beg kat kedai tu..siap kami di beri beberapa pack kecik coklat..huhu..rezeki di pagi hari nampaknya..alhamdulillah...owner kedai ni pandai cakap english lagi pun dia sangat friendly...dari kedai tu, rupanya dah boleh nampak boat besar ala-ala pirate of caribbean..so, kitaorang pun berjalan la kat area tu..cantik..ala-ala kampung..ada banyak kuda kat sini..

Tu la dia gunung sambangsan...tapi kami tak naik pun..nampak macam banyak temple jek..so kami lebih interested nak ke kapal depan ni jek.. 


Lepas puas meround kat area kapal tu, kami pun nak la ke tepi laut tu..untuk ke tepi pantai tu perlu lah melalui post guard...salah sorang dari kami nak lalu, tetiba ada orang dalam post guard tu bukak tingkap and tak bagi dia lalu..then tetiba pae pulak pegi sana..aku pun mengekor jek kat belakang pae..pas tu bila orang tu bukak tingkap, kami cakap nak ke tepi pantai..sorang buat sign lambai tangan macam tak bagi kami pegi, tapi ada sorang lagi dalam tu bagi kami pegi..rupanya kat dalam post guard tu ada ramai jek staff..so, dah alang-alang sorang bagi kami lalu, tanpa buang masa kitaorg pun jalan jek la tepi pantai tu..

Rupanya pembentukan batu kat tepi pantai tu unik..ianya disebabkan laluan lava dari gunung berapi Hallasan..




Aku ni konon nya nak amik gambar tapak kaki kat pasir pantai tu..kan pantai kalo dekat ngan gunung berapi ni unik sikit..sebab pasirnya ada kaler hitam.kalo orang lain pijak elok-elok then amik la gambar kan...tapi di sebabkan kesengalan aku, ngan spontan nya aku pegi lompat kat tepi pantai tu..pas tu terus terbenam kaki aku..dah la pulak tu, air laut pun datang..okeeh, sila imagine time tu temp dalam <5degree...menjerit la aku suruh si pae tarik kan.rupanya dia sebuk gelak kan aku...dok pada tak leh nak keluar tu, last-last di tariknya tangan aku..sib baik laa..sejuk terus kaki aku!!....poyooo tul la aku ni!!~~~

Bekas kaki aku terbenam!!...:p


Aku pun tak pasti ni statue sapa..tapi dah alang-alang ada kerusi kat situ, aku pun menginterframe la kan..

Dah puas meround kat situ, kami pun singgah semula kat kedai tempat kami tumpang letak beg..dah alang-alang kedai tu ada jual coklat, kami pun beli la sikit..sebagai balas jasa tokey kedai tu..Dah alang-alang jumpa local people yang boleh speaking ni, kami pun tanya la tempat yang dia seges kan kami pegi..dia cadangkan HALIM PARK...okeh..next destination kami la tu..

Naik semula ke atas bukit and tunggu bas...

Kedai yang kat belah kanan tu la yang tokey nya baik amat..

naik bas dalam lebih kurang setengah jam, kami pun sampai ke bas stand nama Halim Park..kebetulan bus stop tu terletak berhampiran dengan kedai Family Mart..kami pun masuk nak beli handyplast..sebab tangan pae dah terkopek-kopek..aku pun beli losyen tuk winter kat situ..dalam keadaan yang kami memikul beg, kami pun tumpang tanya ahjuma kat mana boleh letak beg..tetiba dia tanya nk letak berapa lama, so kami pun bagitau dalam lebih kurang 2 jam..tetiba ahjuma tu bawah ke kedai sebelah..rupanya kat kedai sebelah tu bersambung dengan rumah dia..dia benarkan kami letak beg kat situ..2 hour..dia ulang..kamsahamidaaa...alhamdulillah..dipermudahkan kami ari ni..

Lepas letak 2 orang baby tu, kami pun lintas jalan ke tepi pantai yang terletak betul-betul depan kedai ajuma yang baik hati tu...

Pantai ni cantik sangat..tapi disebabkan sejuk yang amat, maka kitaorang kejap jek kat situ...kalau korang datang musim summer, mesti kawasan ni sangat meriah..

Lepas puas meround, kami pun cari mana la HALIM park ni...tengok signboard..maka jumpa pun halim park..takde la jauh sangat dari kedai ahjuma tadi..

Bila kami sampai kat depan kaunter Halim Park tu, kami tanya la orang kaunter kalau-kalau ada locker kat area tu..rupanya ada jek locker kat dalam..so memandangkan kami tak nak menyusahkan ahjuma tu, kami pun patah balik ke kedai nya and amik backpack kami..then baru beli tiket..and masuk ke Halim Park..

Ini la dia rumah ahjuma baik hati tu..

Entrance fee 9,000KRW

Kat dalam Halim park ni ada macam-macam..ada gua..ada taman burung ada old folk village..tapi bagi aku, kalao datang sini time yang sesuai, may be lagi cantik..sebab ada banyak spesis pokok and binatang-binatang comei kat sini yang takde time kami datang..




Lepas keluar dari Halim park..kami terus ke Jeju International Airport..waktu baru pukul 7pm..tapi cuaca sangat sejuk..salji baru turun..kami plan nak tido jek kat dalam airport tu..memandangkan masih banyak masa, aku pun gigih ajak dorang keluar jejalan kat area town Jeju ni...tapi semua tak nak memandangkan cuaca kat luar sejuk sangat..so, aku decided keluar sorang...just naik bas kat main terminal then round kat town..aku turun bas kat Jeju Bas Terminal, then aku jalan kaki sorang-sorang sampai la ke City Hall..saja jek tengok pemandangan malam kat town Jeju..bila time dah hampir pukul 9.00 pm..aku naik bas dari City Hall balik ke epot..sempat la belikan sedikit roti and instant noodle bawak balik ke epot tuk kawan2..

sib baik awal2 dah usha, kat sini banyak RO water dispenser..so, boleh la dapat air panas dan kami mencekek maggi kat tepi kedai2 yang dah tutup tu..pas kekenyangan kami pun amik la port masing-masing kat kerusi menunggu tu tuk tido..sekali pak guard datang bagitau yang kawasan tu di larang tido..ALAMAK!!!..tak pernah lagi aku kena halau epot ni...

So, kami cari public phone, nak telephone hostel2 yang dekat2 dengan epot ni...time ni buku LP tu besar jasanya..tapi dorang tak leh cakap english pulak..untuk memudahkan kerja, kami pergi ke information kaunter and mintak staff kat situ call kan..

Akhirnya, kami terpaksa ke hostel kami dulu..GLOBAL HOSTEL..sebab yang lain dah full..

Malam tu, sampai jek bilik, lepas solat terus kami zzzzzzz kepenatan..


Tuesday, February 21, 2012

~JB-KL-Korea~Day 5~

Sambungan Dari sini..

Pagi tu, seperti biasa..lepas menikmati makanan asasi kami iaitu maggi..kami pun gagah kan diri berjalan keluar dari hostel..cuaca kat luar sangat sejuk..tp dah alang-alang sampai kena la jejalan kan..takkan nak berkurung dalam bilik lak...

Kalau ikutkan plan asal kami nak ke taman negara hallasan, konon nak hiking gunung berapi..tapi berita malam tadi dok cerita kat sana sangat sejuk and icey..so, banyak kereta terperangkap..without choice, kami cancel trip ke hallasan..

kena belek2 semula map jeju tu..tuk plan ari ni..1st, kena jalan menggagahkan diri naik bukit ke information center..boleh tumpang tanya nak ke mana, and at same time buleh la mintak dia tuliskan tempat-tempat yang kitaorang nak pegi tu dalam bahasa korea..so, apa2 hal leh tunjukkan jek ke taxi or bus driver.

Sampai-sampai jek kat information center tu, kami di sambut oleh sepasang suami isteri..actually bukan la information center yang official..tp sebuah farmasi yang ada stiker tourist information center..hehe..so, si suami tak fasih berbahasa english, but as per his respond aku assume dia paham. while his wife very friendly and cakap english yang sangat  excellent..kami punya english pulak rasa cam tunggang langgang..hehe..

Mula-mula kami masuk jek, terus wife dia cakap yang ari ni akan sangat sejuk..temp may be around -4 degree..as per news pagi tadi..so, memang kena redha jek la dengan condition macam ni..Kat kedai ni aku beli neck winter ngan another winter mask kaler pink..wahaha..comei la konon nya..wife nya ni siap bagi no phone dia untuk kami contact bila-bila ada masalah ngan driver..

1st destinasi ari tu,  kami nak pergi waterfall..ingat kan cam waterfall kat malaysia..rupanya waterfall kecik jek..tapi memang cantik ngan pokok-pokok yang warnanya keorenan lagi tu..cakap banyak pun tak guna, korang tengok la gambo-gambo ni yek..

 Tengah syok-syok amik gambar syok sendiri, tetiba salji turun dengan lebat nya..bukan maknanya tadi takde snow, tp yang ni lebat punyaaaa!!...best2..ari ni aku pakai stokin 2 lapis, ada winter mask, next cover lagi...amik ko!!..


Menikmati saat kena tembak ngan show...
kalo hujan lebat cam tu sekali, sakit woo kena tembak..haha..

Dari Waterfall tu kami ke next destination..naik taxi jek dalam 2,000 - 3,000 KRW..tengok pemandangan cliff..

Kereta Polis dia guna Electric car babe...
 
 
Hati2 yek kat area ni..sebab kat bawah tu terus batu2..
actually ada barrier, tapi kami yang langkah pagar tu..hehe..

Next destination...World Cup Stadium..

Kat sini, kami kena serang ngan ribut snow lagi..kejap lebat snownya..kejap clear giler..
so,kami pun kejap jek la kat situ..lagi pun nothing much to see..

Nexxxxxttt, tahan taxi pegi teddy bear museum..
Bagi aku tempat ni tak masuk pun tak pe..mahal 8,000 KRW..then just tengok bear..soo??...motiff??..tengok bear jek..bukan boleh peluk2 pun..:p

Lintas jalan, kami ke Ripley's Believe or Not..Tapi entry fee dia pun 8,000KRW..takut tak berbaloi bayar mahal-mahal pun cuma tengok cam museum teddy bear..so, kami decided tak masuk pun..so gambo ni cuma la di ambil kat luar jek..

Disebabkan perut lapo, maka kami pegi la kat family mart sebelah museum tu..makan kenyang-kenyang dulu..
sebenarnya nak cakap kami terperangkap pun boleh jugak la..sebab kat luar snow lebat giler..

Lepas puas mencekek, kami pun keluar dan lintas jalan..kat area ni semua tempat-tempat menarik just walking distance..Entrance fee untuk coklat land ni 3,000KRW..tp tiket ni boleh ditukar untuk dpat diskaun 3,000KRW untuk beli coklat jugak..maknanya, bagi masuk free, tapi kena la beli coklatnya jugak...giteww!..

Ada coklat school..dia ajar cara2 nak design kan coklat..

Ada satu sudut tu collection coklat dari banyak negara..untuk Malaysia, coklat Tongkat ALI????..
Kitaorang tergelak besar tengok..mana la dorang dapat tu..

lepas keluar dari situ, kita orang nak ke Old Folk Homes..so nak kena dapatkan info dulu macam mana nak kesana. paling mudah, skang nak kene gi information center dulu. Tapi time kami dok jalan meredah salji yang lebat tu, aku punya tangan terparkinson apa thah, terangkat tahan taxi...padahal information center tu takde la jauh sangat pun..tp taxi tu pun berenti jek, kami dah buat tanda tak nak naik..tapi dia tetap tunggu kat tepi tu..arrhh Naik jer la...

seperti yang dijangka mmg driver tu x paham apa yang dicakap. last2 dok dah give up pae cakap "information center". trus la dia bawak kami kesana. Time tu aku kesejukkan giler dah..so, semua arrangement pae yang handle, aku pollow jek...bila dorang turun taxi, masuk ke information center pun aku duduk sorang-sorang dalam keta..tau-tau jek ajushi driver tu naik marah-marah..ler apa kes ni??..rupanya kat Jeju ni ada 2 jek Old Folks...dan dua2 agak jauh dari lokasi kami sekarang. Tambahan pulak dia tutup kul 6. so tinggal 1 hr. macam x sempat. Pae pun mintak minah kat counter tu suggest mana lagik nak gi so dia pun suggest la cliff yang berhampiran. Minah tu siap bagitau ajushi taxi tadi tapi ajushi tu marah2. Rupa2nya lokasinya sangat dekat. hahahaha patutla dia marah...tapi sib baik bila dia drive takde la main belasah jadi cam mat rempit ke kan..so, kami buat tak tau jek la...:p

Berbalik pada perjalanan kami ni..cliff ini agak unik sebab batu-batu tepi laut terbentuk hasil daripada kepanasan dan kesejukan lava gunung berapi..batu-batu tu bentuknya unik (polygon) specifically bentuk pentagon / heksagon..details leh baca kat signboard ni..kalao nak details lagi sila tanya pakcik gugel..


Kami tak lama kat sini..sebab dah kesejukkan and penat..dari sini kitaorang terus ke ICC jeju..tumpang minum kopi and makan roti kat sini..pas hilang sejuk, kami naik bas terus ke sewingpo...


Malam tu lepas kami dinner best...bestttt??...hehe..malam ni makan steamboat kat korean restaurant tu lagi..hehe..tapi sebab tak berapa lapo (dah makan roti) pluss dah tak jakun kemaruk cam semalam, maka takde la kami pelahap sangat..haha..time on the way nak ke restaurant tu, kami terserempak lagi ngan Mr Kim..aiiikk..dia ni taiko kawasan ni ke??..:p

Awek belakang tu keja kat sini..kalau kawan-kawan lelaki aku mintak post gambo, aku selalu frwd gambar awek korea ni..tp kalo amik depan2 dia tutup muka..malu..tapi bagi aku awek2 korea ni cun gak la..sbb kulit dorang cantik..
tapi lelakinya..huuurrrmmmm..not really my taste..putih sangat...aku ni dah la kulit nya yang "hado"!!..:p

Lepas dinner, aku meround kat area situ..ada pasar besar rupanya belakang ni..tapi banyak kedai dah tutup..sempat la beli seluar sejuk kat sini..tapi tak berapa murah pun harganya..


Dah puas meround-round...kedai pun banyak dah tutup..kami pun nak balik semula ke hostel...aikk terjumpa Mr Kim lagi..laa..dia ni ikut kitaorg ke??..


Disebabkan aku dah start takut..maka kami hanya layan tak berapa layan..just HI and bye..then kami mintak diri...hisshh...harap-harap tak tido ngeri malam ni...

bila sampai ke hostel, aku ngan member aku melepak kat bilik internet..dalam tu ada 2 pc, tapi 1 unit tu tatau la tak leh guna..so aku still lepak kat situ surf internet guna phone..while member aku dok guna pc..tetiba masuk 2 org korean, tarik kerusi dok depan aku..hishh apasal dorang ni, mabuk ke??...pas tu salah sorang keluar kejap, then masuk balik bawak kopi...bagi kat aku..suh aku minum..aku just amik, then buat2 tiup..buat2 minum, pas tu letak semula atas meja..dorang cakap dorang melancong dari seoul..then salah sorang keluar...tinggal sorang lagi..sebab bilik tu sempit, maka aku tak leh nk keluar jugak, mamat korea ni dah block aku..then dok tanya nombor bilik aku,paksa-paksa aku bagi tau, last2 aku tipu la no bilik lain..pas tu bila dia dah start merapu..aku dah start la takut..bila dia cakap , aku buat-buat tak paham..pas tu dia keluar cari kawan dia mintak translate kan...bila dia bangun jek, aku terus lari keluar dari bilik internet tu..masuk bilik...aku ingat kan dah selamat la..rupanya, dia cari jugak aku kat tingkat tu, sambil jerit-jerit "my friend!!"..."my friend"..giler la, sampai ada kawan dia tarik dia turun..huhu..aku dah kaku kat dalam bilik ketakutan..

so, tips kepada ladies traveller : jangan bagitau nombor bilik korang kat stranger...bahaya!..

tapi disebabkan penat...pas mandi, solat....krrrohhhh!!..krrooohh!!!...lena jek..wahaha..